Tuesday, February 19, 2013

Zuhayra dan Zahraa

Bismillah wa Alhamdulillah, hari ini anakanda Fatima El Zahraa sudah berusia 24 hari. Ketika jururawat masyarakat datang pagi tadi sekali lagi anakanda Zahraa ditimbang. Masya Allah telah bertambah satu kilo. Ketika lahir hanya 2.85kg hari ini dah pun 3.9kg. Alhamdulillah....

Kuning juga semakin hilang. Walaupun di awal kelahiran bacaan kuning tinggi, syukur berkat doa keluarga dan sahabat-sahabat anakanda Zahraa semakin sihat. Alhamdulillah.

Ummi memanggil Fatima, tetapi kakak Nisreen panggil adiknya baby Zahraa. Masya Allah Nisreen sangat sayangkan adiknya. Kalau tidur malam atau pun terjaga di tengah malam dia memastikan adiknya tidak nangis dan dia akan peluk lalu menepuk-nepuk perlahan adiknya. Alhamdulillah...

Semalam Abu Nisreen berangkat pulang ke Kuala Lumpur, menjelang malam anakanda Zahraa menangis. Nisreen memujuk adiknya sambil menepuk-nepuk perlahan, "adik Zahraa janganlah nangis...abah tak ada ni abah pergi Kuala Lumpur..." Ummi  di sebelah pula tiba-tiba terdiam. 

Alhamdulillah, keluarga kami dihiasi dengan dua puteri Zuhayra dan Zahraa. Masya Allah. Hari pertama kelahiran Fatima El Zahraa, emak dan abah terus berpesan didiklah amanah Allah ini. Membela anak memang senang, bagi makan pakai, tetapi didikan itu adalah tanggung jawab ibu bapa. Insya Allah.

Sudah masuk minggu ke tiga Nisreen pergi sekolah, ketika Abu Nisreen tiada Cik Min dan Cik Din tolong hantar dan ambilkan. Terima kasih Cik Min. dan Cik Din.

Minggu lepas abah sekali lagi masuk wad, mak pula menemani abah selama satu minggu. Jangkitan kuman sekali lagi menyerang paru-paru abah yang amat lemah. Jadi Abu Nisreen menguruskan semua keperluan ummi di dalam pantang, memasak, membasuh, mandikan baby, urusan Nisreen lagi, berulang ke pusat kesihatan buat pemeriksaan kuning dan pelbagai kerja lagi. Alhamdulillah Kak Min banyak membantu. Syukur adik beradik tinggal berdekatan. Kak Albi juga datang menemani begitu juga Kak Zah dan Kak Salmah. Adik Amni juga membantu dari kejauhan.

Secara peribadi ummi rasa kuat sahaja dalam pantang, tetapi emak dan kakak-kakak lebih faham. Mereka berhati-hati dan tidak mahu perkara yang tidak diingini terjadi. Syukur alhamdulillah.

Harapan ummi dalam masa terdekat ini anakanda ummi yang baru ini dapat ummi susukan juga sepenuhnya sehingga dua tahun seperti kakak Nisreen. Moga diberi bantuan oleh Allah. Amin.

Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina kurrata a'yun waj'alna lilmuttaqina imama...


Ahlan wa Sahlan!! Fatima El Zahraa beberapa detik selepas diazankan dan diiqamah


 Fatima El Zahraa 20 hari

Kasih kakak kepada adik, semua mainan diletak atas adik suruh main walaupun adik tengah tidur


 Nisreen dengan begnya, pagi-pagi pergi "school"


Ini on the way ke school

10 comments:

Anonymous said...

MashaAllah Tabarakallah.. Ustazahcigim, tahniah atas kelahiran puteri kedua. SubhanAllah, comel sekali! Rindu sangat pd Ustazah dan tulisannya. Semoga Ustazah sihat dan jaga diri baik-baik sepanjang berpantang ya. Doa kami buat Ustazah sekeluarga, salam sayang dan ingatan tulus ikhlas. *hugs utk Ustazah, little Nisreen yg menawan dan puteri Zahra!*

-silentnur

ida_zy said...

Masya Allah comel :)

Anonymous said...

Subhanallah, comel sungguh Zahra. Nisreen tersangatlah cerdik. Tahniah, diqma.

teh zaharah

lady zaini said...

Assalamualaikum

Tahniah Diqma. Comel2 puteri2 diqma, Masha Allah. Nisreen sangat cerdik :P

Alhamdulillah, puteri ketiga saya dah lahir September 11 haritu, Alhamdulillah. Namanya Ayra Hafsa, rumah kami ada Aisyah dan Hafsa sekarang :D :D

Mabruk ya
Selamat berpantang dengan makanan berkhasiat :)

Ummu Thahirah said...

Assalamualaikum,
Tahniah al bazrah. semoga fatima dan kakak nisreen jadi anak solehah penyejuk hati pelindung di akhirat. Doakan kami juga ya. Saya pun alhamdulillah di kurniakan dua orang puteri, penyeri hidup, saham akhirat. Semoga dapat perkongsian tarbiyatul aulad dari al bazrah selalu. Ada rezeki boleh berukhuwwah.

Anonymous said...

Alhamdulillah
Tahniah drp Kty sekeluarga

Salam sayang buat Nisreen dan baby Zahraa

Kak CT Nv

~albazrah~ said...

Salam Ayza, saya doakn kejayaan dan kegembiraan buat ayza n family.

Jazakillahhu kheir.love u sis.terima kasih

~albazrah~ said...
This comment has been removed by the author.
~albazrah~ said...

Ida-zy: Jazakillahu khair Ida, doakan subur akhlak mahmudah.

Teh Zahrah: Alhamdulillah, doakan ya. Teh nanti kita jumpa. jangan lupa bawa Khalila.

Lady Zaini: Zakiah, itulah saya tidak dengar khabar berita. Mabruk atas kelahiran ketiga Puteri Hafsa. Masya Allah makin meriah rumah zakiah.

~albazrah~ said...

Ummu Thahirah: Alhamdulillah, barakallahufik. Insya Allah suatu hari kita bertemu. Didoakan puteri-puteri saudari juga menjadi penenang jiwa dihiasi akhlak mahmudah. Salam ukhuwah.

Kak Ty Nv: Jazakillahu khair kak ty. Barakallahufik. Salam buat Zahra anakanda kak sity juga ya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails