Alhamdulillah...
Albazrah bersyukur apabila mendapat sms daripada Abu Nisreen memberitahu Sheikh Muhammad telah selamat sampai di KLIA. Mungkin sahabat-sahabat yang hampir sering membaca tentang Sheikh Muhammad yang amat dekat di hati para pelajar di Sudan tidak kira bangsa atau keturunan. Sheikh Muhammad juga rapat sekali dengan pelajar Malaysia dan Indonesia.
Alhamdulillah, Sheikh Muhammad dijemput datang ke Malaysia bermula 26 Februari - 4 Mac untuk berkongsi mutiara-mutiara ilmu dengan para pelajar dan sesiapa sahaja yang mahu. Masya Allah. Albazrah masih teruja kerana kehadiran Sheikh Muhammad ke Malaysia seumpama suatu perkara ajaib. Kehidupan sukar dan kepayahan hidup di Sudan menjadikan albazrah rasa amat gembira Sheikh Muhammad dijemput datang ke Malaysia.
Dahulu Albazrah pernah bercerita Sheikh Muhammad yang mentahnikkan Nisreen (di sini)
Albazrah juga bercerita tentang Sheikh Muhammad yang memandikan arwah sahabat kami yang meninggal tahun lalu (di sini)
Pernah juga dicerita tentang Sheikh Muhammad selain mengajar di Kuliah Syariah dan Kanun Universiti Antarabangsa Afrika, beliau sentiasa mengajar talaqqi kepada para pelajar setiap hari dan malam, kitab Hadith dan Fiqh. Kisah ujian pengajian talaqqi di sini.
LATAR BELAKANG SHEIKH MUHAMMAD
Sheikh Muhammad bukanlah rakyat Sudan tetapi para ulama di Sudan sudah mengiktirafnya sebagai ulamak Sudan. Sheikh Muhammad dari Zabid Yaman dan menetap di Jeddah. Namun menjadi ketua majlis fatwa di Universiti Antarabangsa Afrika. Merupakan pelajar cemerlang (mumtaz) bagi keseluruhan pelajar PhD di Sudan suatu ketika dahulu.
Pada hari anugerah yang disampaikan oleh Presiden Sudan, Sheikh Muhammad tidak pun hadir menerima hadiah, kerana beliau tidak mahu terlepas pengajian hadithnya dengan seorang ulama Sudan yang lain. Masya Allah.
Sheikh Muhammad menguasai Fiqh Mazhab Shafei dan Maliki, mendalami Fiqh Hanbali dan juga Hanafi. Malah Sheikh Muhammad juga mempelajari Fiqh Mazhab Shi'ah. Beliau mengkhatamkan ratusan Kitab Hadith dengan masyaikh dalam bidang hadith.
Guru-gurunya amat ramai, dari Sudan, Yaman, India, Makkah, Madinah, Jeddah, Mesir. Kelebihannya ialah beliau tinggal di Jeddah yang menjadi tempat pertemuan para ulama sejak dahulu lagi. Malah beliau sempat berkhidmat dengan para masyaikh semenjak usianya masih kecil.
TENTATIF
Esok Sheikh Muhammad dibawa ke Kedah, Sheikh Muhammad ada beberapa sessi periwayatan hadith termasuk ziarah para ulamak. Sheikh Muhammad paling ingin bertemu dengan Tuan Guru Pak Su Mid (Bukit Tembaga). Mudah-mudahan direzekikan pertemuan mereka.
Setelah itu mereka kembali ke Kuala Lumpur ada beberapa majlis di Universiti Kebangsaan Malaysia, termasuk Sheikh Muhammad akan berkhutbah Jumaat di Masjid UKM.
Setelah itu Daurah hadith dan fiqh di Dar al-Hadith, Gombak.
Ada beberapa sessi lagi yang albazrah tidak mendapat maklumat.
Alhamdulillah, syukur...
6 comments:
"Alhamdulillah - suatu rasa suka cita yang tidak terukur, berjumpa kembali dengan orang yang kita hormati karena budi dan Ilmunya. Kalaulah ayahanda ini bersayap bagaikan burung yang dapat terbang - ingin rasanya datang kemajelis yang mulia ini guna mendapatkan kucuran dan siraman rohani, pemantap iman dalam perjalanan kehidupan ini. Salamku untuk Abi Nisreen.-
Ayah, jazakumullahu khair. Pagi tadi rumah kami di Jitra ini telah diberkahi dengan kehadiran Sheikh Muhammad.
Anakanda Fatima telah ditahnikkan. Manakala Anakanda Mawaddah lama sekali di pangkuan Sheikh Muhammad. Beliau mendoakan dan menyapu tubuh Mawaddah yang lemah lama sekali.
Seluruh isi keluarga menangis terisak isak setelah Sheikh Muhammad menitiskan air mata ketika memangku Mawaddah.
Allah...
salam albazrah.
pertamanya, alhamdulillah, tahniah atas kehadiran puteri baru. maaf, tidak kesempatan lagi utk menziarah. semoga albazrah dan puteri dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga semua kita di dalam redha Allah. Harap kami berpeluang utk hadir lagi ke majlis2 khusus, insyaallah. Doakan kami.
salam sayang,
k.alida
"butir tetesan air mata yang keluar dari mata seorang Ulama Besar, itu terjadi karena qalbu-nya bergetar ketika berkomunikasi dengan Allah Azza Wajalla. Hubungan batin spiritual telah tersambung kepada Allah Yang Maha mendengar doa dan mengabulkannya. Insyaallah cucunda Mawaddah akan sehat sebagaimana waktu yang Allah kehendaki. AMIN Ya Rabb"
Saya pula yg menitiskan air mata mendengarnya, Diqma.
Salam sayang untuk anakanda Nisreen Dan Zahraa..
Teh Zaharah
Alhamdulillah.... Walaupun kita tidak pernah kenal, tapi tinta albazrah membuatkan saya rasa dekat dgn anda...tahniah, saya suka mendengar kuliah anda di Universiti MKI...teruskan menulis....:)
Post a Comment