Bismillahi walhamdulillah.. Allahumma solli wasallim wa barik 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
Terlalu banyak yang terbuku di hati, semakin lama semakin hilang kata-kata untuk mengungkapkannya. Dalam banyak keadaan diam itu terbaik. Hati ini berfikir, diam itu terbaik, diam itu selamat, diam itu mahal, diam itu berdoa, diam itu penantian, diam itu banyak rahsia. :)
Sudah berlalu beberapa momen hidup di Malaysia, albazrah terimbas kembali saudara kami Afifi. Ketika pulang ke Kedah kami sempat menziarahi keluarga Afifi (semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan rahim Allah kepada rohnya). Kawasan Kubur Panjang agak sukar kami mencari tetapi akhirnya bertemu juga. Ayahandanya Ustaz Ahmad menunjukkan bakti Afifi kepada tanah, pohon-pohon yang ditanam sehingga kini masih boleh dimakan hasilnya.
Datuk dan neneknya bergilir menitiskan air mata ketika dan setelah mereka mendengar cerita Abu Nisreen tentang cantiknya pemergian Afifi menemui Tuhannya tempohari. Mereka yang menggesa Abu Nisreen bercerita, rindu benar mereka kepada Afifi. Afifilah yang sering mendokong neneknya ke sana ke mari kerana sukar neneknya menapak sendiri.
Akhlak dan santunnya di rumah berterusan sehingga detik terakhirnya di Sudan. Allah Allah... syahdu
Abu Nisreen berulang kali menyebut tulusnya hati mereka dan besar jiwa mereka.
Ustaz Ahmad bukan calang-calang orang, pernah belajar di Darul Ulum Deoband dan kemudian ke Mesir, di waktu itu keberangkatan ke sana hanya menaiki kapal laut dan tiba setelah dua minggu. Kemudian tiba di India menaiki pula keretapi beberapa hari dan kemudia menaiki himar/donkey ke Darul Ulum. Itu kisah tahun 70'an yang silam. Arwah Afifi memang berazam ingin menurut jejak ayahandanya ke India namun ajal mendahuluinya.
Seingat albazrah ketika Ustaz Ahmad menziarahi kubur arwah Afifi di Sudan beberapa bulan lalu, Sheikh Muhammad Muhyiddin sempat menyelongkar silsilah pengajian Ustaz Ahmad. Ya rupanya guru-guru Ustaz Ahmad ialah para alim dan muhaddith "kibar". Masya Allah... Para Mawlana dan masyaikh yang terkenal hero-hero ilmu hadith adalah gurunya. Albazrah tidak tersebut nama mereka di sini. Ketika di Sudan itulah Sheikh Muhammad cuba menghiburkan ayahanda Afifi, Sheikh Muhammad juga membaca beberapa kitab hadith (hadith-hadith tertentu) untuk "istijazah".
Abu Nisreen bercerita ketika menyaksikan kasih dan cinta ayah kepada anakandanya ketika di perkuburan. Sebak mengingatinya kembali, bagaimana Ustaz Ahmad menyampaikan salam bonda Afifi, bagaimana Ustaz Ahmad memohon kemaafan seorang ayah kepada anak yang telah pergi. Sedih... tetapi kagum.
Damailah engkau di sana wahai Afifi. Al-Fatihah.
3 comments:
Tulisan dari satu kisah yang membuat hati siapapun terharu. Semoga Allah SWT, memberikan kekuatan lahir bathin kepada keluarga besar Bapak Ahmad, dan memberikan kelapangan dan kedamaian bagi Almarhum Afifi.--
Assalamu'alaikum Wr. Wb. Semoga Ananda berdua dalam Rahmat dan Karunia Allah.
1.Kami menantikan khabar baik lahirnya adik dari cucunda Nisreen. Amin.
2. Insyaallah di 7 Febr. ini Yanda dan bunda akan berangkat memenuhi Undangan Rabb ke Baitul 'Atik, berumrah.
3. Dan Insyaallah kami akan ada di KL pada 20 Mei 2013 sesuai dg tiket Air Asia yang sdh. ada.
Tolong doa ananda berdua untuk kesehatan, keselamatan dan ibadah yang mendapat redha Allah. Salam kami berdua.
Salam Ayahanda, mohon maaf lama tidak buka blog. Anakanda telah melahirkan seorang lagi srikandi minggu lalu.
Moga ketemu lagi, didoakan mendapat umrah yang mabrur. Mohon ayahnda dan bunda mendoakan kami juga ya.
Post a Comment