Waktu kita sedang bergembira mungkin ada sahabat kita tengah bersedih. Albazrah teringat ketika sebulan Ramadhan yang lalu, Albazrah gembira kerana hujan turun berselang hari, cuaca menjadi nyaman. Bumi kering Sudan menjadi lembab, rumput-rumput menghijau. Alhamdulillah.
Namun, di suatu kawasan yang terhampir penghuninya dalam kegusaran. Kawasan Inqaz yang rata-rata dihuni orang miskin. Mereka gusar kerana rumah mereka dibina daripada tanah sahaja. Hujan yang turun walaupun hanya renyai-renyai dalam tempoh sebulan bisa meruntuhkan rumah mereka. Akhirnya ketika menanti pengumuman Eidul Fitri Albazrah mendapat khabar daripada sahabat tentang rumah kawan kami telah runtuh. Mereka ialah sepasang pelajar Indonesia. Innalillah... Sedih sekali albazrah ketika itu. Di tengah malam mereka keluar meninggalkan rumah mencari perlindungan baru. Allahu Musta'an.
Lebih kurang dua minggu lagi kami akan pulang ke Malaysia. Lebih kurang dua minggu lagi Fazlii dan Dalila akan melangsungkan perkahwinan di Sudan ini.
Sebahagian barang telah kami masukkan ke dalam kotak, berbaki sebahagian lagi. Hari Jumaat ini rumah kami akan dikosongkan, pelajar perempuan yang semakin bertambah bilangan akan masuk ke rumah ini.
Bumi Sudan akan kami tinggalkan. Kembali ke Malaysia meneruskan kembara sebagai hamba selagi hayat dikandung badan. Alhamdulillah...
Syukur Kak Min juga telah mendaftarkan nama Albazrah dan Abu Nisreen untuk menyertai Seminar Bahagia Membahagiakan anjuran Assohwah di UIA.
***
Subhanallah... pasangan suami isteri di atas menyimpan wang sejak 70 tahun yang lalu untuk menunaikan haji. Allah memberi tawfiq kepada mereka pada musim haji tahun ini. Si suami berjanji ketika menikahi isterinya 70 tahun yang lalu untuk membawa si isteri menunaikan haji. Sekarang mereka berusia 90 -an. Semenjak itu mereka menabung sehingga tercapai hajat perjalanan menunaikan rukun Islam ke-5 baru-baru ini. Mereka pasangan warga emas dari Kashmir. Setia dan cinta menuju Allah.

6 comments:
alhamdulillah
kembara dikma di sudan sudah berpenghujung
semoga terus dirahmati dan dipermudahkan urusan
insya Allah saya pula akan kembara ilmu bulan hadapan, mohon doa dikma dan sahabat2 lain agar saya tidak lari daripada jalanNya
Alhamdulillah - semoga segala urusan dan perjalanan pulang dimudahkan Allah. Bila telah berada di Kul, mohon nanda kirimkan No.HP/adress ananda Nizam atupun Azma - kalaulah mungkinyanda Insyaallah ke Kul. diawal tahun baru depan. Salam kami untuk semua Keluarga.-
Marhaban... Moga Allah swt permudah urusan Azma sekeluarga. Terkilan juga tak dpt tunggu di airport, insyaAllah diberi rezki berjumpa di lain masa.
Kakteh, mohon share cerita tentang sepasang suami isteri itu ya.
Kak Ma dah balik? Alhamdulillah. Ada masa dan ketika dropby lah bumi Perlis.
As Salam, i am currently conducting a survey about mosque in Malaysia for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0
Post a Comment