Bismillahi walhamdulillah. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad.
Isu berat badan kurang, tekanan darah rendah, pening dan pitam, kurang hemoglabin sering menemani albazrah sejak dahulu sampai sekarang.
Ada kisah lucu tentang berat badan. Pada tahun 1997, albazrah di Matrikulasi Nilam Puri. Suatu hari Kementerian Kesihatan datang membuat pameran kesihatan. Kalau tidak salah ia bertepatan hari Khamis. Seolah menjadi kemeriahan pelajar di asrama berpuasa pada hari Khamis. Albazrah juga berpuasa.
Apabila pameran kesihatan bermula pada pukul 3 petang (lebih-kurang). Dengan bersemangat Albazrah seorang diri terus menuju dewan pameran. Ada sesi pendermaan darah, wah rasa teruja menemui perkara baru. Albazrah menemui pegawai kesihatan untuk menderma darah dan Albazrah menjadi orang pertama. Pegawai berkenaan menyuruh albazrah pergi makan di bilik sebelah dan albazrah berpuasa. Kata pegawai itu, berpuasa tidak boleh menderma darah bimbang apa-apa risiko . Lalu albazrah berbuka puasa dengan makanan yang lazat yang disediakan.
Setelah makan, mereka memeriksa darah dan jenis darah, hemoglobin dan sebagainya. Semua ok. Tiba-tiba albazrah diminta menimbang berat di timbang yang disediakan. "Tidak boleh lah adik...adik tak cukup berat. Adik perlu mempunyai berat 46 kg dahulu baru boleh menderma" Tidak semena-mena ketika itu juga di kerusi, di hadapan mereka semua albazrah menangis teresak-esak. Hik hik malunya...
Isu berat berterusan sehingga mengandungkan Nisreen dan juga kandungan kedua ini. Namun ia ditambah dengan tekanan darah yang rendah, kurang hemoglobin, zat besi dan sebagainya. Doktor Jabeena teruja sekiranya berat albazrah bertambah walau satu kilogram. Albazrah sedar berat 36, 37, 38, 39 kg sering membuatkan albazrah sering disebut "delicate, fragile". Namun mencapai 43.5 kg minggu lepas amat membanggakan Dr. Jabeena. Albazrah dinasihatkan supaya makan sejenis sayur yang terkenal di dunia arab namanya "jirjir" setiap hari kerana kandungan zat besinya yang tinggi.
Moga Allah memudahkan kandungan ini. "Wahai anakanda, walaupun ummi selalu nak pitam walaupun ummi sakit pinggang, belakang, krem sana sini, lenguh sana sini, tidak boleh tidur malam, tidak boleh duduk lama tetapi ummi sangat rindukan anakanda. Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina kurrata a'yun, waj'alna lilmuttaqina imama".
8 comments:
Rindu nak makan jirjir...kak makan ulam jirjir cicah sambal belacan sedap kak..cubalah manatau terbuka selera boleh makan banyak, insyaAllah bertambah berat badan. Take care kak!
assalamualaikum ya sohabati habibati..didoakan smga sihat keduanya, ummi dan baby juga bakal kakak, nisreen.. agak2 dpt tak tgk ummi nisreen mengandung kali ini.. ke balik msia lps bersalin?
Dian: Di Manila banyak sayur fresh...di sini jirjirlah yang paling fresh. Alhamdulillah, ya kadang-kadang buat juga macam tu. Syukur, Dr. Jabeena kata ada improvement.
Umifawwaz: Pae, saya akan call Pae dalam masa terdekat insya Allah.
Assalamualaikum...
Assalamuaaikum Al bazrah, bolehkah akak dapatkan alamat e-mail?
e-mail akak ; jamaliahmk62@yahoo.com
Assalamu'alaikum wbt
Semoga al Bazrah sihat dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT sekeluarga. Amin.
Semoga ananda dalam lindungan Allah SWT.
Wa'alaikummussalam
Kak Jamaliah: Email saya noorazma@gmail.com
Tuan M.Saad:Barakallahufikum, amin amin, ya rabbal 'alamin. Terima kasih Tuan Haji.
Abi: Amin. Ayanda,terima kasih kerana senantiasa doakan ananda Moga ALlah melimpahkan kasihnya buat ayanda sekeluarga di sana.
Post a Comment