Tuesday, September 04, 2012

Terapi untuk seorang ibu dan pelajar

Salah satu terapi bagi seorang perempuan ialah bermain dengan anak kecil. Ibu-ibu yang mempunyai anak kecil tidak patut hanya membeli permainan tetapi tidak pun bermain dengan mereka. Kawan-kawan yang anak sudah besar atau belum mempunyai anak juga boleh bermain dengan anak saudara, sepupu yang masih kecil atau anak kawan-kawan kita. Allahu Akbar, bersihnya hati anak-anak ini, lurus dan suci. Mereka membawa tempiasan positif dan hening ke dalam diri kita. 

Ini projek ummi Nisreen dengan anakanda di kala ummi perlu bertenang. Rabbi yassir ya ALlah:

1. Projek segera: Melukis tangan 3D

2.Projek jangka masa panjang: buat rumah guna botol. Ummi mula mengumpul botol, insya Allah sebulan lagi rumah akan dibina. Nisreen suka main rumah kalau ke kedai permainan yang ada rumah dia masuk tak mahu keluar. Di hospital yang ada rumah mainan pun dia akan bermain dalam rumah. Ummi dah survey harga rumah untuk Nisreen, fuhh mahal. Insya ALlah kalau ummi buka tadika atau nursery boleh lah ummi beli rumah permainan tu. Tetapi sekarang projek kita buat rumah guna botol dulu, insya Allah. 




Melukis tangan 3D

Bayangan rumah kecil untuk Nisreen, insya Allah

Dengan izin Allah ummi pun tenang, Nisreen pun happy. Masya Allah. Alhamdulillah.

Terima kasih http://www.facebook.com/different.solutions.page bagi idea kepada ummi Nisreen....

2 comments:

Hasfazilah said...

menarik aktiviti tu... terutama rumah botol...:D

~albazrah~ said...

Kak Ilah: Saya sedang kumpul botol, insya Allah sebulan lagi rumah siap :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails