Sunday, September 30, 2012

Surat untuk Chu

Assalamualaikum Chu,

Ini Nisreen. Chu sihat ke? Nisreen Alhamdulillah, syukur lillah…

Ini Nisreen sertakan beberapa keping gambar kepada Chu, Pak Su Lan, Kakak Nauwal dan Adik Hilal.
Nisreen banyak aktiviti di sini, dalam gambar di bawah tu Nisreen buat buah melaka, tolong ummi buat cucoq keria, pergi perjumpaan rakyat Malaysia semasa hari kemerdekaan, dan sebagainya.

Nisreen sudah tengok video adik Hilal yang Chu kirim sudah pandai berjalan, kelakar dan comel masya Allah. Semoga adik Hilal sihat dan jadi anak yang soleh, amin. Nisreen juga sudah tengok gambar kakak Nauwal solat, Nisreen pun nak rajin solat seperti kakak Nauwal. Nisreen sudah ada telekung sendiri yang cantik hadiah daripada Kakak Aliya di Negeri Sembilan.

Chu,

Insya Allah tidak lama lagi Nisreen akan balik ke Malaysia dan Nisreen akan dapat adik dan akan jadi kakak. Nisreen mungkin akan masuk sekolah macam kakak Nauwal juga. Insya Allah.

Di sini tiap-tiap hari Nisreen pergi sekolah juga, cuma di sekolah Nisreen, Nisreen seorang sahaja pelajar kecik, yang lain semua cikgu-ustazah.  Nisreen panggil mereka, mak lang, mak teh, mak tok, mak njang dan mak su. Mereka semua belajar di universiti ada yang ambil bahasa Arab dan ada yang ambil Syariah.

Setiap minggu Nisreen ikut ummi dan cikgu-ustazah belajar fiqh dan hadith waktu malam. Nisreen ada meja Nisreen sendiri, waktu ustaz mengajar Nisreen cakap bisik-bisik sampai kalau Nisreen dah letih dan nak menangis pun, Nisreen nangis pelan-pelan tidak keluar suara. J

Chu,

Nisreen dah suka minum susu UHT atau susu segar, dulu Nisreen tidak suka. Alhamdulillah, tetapi ada ketika Nisreen akan sakit perut ummi akan hentikan susu itu dan gantikan dengan yogurt. Alhamdulillah bila beberapa hari Nisreen akan minum susu UHT atau susu segar lagi.

Dalam gambar yang bawah tu, ada gambar Nisreen lukis. Itulah kerja Nisreen kalau pegang pen Nisreen suka lukis “bulat kecil bulat kecil bulat besar…”

Chu Nisreen sangat suka makan khoruf. Khoruf lebih sedap daripada ayam. Chu tahukan khoruf tu kambing. Di sini kambing dia bukan macam kambing di Malaysia jenisnya lain sedikit. Daging dia manis. Nisreen makan khoruf bakar dengan roti.

Ok ya chu, Nisreen dah penat. Nanti jumpa lagi. Doakan ummi, abah dan Nisreen ye. Kirim salam Pak Su, Kakak Nauwal, adik Hilal, tok, wan, dan semua.







8 comments:

ida_zy said...

comel dan cerdik nisreen
masya Allah
hasil didikan ibubapa yang soleh dan solehah insya Allah
semoga mudah urusan2 dikma aameenn

~albazrah~ said...

Amin... semoga urusan ida juga dimudahkan Allah.Jazakillahu khairan kathira. Alhamdulillah.

Min said...

rindu sangat budak ni??? kaih balik kaih...!

Min said...

silap pulak, rindu sangat budak ni!!!

Anonymous said...

salam albazrah

selamat hari lahir. semoga usia di berkati

k.alida

~albazrah~ said...

Cikmin: Insya Allah...nanti Nisreen balik la.

Kak Alida: Jazakillahu khairan kathira, barakallahu fik. Terima kasih atas ingatan dan doa.

alhan said...

comelkan anak kecil. maryam pun begitu. banyak sungguh perkembangan mereka tiap hari. sangat observant. bila azma balik? akak kat sini pun tak sempat2 lagi nak menziarahi mawaddah. Insya-ALLAH di alam maya memang ziarah. take care azma, moga dimudahkan segala urusan

~albazrah~ said...

Kak Alhan: Mereka cepat membesar, tiru semua apa yang ibu bapa buat. Cara makan, cara lipat baju, buka tutup laptop, vacum rumah, lap meja... Ya Allah. Memang kena hati-hati jadi ibu bapa ni. Teringin sangat nak tengok maryam. Lagi dua bulan saya balik insya Allah.. Jazakillahu khair kak Alhan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails