Monday, February 06, 2012

Catatan coretan dari Malaysia

Alhamdulillah, amanah yang dibawa dari Sudan untuk disampaikan kepada Pak Su Mid dan Tuan Guru Sheikh Nuruddin al-banjari telah disampaikan. Abu Nisreen juga sempat menziarahi Sheikh Toyyib di Kg. Asam Jawa di Baling bersama sahabatnya Qayyum. Terima kasih kepada Pak Cik Abdullah Thahir atas maklumat tentang ulamak Kedah di blog al-Fanshuri. Masih berbaki satu amanah yang perlu disampaikan kepada Prof. Dr. Abul Lais di UIA, insya Allah.

Albazrah juga sempat mengikuti kursus di Islamic Perenting Network bersama Puan Lina Karim di Shah Alam. Alhamdulillah. Puan Lina memberikan panduan teknik bagaimana beliau lakukan ketika mendidik anaknya Darwisya dan Darwisy membaca dan menghafaz al-Quran semenjak masih bayi. Yang paling albazrah faham pentingnya seorang ibu itu sabar, tawakkal dan istiqamah. Ya, peluang mendidik anak hanya sekali. Ia tidak akan berulang ketika anak-anak telah besar.

Bersama kami sekarang di Kuala Lumpur ialah sahabat Abu Nisreen, Badruddin dari Algeria. Beliau begitu teruja dan ingin mengetahui cara hidup rakyat Malaysia. Katanya di Algeria hanya ada orang Islam, jadi kehidupan di Malaysia yang pelbagai agama, budaya, kaum dan warna benar-benar menakjubkan. Katanya orang Islam di Malaysia lebih menjaga Islam dan syiar-syiarnya berbanding Arab Algeria. Beliau terharu melihat anak-anak kecil bersekolah agama sudah memakai tudung dan berkopiah. Suasana ini tidak ada di Algeria. Beliau berkata, orang Algeria kena datang ke Malaysia untuk belajar. Beliau berfikiran terbuka dan faham tentang kepelbagaian mazhab, semakin memahami kenapa pelajar Malaysia di Sudan bermazhab Syafei dan Asyairah. Begitu juga katanya rakyat Algeria yang bermazhabFiqh  Maliki dan Asyairah pada Aqidah.

Sekarang Abu Nisreen dan Badruddin ke Seremban dan Kuala Pilah. Malam nanti Insya Allah kami akan ke kuliah Tuan Guru Jahid Sidek. Sudah lama tidak bertemu, insya Allah menziarahi Pak Cik Abdullah Thahir juga.

Aktiviti di Malaysia sungguh padat, masa juga banyak dihabiskan di dalam kereta dan trafik jam. Albazrah sudah mula praktikkan tip-tip Puan Lina. Flash kad huruf Quran untuk Nisreen berada di dalam beg, kereta dan juga di rumah. Nisreen belajar dan bermain. Allahhu Allah, daku doakan al-Quran akan menjadi darah daging anak-anakku. Ameen.

6 comments:

umifawwaz said...

amin..doakan juga utk anak2 saya ye diqma...

~albazrah~ said...

Amin...insya Allah Pae. Hope to see you soon.

Anonymous said...

Subhanallah....trjumpa pula blog umm nisreen...Kita diizinkn brjumpa,berbual2 cuma sekejap,terasa spt hendak mengenali dan menjalin prsahabatan dgn lebih dlm lagi. Terlalu sedikit kwn yg bila kita tringatnya,kita akan tringat Allah...

~albazrah~ said...

Siapakah gerangan saudari yang mulia ini? Albazrah di Malaysia sekarang. Ingin juga bertemu. Fi amanillah.

Anonymous said...

Kita saling mengenali di Sudan,namun hanya dihujung2 waktu kita ditakdir Allah dpt brbual,sbnrnya kalau trnmpk Albazrah dr jauh lg hati rasa sgt gembira.pelik kan?Setiap kali halaqah Abu Nisreen,airmata pasti akan tumpah. Mungkin hati ni ingin dekat dgn org yg dkt dgnNya.Semoga Allah merahmati kalian.

~albazrah~ said...

Insya Allah moga Allah izinkan kita bertemu lagi. Terima kasih atas doanya. Kami juga mendoakan puan sekeluarga di dalam rahmat dan peliharaan Allah sentiasa. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails