Bismillahirrahmanirrahim,
Duhai bonda... duhai ayahanda... Anakanda kan pulang pada esok hari. Berlepas dari bumi Sudan jam 7.30 malam. Hati ini hampir pecah mengenangkan rindu yang ditanggung saban hari. Air mata tidak henti-henti mengalir setiap kali lintasan wajah kalian hadir di mata anakanda. Syukur Ya Allah, Engkau mengizinkan aku pulang, walaupun ia di luar rancangan.
Duhai bonda... duhai ayahanda... sungguh anakanda rindu mendakap kalian. Kerna semakin bertambah usia ini semakin anakanda faham pengorbanan kalian. Bonda, usiamu kini hampir 70 dan ayahanda pula 66, pastilah sepanjang hayat kalian setiap detik dan nafas sentiasa mendoakan kami anak-anak ini. Sungguh kalianlah hadiah Allah yang istimewa. Malaikat yang dihantar ke dalam hidup anakanda.
Duhai bonda... duhai ayahanda... tanggal 19 hb ini barulah anakanda sampai ke desa. Allah...sabar kan hati ini sekejap sahaja lagi. Merekalah insan paling aku rindui ingin ku cium ku peluk dan ku santuni.
Duhai bonda... duhai ayahanda... anakanda pulang bersama suami dan seorang puteri. Anakanda mahu puteri itu kenal asal usul, adab tutur, anyaman seni budi penuh luhur selama hayat anakanda ini oleh bonda dan ayahanda.
Duhai bonda... duhai ayahanda... rindu yang tertahan, bakal terubat beberapa hari lagi. Hati anakanda berdebar seumpama debaran seorang kekasih. Benar kalian berdua kekasih anakanda, sungguh tulus terpancar dari mata air kasih suci sejak anakanda bayi hingga kini. Alhamdulillah, atas nikmat kedua ibu bapa yang melentur anakanda atas Islam, Iman dan Ihsan.
Rabbighfirli wa liwalidaiyya warhamhuma kama rabbayani saghira.
Sangat sibuk mengemas rumah dan barang, baru selesai urusan visa keluar dan urusan universiti. Terima kasih yang tidak terhingga kepada suamiku yang mambantu dan menemani saban waktu. Alhamdulillah. Selamat tinggal Khartoum, jumpa lagi dua bulan (sekejap sahaja).

5 comments:
Smga slmt smuanya shbtku syg.Allah kan merahmati pjalanan kalian..insya Allah..slm utk ayahnd dn bonda ye..siiru 'ala baraktillah..
kami pun tak sabaq nak jumpa hampa...! Allah... rindu sungguh ni...!
Salam Dik...semuga perjalanan adik sekeluarga dirahmati Allah SWT...semuga berbahagia disamping keluarga tercinta,walaupun hanya 2 bulan...masa emas yang sangat tiggi nilainya....Kak ila..
cemburunyaa..nak ikut
Assalamualaikum, alhamdulillah kami bertiga telah hampir dua minggu di Malaysia. Sekarang di Kedah. Minta maaf kerana lama tidak berblog, tidak ada internet.
albazrah
Post a Comment