Sunday, January 01, 2012

Pertahan Iman

Mendengar kisah-kisah mereka yang mempertahankan aqidah sebak dan terharu hati ini. Membaca kisah Natrah di blog Puan Roza di sini  membuatkan akal albazrah berputar ligat memikirkan masa hadapan iman dan Islam terutamanya di bumi tercinta Malaysia. 

Iman di dalam diri juga setipis kulit bawang. Guru albazrah pernah berkata, kita juga harus bersedia bila-bila masa. Umat Islam di Syria disembelih dibunuh. Malah lebih teruk lagi berbanding Libya. Namun Amerika tidak nampak pula. Iman itu perlukan pembuktian. Dunia sememangnya medan ujian.


Hari ini Abu Nisreen pulang menceritakan lagi kisah temannya yang baru memeluk Islam. Datang ke Sudan untuk belajar bahasa Arab dan mendalami Islam. Apabila dia kehabisan wang dia menelefon negaranya dan menghubungi seseorang di Sudan ini, namun dia hanya dihinakan dan dikehendaki meninggalkan Islam untuk mendapat bantuan kewangan. Albazrah sebak sekali, ini bukan kisah Ammar bin Yassir anakanda syahidah pertama dalam Islam Sumayyah. Ini adalah kisah di hari ini, teman Abu Nisreen di Sudan ini. 

Syukurlah Islam itu menjadikan ummatnya bersaudara. Sesama pelajar yang juga serba kekurangan, mereka saling berkongsi. Sungguh di tahun baru ini albazrah begitu terharu dengan dugaan terhadap teman suami albazrah. Albazrah doakan keteguhan imannya, meskipun dihampar lautan harta, ia hanyalah umpama kepingan kaca tiada nilai jika dibanding keimanan yang laksana berlian berharga. Apalah nilainya kepingan kaca yang berkecai pada bila-bila masa jika hendak dibandingkan kejayaan dan keselamatan di akhirat. Dunia ini sedikit pun tidak bernilai jika dibanding syurga Allah. Bertuahlah dia terpilih oleh Allah untuk mengecap nikmat Iman dan Islam. 

Didoakan keteguhan iman mereka. Barulah albazrah semakin faham kenapa salah satu asnaf zakat itu ialah muallaf. Mereka benar-benar keseorangan dalam mempertahankan aqidah. Abu Nisreen pernah mengisahkan juga temannya dari Amerika yang memeluk Islam dan juga dari Brazil dan lain-lain lagi.

Ada juga kisah pelajar dari Tajikistan yang tidak dapat pulang ke negara mereka, sekiranya pulang mereka akan dipenjara kerana datang belajar agama. Pengaruh komunis masih kuat di sana. Sehingga kini apabila albazrah mengenangkan kisah Said Wali Tajiki begitu sebak teringatkan di waktu anaknya yang baru lahir sakit, dia berlari ke sana ke mari tidak tahu hendak ke mana, sambil mendokong anak ditambah tiada wang pula. Allah... 

Sungguh kehidupan di sini membuatkan albazrah membuka mata melihat warna warni kehidupan manusia pelbagai bangsa dan budaya. Susah senang bersama-sama. Keteguhan jiwa dan kesabaran menjadi kunci terpenting di medan ujian ini. Alhamdulillah...Syukur kepada Allah. Syukur kerana kita beriman dengan hari akhirat. Alhamdulillah.


7 comments:

lina said...

salam Ustazah, Benar sama sekali lina pun ada menbaca drp blog puan roza....Dlm hati lina sambil membaca meminta pertolongan ALLAH di jauh kan drp seluruh keturunan kita. Jika ianya tidak baik bagi kami Maka jauhkan sekira ianya baik bagi kami maka dekatkan....Allah hu Allah.

~albazrah~ said...

Salam Lina, ameen..ameen. Memang bimbang sangat. Selagi hayat dikandung badan kita ada amanah yang perlu dilaksanakan. Kita didik diri kita dan anak-anak di jalan Allah, berdoa dan bertawakkal. Semoga Allah menjaga kita semua.

Azma Ismail said...

Assalamualaikum Albazrah,
Sebak bila baca perihal kisah saudara seislam kita yang mengharungi kesusahan dengan penuh redha. Sememangnya nikmat iman merupakan satu anugerah yang paling berharga dan tak terbanding dengan apa yang ada di seluruh dunia ini.
Semoga Allah merahmati kita semua berserta seluruh umat islam yang lain dan semoga diberikan keteguhan iman. Amin.

~albazrah~ said...

Wa'alaikummussalam

Amin..amin... semoga kita semua diredhai ALlah dan dimatikan dengan husnul khatimah.

Terima kasih saudari Azma Ismail.

Sakinah said...

kak, name nisreen maksudnye ape ye? bekenan :)

~albazrah~ said...

Sakinah: Nisreen dari bahasa Farsi, nama bunga mawar putih. :)

Sakinah said...

ohh, syukran kak :) semoga Nisreen sihat selalu n jadi anak solehah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails