Tuesday, December 13, 2011

Tabiat

Aku merenung manusia ini berkumpulan-kumpulan. Setiap seorang cenderung kepada sesuatu yang menepati tabiat dirinya. Acuan setiap manusia berbeza-beza. Lalu tidak perlu dihairankan kerana banyaknya kumpulan lantaran berbezanya acuan manusia itu.

Guruku Pak Su Mid Bukit Tembaga pernah berkata "kita tidak mungkin memaksakan manusia kepada satu-satu kumpulan kerana toba'/tabiat yang ada dalam diri setiap orang itu berbeza."

Sebab itu berlapang dadalah. Tenang-tenang sahaja.

Mereka yang kecenderungannya politik akan memilih politik sebagai wadah perjuangan. Dalam politik itu sendiri pelbagai ragam partinya.

Mereka yang hala tujunya bisnes mencari teman-teman dan rakan yang sejiwa dengannya. Meluaskan network perniagaan. Bertukar-tukar tip-tip dan panduan.


Mereka yang cintakan ilmu berkecenderungan ke arah akademik tidak kurang juga majlis-majlis ilmu dan bertalaqqi.

Mereka yang cintakan ulama dan tokoh mengkagumi tokoh masing-masing. Tidak perlu hairan ada menyintai tokoh A tidak tokoh B.

Aku sendiri seakan faham kecenderungan itu, kawan-kawan di dalam ABIM ada kecenderungan mereka, kawan-kawan JIM ada kecenderungan mereka. Kawan-kawan tariqah tasawuf ada penumpuan mereka, kawan-kawan haraki memiliki keutamaan mereka. Kawan-kawan tabligh dengan perjuangan dan dakwah mereka.

Malah di dalam kumpulan itu ada kecenderungan lain lagi. Itulah yang aku perhatikan di dalam Tulab Nur juga. Tulab Nur sendiri memiliki puluhan kumpulan tersendiri. Setiap kumpulan ada cita-cita mereka. Kecenderungan ahli juga tertuju kepada tabiat yang sedia.

Apapun janganlah lupa hayat ini terlalu pendek usah disiakan dengan bertelagah. Laksanakan tugas masing-masing demi Islam dan iman. Di akhirat nanti kita dikumpulkan dengan siapa kita berkumpul di dunia.

5 comments:

lina said...

salam ustazah albazrah - Benar sama sekali setiap seorang cenderung kepada sesuatu yang menepati tabiat dirinya...tapi bagi lina sesiapa sahaje yg menagungkan penciptaNYA serta menagungkan empunya syariat serta berpaksikan Sunnah Rasullullah itulah satu pegangan lina...wasiat drp guru yg sgt kami kasihi. Jika kita lihat pada hari ini byk blog2 dan FB mengutuk/ menghina Aahli bait....Sgt menyedihkan kekasihNYA yg telah dimuliakan oleh ALLAH dipelakukan sedemikian. Semoga kita semua dalam peliharaan dan jagaanNYA seluruh anak cucu cicit serta keturunan drp berbuat sesuatu yg tidak layak bagiNYA.

~albazrah~ said...

Lina: waa'alaikunnussalam, insya Allah didoakan Lina dibangkitkan di akhirat nanti bersama mereka yang mengagungkan syariat Allah dan mencintai baginda Rasulullah saw dan ahli baitnya. Selama hayat ini biarlah kita terus mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Doakan albazrah juga ya...

Anonymous said...

assalamualaikum dikma, selalu tertanya-tanya dalam diri. Apabila kita rasa penat dengan tabiat seseorang, adakah itu tandanya diri kita juga tidak disukai orang lain?

~albazrah~ said...

Anony: Saya tidak tahu perkara ini. Namun setiap orang sudah pasti tidak terlepas daripada disukai dan dibenci oleh orang lain. Nabi yang paling sempurna akhlak juga dimusuhi. Ubatnya hanya letakkan redha Allah menjadi matlamat, jadi manusia suka atau benci tidak lagi menjadi masalah bagi kita.

rauf said...

Barulah jelas sikit keadaan yg berlaku. Syukran awi atas penjelasan.

Semoga Allah permudahkan urusan kita kaum muslimin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails