Ada tunjuk perasaan di Khartoum, pembunuhan ketua rakyat Darfour. Dikatakan yang berkumpul ialah sokongan kepada pembunuhan tersebut.
Harga tiket Saudi Air ke Malaysia murah sekali, pergi dan balik hanya 300 USD. Kesannya ramai pelajar hendak balik!!! Malah kawan-kawan Algeria, Switzerland, Turki, Yaman dan ramai lagi pakat-pakat membuat rombongan bercuti ke Malaysia.
Duit Sudan jatuh lagi, 1 USD bersamaan 4.45 atau lebih.
Abu Nisreen selalu bercerita tentang kawan barunya Kamaruddin, pelajar dari Korea yang memeluk Islam. Datang ke Sudan belajar bahasa Arab dan ingin sekali mengukuhkan kefahaman agama. Minggu lepas di waktu malam dia dirompak, alhamdulillah selamat. Bersemangat ingin mendalami Islam. Mereka bersembang dalam bahasa Inggeris.
Anakanda Nisreen selalu buat ummi terharu, apabila setiap kali hendak tidur dia akan mengambil Qurannya dan minta ummi bacakan. Apabila ummi membacakan surah-surah di dalam Juz Amma dia akan mengikut dan sehinggalah tertidur sendiri. Alhamdulillah.
Setiap kali hendak makan, minum, pakai baju dan apa sahaja yang ummi bacakan Bismillah dan doa semenjak Nisreen bayi sekarang dia sudah pandai ingatkan diri sendiri mengangkat tangan berdoa.
Kalau dia bersin, dengan sendirinya akan menyebut alhamdulillah...malah orang lain bersin pun dia juga yang ucapkan alhamdulillah.
Abah pula setiap malam menyanyikan lagu 20 keturunan Rasulullah saw, Nisreen sudah ingat dia akan ikut dengan pelatnya sendiri.
Satu yang ummi hairan dia lebih suka pakai kopiah dan serban. Kalau dia hendak pakai tudung habis solat dan bermain sekejap sahaja dia sudah buka tudung. Nisreen lambat bercakap. Sekarang gigi ada sebelas.

sumber: Zahidah

Sumber: Albo

1 comments:
Assalamuálaikum,
Ustazah, tolong berikan email kawan Korea tu. Ana dah enam kali ke Korea, mungkin boleh jadikan kawan. Pelajar ana dah 4 orang kat Korea di bawah selian sahabat di Chung-Ang University. Baru ni sembahyang raya Korban masjid di Seoul dan dengar khutbah dalam bahasa Korea. Sungguh memilukan. Orang Korea mempunyai budaya yg baik kadangkala lebih baik dari orang Islam kita.
Post a Comment