Saturday, December 24, 2011

Merdeka Jiwa


Nikmat dan rahmat Allah melimpah tiada bertepi. Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Ta'ala yang sentiasa setiap detik mendidik diri ini. Apa lagi yang perlu saya lakukan selain bersyukur dan bersyukur.

Hari ini kami tiga beranak telah menziarahi rumah seorang pensyarah universiti saya di Daerah Omdurman, Sudan. Janganlah dibayangkan kehidupan seorang pensyarah seperti pensyarah di Malaysia yang bergaji besar, mewah dan tinggi kedudukan. Ketika keretanya tiba menjemput kami di stesen riksya (bajaj macam tut tut di India), hati saya diruntun sayu. Sungguh daif kereta itu dan mungkin kalau di Malaysia tiada siapa lagi yang akan memandu kereta seumpamanya. Ketika menutup pintu serasa mahu runtuh sahaja. Allah... kasihan pensyarahku. Malah ramai lagi pensyarah yang hanya menaiki bas ke universiti berulang alik kerana tidak mampu memiliki kereta.

Pensyarah saya itu sungguh besar hati kami datang ke rumahnya. Subhanallah, rumah seorang pensyarah yang memiliki PhD dan sungguh hebat sekali di lapangan ilmu hadith, namun keadaan nya jauh dari sangkaan saya. Mahu menitis air mata saya ketika kereta berhenti di depan rumah. Dinding yang pecah-pecah, pemisah-pemisah di antara bilik dengan kain, sungguh zuhud dan tawadhuk sekali. Allahu Akbar. Betapa mewah kehidupan di Malaysia namun masih dirasakan tidak kecukupan lagi.


Namun seperti budaya Arab yang lain, mereka sangat meraikan tetamu. Kami tidak langsung rasa terasing, malah seperti keluarga sendiri. Hari ini tanpa saya sangka saya diheret masuk ke dalam hidup masyarakat kampung tempatan  "hayah sya'biyah", yang sama sekali berbeza dengan kehidupan di Khartoum. Mereka hidup dalam satu rumah dipisahkan bilik-bilik terdiri daripada datuk dan nenek, anak menantu dan cucu-cucu, keluarga besar.

Mereka bersungguh-sungguh sekali hendak membawa kami ke Sungai Nil setelah kami dihidangkan makanan yang lazat, masya Allah. Saya beberapa kali ke sungai Nil bersama rakyat dan pelajar Malaysia. Tapi kali ini lain benar kerana rihlah bersama rakyat tempatan sendiri. Saya belajar banyak perkara daripada mereka daripada bahasa, budaya dan yang paling penting mereka begitu merendah diri dan mudah. Tidak ada apa yang susah dan sukar. Hidup mereka "simple" tidak banyak perkara perlu difikirkan. Rumah, asalkan ada tempat tinggal yang boleh melindungi daripada panas matahari walau yang menaungi mereka hanya susunan kotak dan ikatan kain. Makan juga sungguh mudah di dalam talam beramai-ramai. Kehidupan mereka "simple" tetapi gembira. Anak-anak sangat menghormati dan mendengar cakap ibu bapa. Adik-adik yang kecil ceria bermain menghormati yang tua. Anak-anak yang besar pandai menjaga diri dan mencintai adik-adik yang kecil. Subhanallah...institusi kekeluargaan mereka masih utuh. Malahan jiran-jiran demikian juga, dan kampung-kampung lainnya.


Allah mentaqdirkan saya hadir ke rumah se"tawadhuk" itu untuk saya belajar makna yang terlalu besar. Mungkin mereka kerdil dan kecil di mata dunia, tetapi jiwa mereka besar menadah pelbagai rahmat Allah dan saya begitu yakin, insya Allah sedang menanti istana mahligai agung buat mereka di syurga sana. Subhanallah... Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas didikan luar biasa pada hari ini buat hamba.

(Kisah ini berlaku pada beberapa bulan yang lalu)

12 comments:

Abu Muazz said...

Sungguh, hati terusik membaca nukilan ini. Moga cinta pada dunia tak sehebat cinta pada akhirat...

Syukran...

lina said...

salam Ustazah albazrah, Allah hu Allah sungguh terharu...tiada perkataan hendak dilafazkan semoga ALLAH membalasnya dengan selayaknya.

UMAIR INSYIRAH said...

Subhanallah..mereka jadikan dunia ini ladang menuju akhirat..akk ke Mesir ke kak?Jadi tak ke Madinah?Saya tunggu kehadiran akk insyaAllah:)

ukhti27 said...

SubhhanALLAH, Salam indah dan salam rindu duhai Ustazah yang dikasihi ALLAH dan RasulNYA ﷺ ...

Ada warkah cinta teruntukmu :)

Dengan Nama ALLAH,
dan Selawat serta Salam keatas RasuliLlah ﷺ ...♥

Al HamduliLlah, dengan rasa sangat terharu dan bahagia yang mendalam, diatas Keizinan ALLAH dan RasulNYA ﷺ juga restu dari Guru Mulia kita Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa, hamba menghimbau kepada kalian yang ingin turut termuliakan didalam Kumpulan Khatam al-Qur`an.

Insya`ALLAH, doa Khatam al-Qur`an nya akan dibacakan oleh Guru Mulia Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa di dalam Majlis Dzikr Akbar pada Sabtu ini, tanggal 31hb Disember 2011.

Insya`ALLAH, maka sila pilih juzu' pilihan masing-masing, bisa 1 atau 2 juzu' dsb. Insya`ALLAH, sudah bisa dimulakan bacaan tersebut pada malam ini sehingga Sabtu ini, tanggal 31hb Disember 2011.

Insya`ALLAH, bagi mereka yang ingin mengambil keberkahan ini dan membuat kumpulan masing-masing, silakan dengan segala hormat, kemudian harap dapat berikan hamba, nama-nama mereka yang mengambil bahagian, agar nanti bisa dapat hamba berikan kepada Habibana, selewat-lewatnya hari Jum`at ini, tanggal 30hb Disember 2011.

Berikut link nya : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=210190649067236

Demikian,
Syukran jazilan diatas perhatiannya,
BarakALLAHu fikum, jazakumuLlahu khairal jaza`. Fi amaniLlah.

~albazrah~ said...

Abu Muazz: Syukran, moga kita dijauhkan daripada fitnah dunia dan juga akhirat.

Lina:Terima kasih. Ameen, mudah-mudahan kesabaran mereka di dunia kerana Allah dan mendapat habuan sebaik-baiknya di akhirat yang abadi.

Umair Insyirah:Terima kasih Ainul, kisah Sg. Nil ini di Sudan. Visa umrah hanya dikeluarkan bulan Mac nanti. Doakan kami. Insya Allah nanti kak Azma email.

~albazrah~ said...

Ukhkti Mastura: Salam rindu, terima kasih atas titipan warkah cinta.

Masya Allah, kami ingin juga menyertai halaqah akbar khatam al-Quran ini.

Bolehkah ukhti pilihkan juz-juz yang berbaki untuk kami. 2 juz untuk Abu Nisreen, dan 2 juz untuk Umm Nisreen.

Jazakumullahu khairan kathira.

ukhti27 said...

SubhanALLAH, Salam indah duhai Ustazah yang dirindui... ♥

Al HamduliLlah, Segala Puji dan Syukur hanya BagiNYA, UntukNYA dan KernaNYA :)

SubhanALLAH, dengan kerendahan hati hamba memilih teruntukmu Juzu` 7 & 8, dan Abu Nisreen Juzu` 9 & 10. Insya`ALLAH, jika ada sesiapa diantara Ahli Keluarga dan Kerabat juga Sahabatmu yang ingin turut serta, harap dapat maklumkan hamba selewat-lewatnya hari Jum`at ini ya, tanggal 30hb Disember 2011 :)

Demikian,
Syukran jazilan diatas masa dan perhatiannya,
BarakALLAHu fikum, jazakumuLlahu khairal jaza`. Fi amaniLlah.

~albazrah~ said...

Terima kasih ukhti fillah lillah, jazakillahu khairan kathira. Akan kami mulai membaca hari ini.

Insya Allah saya akan bertanya mereka. Saya sebenarnya terputus hubungan dengan teman dan saudara. FB sudah ditutup, telefon juga rosak. Hanya blog ini menghubungkan diri ini dengan dunia di luar Sudan.

ukhti27 said...

SubhanALLAH wal HamduliLlah, Salam hormat dan rindu duhai Ustazah al-Mahbubah, untuk makluman, Kumpulan bagi Khatam al-Qur`an telah mencapai 3 Kumpulan, iaitu Kumpulan terakhir hamba kumpulkan sebelum hamba insya`ALLAH akan berangkat ke Majlis Dzikr Akbar tersebut. ALLAHu akbar !

Berikut pengumuman hamba di fb :
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=212089448877356


««« P E N G U M U M A N »»»

BismiLlah wal HamduliLlah, penyertaan bagi Kumpulan 3, Kumpulan terakhir untuk Kumpulan Khatam al-Qur`an telah sempurna dan terpenuhkan. ALLAHu Akbar !

Insya`ALLAH, pastikan kita telah membaca juzu` masing-masing sehingga selesai sebelum doa Khatam al-Qur`an dibacakan, iaitu oleh Guru Mulia Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى, di dalam Majlis Dzikr Akbar di Masjid Jami` al-Munawwar, Jakarta, Indonesia, pada hari Sabtu ini, 31hb Disember 2011. Majlis ini bermula jam 9.30 malam waktu Singapura, bisa buka dan saksikan lebih awal agar lebih bersedia dan bersemangat :)

Insya`ALLAH, kalian bisa saksikan siaran langsungnya lewat lelaman http://www.majelisrasulullah.org/

Al HamduliLlah, trilionan syukran jazilan kepada kalian diatas doa, masa dan segala perhatian yang telah diberikan. Mohon ampun dan maaf zahir dan batin diatas segala kekurangan dan kesilapan hamba.

Demikian, semoga yang membaca pengumuman ini, senantiasa dalam Rahmat, Keberkahan dan Kasih SayangNYA ALLAH Jalla Jalaluh. Semoga Amalan kita Diterima dan Diredhai ALLAH dan RasulNYA ﷺ.

Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub ﷺ... ♥

ukhti27 said...

SubhanALLAH, mohon ampun dan maaf sebesar-besarnya duhai Ustazah al-Mahbubah kerna telah memenuhkan ruangan komentar mu ini. Sungguh hamba teramat tidak mahu mengecewakan sesiapa yang ingin turut termuliakan di dalam Kumpulan Khatam al-Qur`an.

♥ Maka dengan itu, bismiLlah wal HamduliLlah, kini hamba BUKA Kumpulan 4 ! :)

Insya`ALLAH, Kumpulan 4 ini adalah Kumpulan terakhir hamba kumpulkan sebelum hamba insya`ALLAH akan berangkat ke Majlis Dzikr Akbar pada 31hb Disember 2011 nanti. Mohon ampun dan maaf sebesar-besarnya, jika setelah ini, masih akan ada yang terasa kecewa. Laa haula wa laa quwwata iLlah biLlah. Demikian, harap maklum. BarakALLAHu fikum. Fi amaniLlah :)

~albazrah~ said...

Ya ukhti, jazakillahu khairan kathira. Semoga Allah membalas kebaikan ukhti. Hamba ini juga ingin memohon maaf kerana sebenarnya ingin sangat menghubungi sanak saudara di Malaysia adik, kakak dan emak. Mereka selalunya menyertai Syarikat Maknawiyah ini. Cuma sekarang terputus hubungan.

Tetapi izinkan hamba meminta juz 28, 29 dan 30 bagi halaqah ke-4 ini. Untuk bonda di kampung dan kakak. Insya Allah.

~albazrah~ said...

Ukhti, sahabat saya Ibah Rabiah el-Adwiya akan membaca juz 27 insya Allah.

28 bonda saya
29 ayahanda saya
30 Kekanda di UK

Amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails