Suatu hari ketika Nursi bertemu abangnya Mulla Abdullah, abangnya bercerita tentang Sheikh Dhiyauddin Kumasykonawi. Mulla Abdullah merupakan murid rapat dan kanan kepada Sheikh Dhiyauddin. Mulla Abdullah bercerita pelbagai karamat dan kehebatan Sheikh Dhiyauddin kepada Nursi, beliau menyebut-nyebut tentang ilmunya yang luas serta ketinggian maqamnya. Satu persatu kehebatan Sheikh disebut oleh Mulla Abdullah.

Sheikh Dhiyauddin Kumasykonawi
Setelah itu Nursi berkata,
"Wahai abangku yang dikasihi, engkau keterlaluan dalam memuji, ketahuilah sekiranya aku bertemu dengan Sheikh Dhiyauddin pasti lah aku dapat mengalahkan hujahnya dalam beberapa permasalahan."Nursi berkata lagi, "Malah engkau tidak pun benar-benar mencintai Sheikh Dhiyauddin, sebagaimana aku mencintainya!""Engkau mencintai Sheikh Dhiyauddin hanya kerana apa yang engkau khayalkan di dalam kepalamua tentang kehebatan ilmu, kewaliyannya sehingga mengetahui segala apa yang ada di alam semesta ini. Cintamu kepadanya terikat disebabkan perkara-perkara dan sifat ini. Sekiranya terbuka hijab dan nampak hakikat dirinya, sudah pasti cintamu kepadanya akan hilang malah engkau akan mengata-kata tentangnya.""Sedangkan aku mencintai Sheikh Dhiyauddin yang soleh dan wali itu sama sebagaimana cintamu kepadanya. Aku mencintainya bukan kerana kewaliannya tetapi kerana dia sebagai seorang yang berkhidmat untuk iman dan Islam. Malah cintaku lebih lagi dan aku juga amat menghormatinya kerana beliau seorang guru pembimbing orang-orang beriman ke jalan yang benar dan juga kepada sunnah Rasulullah saw. Bagaimana keadaannya sekalipun, aku bersedia untuk mengorbankan rohku berkhidmat kepadanya kerana khidmatnya itu untuk iman."Kalaulah tersingkap hijab yang sebenar sehingga terlihat hakikat dirinya, nescaya aku tidak akan meninggalkannya dan tidak akan mengurangkan cintaku kepadanya. Malah akan bertambah kukuh hubungan dan kasihku kepadanya.Memang aku benar-benar mencintainya sebagaimana dia dan hakikat dirinya. Sebaliknya cintamu kepada Sheikh Dhiyauddin wahai abangku hanyalah kerana apa yang dalam khayalanmu sahaja.
Mulla Abdullah mengakui dan membenarkan kata-kata Nursi itu.
Nursi juga mengingatkan saudara-saudaranya Tulab Nur yang berkorban di jalan Allah, janganlah keterlaluan bersangka baik dan mengagungkannya. Beliau meminta supaya lihatlah kepada Said Nursi yang sedang berkhidmat untuk al-Quran, kerana sekiranya tersingkap hijab yang menutup dirinya, nescaya mereka akan melihat Said Nursi yang diselaputi kekotoran dan kekurangan dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki, pada ketika itu pandanglah Said Nursi dengan pandangan kasihan belas.
Janganlah mereka kecewa dan menghubungkan dirinya dengan kedudukan maqam yang dibayangkan kepadanya kerana ia amat melampaui hakikat Said Nursi yang sebenarnya.
Said Nursi bukanlah sesiapa melainkan saudara yang juga berkhidmat untuk iman. Biarlah keterlaluan dalam menjaga hubungan persaudaraan dan mencari keikhlasan ia adalah lebih baik daripada keterlaluan menyangka ketinggian maqam yang melampaui hadnya.
Ayuh sahabat-sahabat sekalian, marilah kita melihat ustaz-ustaz dan guru-guru kita dengan pandangan belas kasihan dan ingin berkhidmat, demi membantu mereka berkhidmat menyampaikan iman. Biarpun mungkin terdapat kekurangan di sana sini, marilah kita membantu mereka yang ikhlas membantu agama ALlah.Insya Allah... :)
4 comments:
sungguh benar kenyataan itu, marilah kita mengubah pandangan kita
Ya benar.
salam. pada pandangan saya. badiuzzaman telah menjalani metod hikmah. apa juga sesuatu yang dipandang , akan dilihat pada hikmahnya. tetapi tidak pula sepatutnya menafikan yang tersurat.
cnthnya pada tokoh yang dikomentari oleh saed nursi itu. dan diharap kpd para penjejak denai-denai beliau juga tidak terkeliru sehingga menafikan yang tersurat. sehingga membawa pandangan rendah merendahkan , wallahu a'lm.
Benar. Said Nursi berkata, janganlah hanya satu kesilapan dan kekurangan yang kecil seperti sayap nyamuk, membuatkan kita lupa atau memadamkan kebaikan seseorang yang besar seperti gunung.
Post a Comment