Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad
Semalam suamiku membacakan kitab sanad Musnid Dunia Sheikh Yassin Fadani, kami begitu teruja membaca sanadnya yang melalui Sheikh Zahid Kauthari telah bersambung juga dengan ulama agung Sheikh Dhiauddin Kumashkonawi. Pada entri yang lalu ku telah menyebut secebis kisah Ustaz Nursi dan Mulla Abdullah berkaitan Sheikh Dhiauddin Kumashkonawi.
Sheikh Zahid Kauthari Ulama agung Istanbul kemudian berhijrah ke Mesir mengisahkan di dalam ijazahnya kepada Sheikh Yassin Fadani tentang guru-gurunya. Kisah tentang Sheikh Dhiauddin panjang sekali. Sheikh Dhiauddin menguasai ilmu hadith dan mengajarkan di madrasahnya, Sheikh Dhiauddin juga seorang Murshid Tariqah Naqshabandiah yang hebat.
Mulianya para ulama membuka madrasah (kiraathane atau darshane, ku tidak pasti) memberi pendidikan percuma. Dikisahkan oleh Sheikh Zahid Kauthari tentang kemeriahan Istanbul sebagai tempat ilmu, ribuan ulama dari seluruh pelusuk dunia Islam berkumpul. Di sana terkumpulnya ulama ulama besar. Maqam Sheikh Dhiauddin Kumashkonawi pula terdapat di Masjid Sulaymaniyyah yang cantik itu.
Sheikh Dhiauddin mengajarkan pelbagai kitab, Kitab al-Jami' al-Saghir oleh Imam Suyuti sahaja telah 70 kali dikhatamnya bersama para murid. Ku teringat tatkala di Istanbul, ku menemui puluhan madrasah yang kini hanya tinggal sejarah, ditutup semasa zaman gelap di dalam sejarah Islam oleh Atarturk. Ketika kami singgah suatu hari untuk melepaskan lelah tersesat di suatu wakaf di dalam bangunan, rupa-rupanya bangunan itu adalah madrasah. Binaannya seni dan penuh ukiran. Indah. Di sepanjang perjalanan juga kelihatan bangunana-bangunan unik sedemikian, tinggalan sejarah madrasah yang penuh barakah, ditutup dengan kejamnya. Para ulama' dibunuh. Buku-buku agama dibakar dan dijual lelong dengan harga kertas sahaja.
Aduh sepanjang perjanan di bumi khilafah Turki, hari-hariku hanyalah air mata. Menangisi segala kehilangan namun terus ku berharap ketika berdoa di Maqam Sahabi Jalil Abu Ayyub al-Ansari dan juga Maqam al-Fateh agar sinar iman dan Islam kembali gemilang.
Aduh sepanjang perjanan di bumi khilafah Turki, hari-hariku hanyalah air mata. Menangisi segala kehilangan namun terus ku berharap ketika berdoa di Maqam Sahabi Jalil Abu Ayyub al-Ansari dan juga Maqam al-Fateh agar sinar iman dan Islam kembali gemilang.
Pilu
Andai madrasah ini berkata-kata, mungkin ia sedang menangis
Namun ini semua menjadi saksi di akhirat perjuangan umat terdahulu untuk iman

4 comments:
salam ustazah albazrah yg dikasihi ALLAH, Allah hu Allah...terasa sgt Jealous kalian duduk dlm majlis yg penuh dgn barakha...Mohon dlm doa kalian utk diri ini..menjadi penuntut ilmu...Allah hu Allah...
Assalamualaikum Lina. Syukur alhamdulillah atas semua nikmat dan kurnia. Albazrah juga berasa lega membaca Lina sekeluarga selamat di dalam kemalangan tempohari, Alhamdulillah.
Salam.
Kak Azma, apa khabar?
Saya Abdul Rauf, dulu pelajar Kuis, skrg ni sdg mengaji di Al-Azhar, Kaherah. Dulu selalu la bertandang ke blog ini. Apa pun, tahniah, cahaya mata dah besar pun..
Ni, kak. Saya nak tanya sket pasal konflik di Sudan kalau2 boleh diceritakan lebih lanjut. Sbb dgrnya selatan sudan dah berpisah. Apa masalah sebenarnya ye?
Sudan juga antara negara yg mengamalkan hukum hudud, kan.. Mungkin akak boleh ceritakan serba sedikit bgmn pelaksanaan dan kesan-kesannya..
Amerika dan Israel dah tak dapat mesir utk jadi sekutunya di rantau timur tgh ini. mungkin juga penubuhan selatan sudan utk mendapatkan sekutu baru di timur tengah.
Saya sekadar nak tahu sikit-sikit je, takdela nak kaji betul2. Kalau akak sudi citekan scr ringkas pun, saya amat2lah berterima kasih.
Syeikh Zahid, Syekh Mustafa Sobri; antara memori Turki Utmaniyah yang bersemayam di Mesir.. Setiap kali saya melalui kawasan perkuburan syekh mustafa sobri di sini, sarat emosi hadir.. Mengingatkan jihad ilmunya yang tidak pernah henti, malah makin hebat apabila telah bermukim di Mesir.. Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atas mereka..
Salam Rauf
Ya, lama tak bertandang ke sini. Alhamdulillah sudah di al-Azhar.
Tentang Sudan, ya memang benar Sudan sudah mengecil terpisah dua dah. Pada bulan Julai lalu secara rasmi berpisah.
Sebenarnya memang sudah lama Sudan bermasalah dengan selatan. Selatan Sudan ialah Kristian. Ia semakin buruk apabila Amerika masuk campur dan memberikan sokongan, senjata dan duit kepada Selatan.
Bagi pihak Sudan sendiri walaupun terpaksa melepaskan Selatan namun ia suatu yang meringankan juga kerana sudah sekian lama rakyat terkorban, berhabis wang dengan peperangan yang tidak sudah.
Di Selatang SUdan banyak minyak, jadi faham-faham lah kan kenapa Amerika beria-ia sekali hendak pisahkan Selatan dari Sudan.
Namun dari satu sudut, ia adalah kegagalan umat Islam sendiri mengIslamkan selatan walaupun dalam tempoh perdamaian dan perjanjian dahulu usaha dakwah sangat kurang, hanya rakus mengaut kekayaan Selatan. Jadi Allah itu adil, inilah didikan. (yang perenggan ini pandangan Kak Ma sahaja).
Ya Sudan melaksanakan syariah pada nama. Hehe, tapi secara praktikal tak buat pun. Mujamalah Sudaniyah :).
Cuma rakyat Sudan ni, bergaduh macam mana pun, berbeza parti tapi kalau bab negara mereka bersatu, semasa Amerika hendak tangkap Omar Bashir, semua rakyat bangkit menentang. Jadi musuh luar susah sikit hendak jatuhkan.
Iru serba sedikit. :)
Post a Comment