Tuesday, November 29, 2011

Mahligai hari


Ini pemandangan matahari hampir terbenam di Jabal Awliya, Sungai Nil. 

Setiap hari baru adalah peluang baru. Setiap hari itu umpama sebuah mahligai kita, solat lima waktu pula seperti suis lampu yang kita tekan lalu terang benderanglah mahligai kita. Hiasi dan susun atur lah mahligai semahu kita dengan secantik-cantiknya, itulah dengan berbuat kebaikan sebanyak-banyaknya. Mahukah mahligai kita kotor dan busuk? Maka jauhilah perkara yang haram dan syubhat.

Setiap hari itu umpama sebuah mahligai, kitalah yang menceriakan mahligai kita sendiri.

(sedikit sentuhan daripada Rasail Nur di waktu subuh, Khartoum)

p/s: Alhamdulillah sudah tekan suis lampu di blog ini supaya terang sedikit. Warna ungu sebelum ini buat hati albazrah rasa sedih sahaja apabila buka blog sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum & salam ukhwah,
sy silent reader blog ni.
Mmg suka dgn look& feel baru blog ni...sejuk mata memandang :-)

Azma Ismail

~albazrah~ said...

Azma Ismail: Wa'alaikummussalam, terima kasih... :) salam ukhuwah. Sebenarnya albazrah jenuh juga hendak mengubah benda-benda ini sebab rabun teknologi, ini pun cukup makanlah. Alhamdulillah.

Min said...

suka2... tenang ja...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails