Tuesday, November 22, 2011

Cuti-cuti Aidil Adha

Assalamualaikum kawan-kawan Ummi semua,

Semasa cuti Hari Raya Eidul Adha yang lalu Nisreen bersembahyang di padang Universiti Antarabangsa Afrika. Orang ramai sangat, sehingga Nisreen menangis pada permulaan sampai ke padang. Mereka terdiri dari pelbagai bangsa, warna dan saiz. Ada juga anak-anak kecil seperti Nisreen, malah yang lebih kecil pun ramai.

Kemudian, pada hari tasyrik terakhir abah menyembelih korban kami seekor khoruf di rumah pelajar Malaysia. Di sebelah malam jamuan kecil diadakan, masya Allah sedap sangat masakannya. Nisreen telah makan dengan banyak sekali. Terima kasih chef hebat "Pak Lang Albo".

Pada hari Sabtu pula, Nisreen dan Ummi mengikut kakak-kakak cantik ke "Hadiqatul Hayawan". Hadiqatul Hayawan ialah tempat yang ada banyak binatang. Kakak-kakak cantik menunjukkan Nisreen "jamalun", ج (jim) jamalun... jamalun itu unta. Nisreen suka sangat, tetapi takut juga. Nisreen ada unta di rumah tetapi permainan sahaja. Selain itu Nisreen melihat burung-burung berwarna-warni, ada juga أ (alif) asadun, asadun itu singa. Singa mengaum dan Nisreen suka. Ada juga Nisreen lihat sulhafah (kura-kura), timsah (buaya), monyet juga berjenis-jenis. Ada banyak lagi haiwan di sana. Alhamdulillah, Nisreen sangat gembira. Syukur.

Apabila pulang, Ummi dan kakak-kakak cantik singgah ke Masjid Turki yang tersergam indah, kemudian ke Jarir Book Store. Di Jarir Book Store, Ummi belikan Nisreen khemah. Hairan ya, di Book Store ada dijual khemah pula.

Mula-mula Ummi mahu belikan khemah biru untuk Nisreen, ada kartun Woody dan Buzz dalam Toy Story, tetapi tiba-tiba Ummi ternampak gambar khinzir pula, terus Ummi tidak jadi beli. Selepas itu Ummi mahu belikan khemah "pink" untuk Nisreen, tetapi Ummi tidak jadi membeli sekali lagi kerana gambar-gambarnya buat ummi tidak tenang, iaitu gambar Princess yang seksi-seksi seperti tidak memakai baju. Ummi kata malu, Ummi tidak mahu Nisreen tengok. Akhirnya Ummi ambil warna merah dan nampak gambar seperti kereta, hmmm kereta pun keretalah...

Apabila sampai ke rumah, abah terus pasang untuk Nisreen. Nisreen bermain dengan Ummi di dalam khemah, apabila Ummi sibuk Nisreen mengajak abah pula masuk ke dalam khemah. Selepas itu Nisreen bermain sorang-sorang, Nisreen sembahyang dan tidur di dalam khemah sebab keletihan pergi "hadiqatul hayawan".

Alhamdulillah di atas segala nikmatMu ya Allah kepada Nisreen. Terima kasih Ummi dan Abah, terima kasih kakak-kakak cantik.


Baru keluar dari rumah, Nisreen berjalan dengan kakak-kakak cantik. Ada dua lagi kakak cantik tidak datang dan satu sudah balik ke Malaysia.

Di belakang ini sebenarnya ada أ asadun, singa


Nisreen solat di dalam khemah, ini rakaat pertama Nisreen rukuk.


Ini tahiyat awal

Ini rukuk rakaat terakhir.


Akhir sekali Nisreen pun tidur.

9 comments:

umm najiyya said...

comelnya nisreen solat... kalau kakak najiyya tengok, kakak najiyya mesti suka.... nanti balik msia, adik nisreen kena jumpa kakak najiyya :-)

Nadiah said...

She so cute!

~albazrah~ said...

Umm Najiyya: Insya Allah nanti boleh Nisreen berkawan dengan kakak Najiyya...

Nadiah: Alhamdulillah...mungkin dia fikir solat pun sejenis permainan...

umifawwaz said...

Rindu nisreen..bila fawwaz blh jmpa nisreen ni...smga sihat dn bahagia selalu di sana ye ummi nisreen sekuarga...

mak chik said...

rindunye kat nisreen....huhu...

Anonymous said...

umifawwaz: Insya Allah nanti kita jumpa ye. Amin, terima kasih doakan kami.

makchik: :) doakan nisreen,nanti nisreen balik.insya Allah

From:Nisreen

Nadiah said...

Aihamdullilah Kak Nadia sudah khatam blog Albazrah ni.

Doakan suatu hari Kak nadia dapat juga khatam Al-Quran secepat ini.

Doakan ya Sis.

~albazrah~ said...

Nadiah: Terima kasih, segan pula saya. Blog ini santai sahaja.

Min said...

rindu sungguh dekat nisreen... nnt cikmin nk geget bila kita jumpa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails