Wednesday, November 16, 2011

Bunda ayahanda


Albazrah baru sahaja menelefon bunda di kampung. Hati risau keadaan bunda dan ayahanda kerana terdengar amaran banjir yang diberikan di Kedah. Bunda mengangkat telefon rupanya bunda di rumah Ustaz Sulaiman. Semua ibu-ibu di perumahan berkumpul di sana, seperti biasa mereka membaca al-Quran dan berusrah. Albazrah terharu dengan kegigihan bunda di usia yang senja sudah pun 69 tahun tetapi masih setia dengan ilmu dan pendidikan. Untung bergelar guru, selama-lamanya guru itulah profesionnya. Walau pencen, walau tua... Albazrah semakin terharu kerana warga perumahan di kalangan ibu-ibu berkumpul dan berusrah, telah bertahun-tahun lama melangkaui sempadan parti. Alhamdulillah. Di dalam usrah itu juga ada Cikgu Barishah Saad, guru pertama mengenalkan Albazrah kepada huruf dan nombor.

Syahdu. Rindu mak dan abah.


Irhamhuma kama rabbayani saghira


Abah dan Nisreen tahun lalu


3 comments:

amnikhassim said...

saya pon rindu mereka jugak

~albazrah~ said...

Amni, kirim salam mereka kalau balik Jitra dan kalau telefon.

Min said...

miss them too...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails