Tuesday, October 18, 2011

Tetamu Allah

Hari ini menitis air mataku melihat senarai perkara-perkara yang ingin aku lakukan. Sebenarnya kami merancang menunaikan haji pada tahun ini. Rancangan yang telah lama. Kami akan berangkat ke Tanah Haram dengan kapal dari pelabuhan Sudan menuju Jeddah. Perjalanan yang mencabar, aku tahu. Untuk meredah padang pasir ke Pelabuhan Sudan, kemudian merentas lautan. Namun, kami belum ditaqdirkan ke sana pada tahun ini. Kedutaan Saudi tidak mengeluarkan visa pula. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Aku melihat senarai barang yang perlu disusun ke dalam beg aku, suamiku dan anakandaku. Sebahagiannya telah dimasukkan. Aku cuba meringankan beban seboleh mungkin. Di dalam senarai itu juga aku masukkan perkara-perkara yang menjadi fokus aku di tanah haram.

Pelbagai kitab tentang bab haji aku telaah dan teliti. Terutamanya bab haji bagi anak kecil. Alhamdulillah, sedikit sebanyak aku semakin faham dan mendapat gambaran. Rindu dan air mata melimpah setiap kali membaca bab haji.

Nampaknya perancangan berubah, walaupun hari ini terasa lemah sekali, aku cepat-cepat lupakan kesedihanku. Astaghfirullah, ya Allah ampuni hamba Mu ini. Labbaikallahumma labbaik... mudah-mudahan kami menjadi tetamu Mu di tahun hadapan.

Suamiku bercerita dan bercerita hikmahnya. Aku faham tetapi hati ini sayu... Allah ampuni aku. Insya Allah biarlah Nisreen besar sedikit nanti kita bertekad pergi lagi. Ameen...

14 comments:

Epelijau said...

Salam AlBazrah..no worry (hugs)...insyaAllah...ianya akan tiba.

Hasfazilah said...

Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh hambaNya. Ada perancangan yang terbaik menanti kalian InsyaAllah.

Min said...

Insya Allah... masanya akan tiba!

Anonymous said...

Salam Dikma,
Menangislah dan kemudian hapus airmatamu.
Dihatikuengkau telahpun pergi.

Bila nak balik Msia, boleh sembang2 lama skit no.

Kak Fied

~albazrah~ said...

Terima kasih kekanda sekalian, kak epel, kak ilah, kak min dan kak fied... Semoga Allah juga akan memanggil kalian semua menjadi tetamunya yang special... Ameen.

Kak fied, insya Allah habis belake ambe balik. :)

lina said...

Salam AlBazrah, your strength, courage and faith are already so strong. I WILL continue to pray for those things for you,as well as for your comfort, peace and each and every moment, as they are all so precious.
Yes, only ALLAH knows His plans for us.

-hugs-

Take care!

~albazrah~ said...

Lina: Terima kasih sangat, kata-kata dan doa yang memberi semangat. Terima kasih mendoakan kami. Barakallahufikum.

yetimNur said...

Selam Ustazah Diqma yang dikasihi,

Allah.. menitis air mata. Pasti ada yang lebih hebat Allah peruntukkan pada tahun akan datang, yang jauh lebih baik dari tahun ini, Ustazahcim. La' tahzan. *hugs*

Allah'a emanet olun.

~albazrah~ said...

Salam Ayza, Ameen...terima kasih sangat. Luv u.

Allah razi olsun

~albazrah~ said...
This comment has been removed by the author.
umifawwaz said...

Diqma..smga tahun hadapan kita akan mjadi tetamuNya amin..sy jg rindu utk ke sana...

ida_zy said...

salam diqma

insya Allah, diqma dan keluarga akan pergi pada masa terbaik yang telah ditentukanNya, ameen

doakan saya dapat kembali ke tanah suci juga untuk menunaikan haji

ibah said...

Oh! sy tertunggu tentang ini. moga niatmu itu udah dicatatkan pahala, insyaAllah

~albazrah~ said...

umifawwaz, ida dan ibah, terima kasih... insya ALlah nanti kita semua pakat pi na. terima kasih kawan-kawan semua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails