Sunday, October 09, 2011

Sekilas


Pesta Buku

Semenjak bermula "ma'rad du'ali lilkutub" di Khartoum suamiku sudah 4 kali pergi. Sekarang pun beliau di "ma'rad". Apa tidaknya selepas subuh pagi tadi sahaja beliau menyebut-nyebut di pesta buku ada kitab Sheikh Yasin Fadani dan Kitab Sheikh Sai'd Mamduh.

Sempena hari lahir, suamiku hadiah kitab Abdul Fatah Abul Ghuddah sekali lagi kepada ku. Ia suatu nikmat. Alhamdulillah.

Syukur,alhamdulillah, kami telah menyimpan semua duit pemberian, hadiah atau zakat semenjak berbulan-bulan khusus untuk membeli kitab. Kami ingin benar mencukupkan koleksi karya Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.









Meja jadi rak buku, hendak beli rak buku mahaaal sangat.




Rehlah ke Jabal Awliya'

Setiap kali mendengar nama Jabal Awliya' albazrah teringat kepada gunung ganang yang ada wali-wali di atasnya. Baru berkesempatan ke sana dua hari lepas, Alhamdulillah. Cantik amat pemandangan Sungai Nil Putih di sini. Ia sungai yang luas saujana mata memandang.

Nisreen belajar mandi sungai dan pada malam hari tidur beratapkan langit. Subhanallah indah sungguh langit dipenuhi bintang tanpa awan.

Kami tinggal di sebuah rumah penduduk di sini yang baik hati. Luas rumahnya sehingga seluruh ahli Persatuan Pelajar Malaysia di Sudan dapat berteduh pada rehlah kali ini.

Pada waktu malam, pelajar lelaki membakar ayam dan kambing. "Laziz jiddan".

Pertama kali albazrah menaiki bas yang letak barang-barang di atas bumbung bas dan diikat dengan tali. Seperti di dalam filem-filem tamil dan hindustan. Advencer pula rasanya.

Ruqeyya Pulang

Seminggu yang sedih. Ruqeyya pulang ke Turki dan tidak datang lagi ke Sudan. Albazrah mengenalinya tahun lalu, beliau tidak tahu langsung berbahasa Arab. Namun Ramadhan lepas niat bercuti di Turki berakhir dengan tamat khidmatnya di Sudan. Beliau pulang dengan Bahasa Arab yang hampir sempurna. Cepat Ruqeyya belajar.

Ruqeyya sahabat yang paling banyak berkongsi dengan albazrah di Sudan ini. Guru albazrah di dalam bahasa Turki dan Uthmaniyyah. Rakan perbincangan Risale-i Nur. Semoga Allah memberkati sahabatku Ruqeyya.


5 comments:

lina said...

salam albazrah - seronok nya dpt beli kitab. Khazanah yg tinggi nilainya. Sejuk mata melihat kitab tersusun walaupun lina ada kitab yg sgt sukar utk dibaca ttp sgt menghormati kitab2 ini. Walaupun baru belajar mengenalnya terasa sgt indah islam itu.

yetimNur said...

Selam Ustazahcim,

Allah, seronoknya saya tgk kitab2 Ustazah :) dan seronok baca catatan Ustazah di Sudan. Terima kasih berkongsi pengalaman dengan kami semua di sini :)

Allah razi olsun.

~albazrah~ said...

Lina: Alhamdulillah. Mmm..Malu pula tengok gambar kitab bercampur dengan buku dan permainan Nisreen. Barakallahu fiki, semoga ALlah mengekalkan hati kita di atas nikmat iman dan Islam.

YetimNur: Alhamdulillah.Ayza juga banyak mencatat kehidupan di Turki. Ayza memang tabah. Sampai anak-anak ikut tabah. Barakallahu fiki.

al-fagir abu zahrah said...

Salam,
Tanyakan pada Ust Nizam, kitab Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah berjudul al-Isnad min ad-Din ada dak?

Sekian
pakcik sri gmbk

~albazrah~ said...

salam pakcik, insya Allah kalau Nizam pergi lagi dia akan tengok kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails