
Ketika filem Bediuzzaman Said Nursi ini ditayangkan Albazrah berharap dapat menontonnya suatu hari nanti. Semasa di Istanbul tempohari, ketika mencari kedai buku Hakikat Kitabevi kami tersasar jauh ke Masjid Beyezit. Sewaktu berlegar di deretan kedai buku berhampiran masjid kami ternampak DVD Hur Adam lalu kami terus membelinya.
Apabila sampai ke Sudan beberapa hari kemudian, kami menontonnya. Lagu latar dan gambarnya sungguh cantik. Albazrah suka. Namun agak kecewa dengan isinya. Apa yang boleh Albazrah katakan, ia kurang cermat dan mungkin pembikinnya kurang meneliti peribadi Bediuzzaman Said Nursi dan kurang cermat menghalusi biografinya. Pembikin juga tidak menjadikan Risale-i Nur sebagai bahan utama untuk merujuk fikrah dan akal budi Bediuzzaman Said Nursi.
Albazrah hanya ingin menyebut beberapa perkara yang bagi Albazrah ia suatu ketidak adilan kepada Said Nursi sendiri.
1. Said Nursi adalah pendokong Sunnah Nabi yang paling rapat, malah kedua-dua susur galur beliau daripada sebelah ibu dan bapa sampai kepada Baginda saw. Kehidupan beliau begitu cermat daripada tersasar ke sesuatu yang haram atau makruh. Dua sunnah yang tidak dilakukan oleh Said Nursi ialah berkahwin dan menyimpan janggut. Nursi mengakui perkara ini Sunnah yang tidak dilakukan beliau. Namun di dalam filem ini digambarkan ketika di Barla sewaktu kasut beliau terputus, beliau telah berjalan dengan sebelah kasut. Ini amat bercanggah dengan hadith Baginda saw yang berpesan supaya jangan memakai sebelah kasut, sama ada kamu memakai kedua-duanya atau membuka kedua-duanya. Said Nursi telah menghafal semua kutub sittah, dan kitab hadith utama mustahil beliau mengabaikan hadith ini.
2. Di dalam Risale-i Nur, Bediuzzaman Said Nursi telah menyebut seorang manusia dapat bertahan tanpa makanan selama 40 hari. Waham yang menyebabkan manusia lemah dan kelaparan sebelum tempoh itu. Namun di Emirdagh ketika dalam buangan, Said Nursi telah dilakonkan sebagai menangis dan terketar-ketar mengadu kepada murid-muridnya beliau tidak diberi makan selama 15 hari. Malah pandangan mata Nursi yang melilau ke kiri dan ke kanan sewaktu diberi minum, amat tidak kena dengan peribadi Said Nursi yang dicatat sejarah.
4 jalan yang utama di dalam Risale-i Nur iaitu al-Ajz (lemah), al-Faqr (fakir), syafaqah dan tafakkur. Nursi menyebut al-Ajz iaitu lemah tidak boleh ditunjukkan kepada makhluk. Al-'ajz hanyalah ditunjukkan kepada Allah swt.
Babak ini amat memalukan.
3. Di dalam satu babak disebut Mustafa Kamal Atarturk telah menyeru kepada berpegang dengan al-Quran dan Sunnah 15 hari sebelum kematiannya, dan digambarkan terdapat di dalam keratan akhbar. Pada albazrah, babak ini hanya tempelan untuk mencantikkan imej Mustafa Kamal Atarturk.
4. Di dalam filem ini diletakkan dialog antara Said Nursi dan Atarturk begitu santai dengan Nursi duduk sila panggung di dalam ofis Atarturk. Kelakar sekali, Nursi hakikatnya begitu keras apabila melihat kesesatan mula menular di Ankara. Malah sewaktu pertama kali melihat wajah Atarturk, Nursi telah tahu ini wajah Dajjal Sufayani seperti yang disebut di dalam hadith baginda saw. Mungkin pembikin filem ini juga pendokong Atarturk.
5. Kalimah pertama (Birinji Soz)tentang keutamaan Bismillah, di dalam sejarah dicatatkan, telah diimlak kan oleh Nursi lalu murid-muridnya istinsakh semasa dalam buangan di Barla. Tetapi dalam filem ini, ayat yang Nursi imlakkan kepada murid-muridnya hanyalah Birinji Soz (kalimah pertama) di dalam setiap tempat buangan Barla, Kostomuni dan Emirdagh, tidak disebut risalah lain.
6. Murid-murid Nursi istinsakh dalam bahasa Turki Uthmaniyyah iaitu tulisan dari kanan ke kiri, tetapi perhatikan hanya beberapa murid melakukan demikian selebihnya mereka istinsakh seperti menulis huruf roman. Ini kelihatan kurang cermat.
7. Dalam biografi beliau kita mengetahui Nursi dan murid-muridnya sentiasa membaca al-Quran berwirid dan berzikir. Malah mereka telah menukarkan penjara menjadi Madrasah Yusufiyyah. Para banduan lain berubah menjadi manusia baik. Seorang pembunuh akhirnya bertukar menjadi seorang yang lembut tidak sanggup lagi membunuh walau seekor semut. Namun, filem ini begitu kering, suatu ayat Quran pun tidak dibaca malah tidak pun sibuk Tulab Nur berzikir dan berwirid ketika di dalam penjara. Nursi mempunyai himpunan hizibnya iaitu Hizb Nuri terhimpun surah-surah al-Quran, Jawshan, wirid-wirid Sheikh Abdul Qadir Jailani, Sheikh Naqshabandi, Uwais Qarni dan sebagainya namun amat rugi filem ini dibazirkan tanpa Nursi dan pelajarnya membaca dan bermunajat. Sedangkan di dalam biografi dan di seluruh Rsail Nur, Said Nursi mendapat "futuh" dan "faid" setelah munajat dan tafakkur. Ya filem ini kering.
Ada beberapa yang lain biarlah albazrah tangguhkan dahulu. Penonton filem ini tidak akan dapat mengenali Bediuzzaman secara benar dan tepat, albazrah sarankan penonton membaca biografi Bediuzzaman Said Nursi.
Sekian, wallahu a'lam. Albazrah mohon maaf kerana menjadi pengkritik filem pula. Tetapi filem ini 69% amat mengecewakan dan tidak memberikan hak kepada Ustaz Nursi dan juga Rasail Nur.
14 comments:
Salam, boleh bagi email address tak? Tq
salam albazrah,
selamat ulangtahun umur, dan juga selamat ulangtahun perkahwinan, semoga semuanya dalam rahmah dan redha Allah.
-k.alida-
kak al-bazrah..tahniah atas ulasan filem diatas, terbaik...
emm mcm mana ya sy nk tengok filem ni? ada dlm youtube x?
Anony: Email saya noorazma@gmail.com
Kak Alida: Terima kasih atas ingatan dua perkara tersebut. Semoga Allah memberkati kehidupan kak alida sekeluarga.
Muaz: Sama-sama, kalau tak salah kak ma ada dalam youtube.
Assalamualaikum albazrah yang bijak dan teliti...
Beberapa hari yang lalu saya dan beberapa orang sahabat jemaah an nur dari turki telah menonton filem tersebut. Mereka akui memang terdapat banyak kesilapan. Mereka sudah maklumkan kepada pihak yang menerbitkan filem itu tetapi mereka tidak mahu mengubahnya.
Saya juga berasa keliru apabila menontonnya. Pelakun yang memegang
watak Ustaz itu walaupun wajahnya ada sedikit seiras namun sikapnya agak kasar kurang budi bahasa amat bertentangan dengan watak sebenar Ustaz Badiuzzaman Said Nursi yang saya baca...
"Filem itu bukan diterbitkan oleh jemaah an nur..."kata mereka.
Semoga novel yang saya tulis nanti dapat menggambarkan watak sebenar Ustaz Badiuzzaman Said Nursi...begitu juga dengan fakta-faktanya...untuk itu saya akan merujuk kebenarannya kepada sahabat-sahabat yang boleh membantu...
Selam Ustazah Diqmacim,
Terkini, November 4 tidak silap saya akan keluar sebuah animasi 3-D tentang Bediuzzaman Said Nursi. Kita lihat apa pula isinya kali ini. Tentang mata melilau itu saya ingat babaknya. Azab pengarahnya kelak untuk menjawab semua itu di hadapan Allah. Sadis!
Dan kerana itu saya dengar bahawa Hocaefendi Fethullah Gulen tidak mahu namanya dimasukkan ke dalam filem itu. Itu sudah cukup beri signal, filem itu bermasalah.
Ustazahcim, hari lahir ya? Dogum gunu kutlu olsun! Salam sayang dari kami semua di sini, doa-doa yang terbaik buat Ustazah dan semoga kekal manis! Allah razi olsun!
Dan selamat ulangtahun perkahwinan untuk Ustazah dan suami! Kiss utk little Nisreen yg menawan. :)
*hugs*
Wa'alaikummussalam Pak Latip yang banyak hikmah,
Terima kasih, Insya Allah semoga novel Pak Latip dapat memberi gambaran jelas untuk rakyat Malaysia nanti.
Penerbit filem Hur Adam telah menarik minat pembeli dengan meletak nama Tulab Nur memberi pendapat di luar kotak. Mereka meletak nama Abdullah Yegin, Mehmet Firinci, Said Ozdemir, Salih Ozcan dan Abdulkadir Badili.
Pak Latip, ada beberapa perkara lagi di dalam filem itu, ada penipuan fakta dan benar-benar bertentangan dengan pandangan Nursi di dalam Rasail Nur.
Ayza yang dikasihi:
Terima kasih atas ucapan yang menyejukkan, doa sempena hari lahir dan juga ulang tahun perkahwinan. Semoga begitu juga untuk Ayza sekeluarga di Denizli.
Tidak puas rasanya di Denizli, bumi yang ajaib. Penjara Denizli yang pernah berubah menjadi Madrasah Yusufiyyah, sehingga syahidnya Hafiz Ali di dalam penjara. Barakallahu fik, Ayza.
Ayza, animasi itu baru keluarkan? Ini ke link nya? http://www.youtube.com/watch?v=LLCPWcPJ7pA
Seni seviyorum
Evet Ustazahcim, animasi yg seperti dalam link Ustazah beri tu.. InshaAllah ada rezeki ke sini lagi nanti ya Ustazah. InshaAllah.
Bende seni seviyorum, Ustazahcim. Allah'a emanet olun. *hugs*
salam albazrah - Terima kasih atas perkongisian yg sgt baik ini..
Tidak lupa selamat ulang tahun perkhawinan..semoga kalian terus2 san mendapat rahmat dan redha ALLAH. Lina sgt suka menbaca kisah perjalanan kehidupan anti..walaupun tidak pernah bersua...Insya ALLAH apa yg lina lakukan hanya mencari/ menagih redha dan rahmat ALLAH...
- terima kasih kak Ma..nnt sy cari..
- terus memburu Pak Latip walau dimana berada..hehe...semoga Allah permudahkan urusan Pak Latip, aminn.
- emm siapa ye hamba Allah yg bergelar "yetimNur" ni, mesti banyak maklumat ttg ust Nursi...sy nk berkenalan dgnnya..ada blog atau facebook atau email x?..syukran..
Lina: Terima kasih. Melihat resepi istimewa Puan, teringin amat nak cuba. Insya Allah...
Muaz: sama-sama.
Post a Comment