Wednesday, September 07, 2011

Ustaz Mohamad Zaidin

Hari pertama kami sampai ke Vakfi kami keletihan yang amat sangat. Transit di Mesir kerana kami menaiki Egypt Air sungguh meletihkan. Masa Turki dan Sudan tidak banyak berbeza, kami tidak bermasalah dengan jam biologi. Alhamdulillah.

Ketika waktu makan albazrah melihat suatu wajah Melayu, di hati berbisik "ada orang Melayu" datang konferen ini. Albazrah menyapa, rupa-rupanya beliau ialah Ustaz Mohamad Zaidin Mat, pengarang biografi Bediuzzaman Said Nursi di dalam Bahasa Melayu. Buku beliau Bediuzzaman Said Nursi: Sejarah Perjuangan dan Pemikiran berkali-kali dibaca oleh albazrah ketika belajar di UM dahulu.

Albazrah segera bercerita kepada Abu Nisreen supaya berkenalan. Buku beliau itu banyak memberi semangat dan kefahaman selain buku Ustaz Wan Jafree, ABIM. Subhanallah, akhirnya bertemu Ustaz Zaidin, Pensyarah Unisza. Beliau sekarang juga sedang menghabiskan PhD dialog peradaban dari pandangan Rasail Nur, Said Nursi.

Kami senang sekali dengan Ustaz Zaidin, seorang pendiam, tenang yang begitu merendah diri. Banyak beliau berkongsi pengalaman dan idea. Insya Allah sekiranya kami pulang nanti kami benar-benar ingin mencari Ustaz Zaidin, beliau tawadhuk dan berilmu. Beliau sudah faham amat tentang Rasail Nur, mungkin albazrah tidak keterlaluan sekiranya berkata Ustaz Zaidin mungkin lebih memahami Rasail Nur dan menghayati Rasail Nur daripada sesetengah orang yang hanya menyebut-nyebut Rasail Nur dan mendakwa diri Tulab Nur.




Buku biografi Said Nursi di dalam bahasa Melayu oleh Ustaz Mohamad Zaidin


Dari kiri: Abdul Aziz (cucu Prof. Muhsin Abdul Hamid), peserta Iraq-Kurdi, Mehmet Ferinci (sempat bertemu Ustaz Nursi), Br.Mustafa (menterjemah daripada bahasa Turki ke English), Ustaz Mohamad Zaidin Mat, Abu Nisreen.


2 comments:

Anonymous said...

Salam Albazrah,

sangat untung sahabat2 kami yg belajar di Kusza ( unisza ) Diploma Sejarah dan Tamadun Islam, dengan Ustaz Zaidin.

penjenguk albazrah

~albazrah~ said...

Salam, ya betul. Ustaz Zaidin tawadhuk. Terima kasih jenguk albazrah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails