Sekiranya seorang perempuan tidak mendapati lelaki yang sesuai dan baik untuk dijadikan teman hidup adalah lebih baik seorang perempuan itu menjaga dirinya dan tidak berkahwin dengan lelaki yang tidak berakhlak dan tidak beragama itu. Perempuan yang baik tidak sepatutnya menyerah dikuasai oleh suami yang dipengaruhi pemikiran Barat dan keji hanya semata-mata desakan kehidupan. Bediuzzaman Said Nursi menyatakan keharusan bekerja bagi perempuan yang tidak berkahwin kerana ingin menjaga iman dan tidak mahu tunduk kepada penguasaan lelaki tidak bermoral. Nursi menasihatkan supaya perempuan bekerja menjana ekonomi dan menampung kehidupannya sendiri, bersesuaian dengan fitrah dan kesederhanaan seorang perempuan dan sentiasa memelihara iman dalam situasi fitnah akhir zaman yang dahsyat.[1]
Bediuzzaman Said Nursi berpesan lagi kepada murid-murid perempuannya yang memilih untuk tidak berkahwin, sekiranya mereka tidak bertemu lelaki beriman dan soleh berakhlak mulia yang sesuai untuk dijadikan suami janganlah pula mereka menjual diri mereka secara murahan, mempamerkan dan mendedahkan diri untuk menarik perhatian lelaki. Menahan diri daripada berkahwin sehingga dikuasai oleh lelaki yang tidak berakhlak dan meninggalkan solat adalah jauh lebih baik, daripada terpaksa menjual agama dan merosakkan akhlak dan ibadahnya hanya untuk meraih redha suami yang keji.[2]
Biarlah mereka memilih hidup membujang kerana tidak bertemu suami yang sekufu sehingga suatu waktu tibanya seorang lelaki yang sepadan dengannya. Lelaki itu terdidik dengan didikan Islam, memiliki wijdan yang hidup untuk menjadi teman abadi kepada perempuan itu. Bediuzzaman Said Nursi berpesan demikian bukan bermaksud menggalakkan hidup membujang dan membelakangkan sunnah perkahwinan, sebaliknya beliau mengharapkan kebahagiaan abadi murid-muridnya. Janganlah hanya kenikmatan sekejap yang dikecapi di dunia merosakkan kebahagiaan yang hakiki di akhirat nanti.[3]
14 comments:
Alhamdulillah...
perkongsian yg baik.. menjadi panduan buat akhawat dlm menongkah arus kehidupan di dunia yg sementara...
subhanallah.sgt membantu.
subhanallah
said nursi ada sebut perkara ini juga?
saya terharu huhu
Alhamdulilah Maha Suci ALLAH.
Kak, Minta izib copy ke fb yea.tq ^_^
Alhamdulillah... terima kasih.
Ida: Benar ustaz Nursi sangat mengambil berat soal akhirat semua muridnya.
Tq kak, dirasakan post ini seperti untuk saya.
Salam,
Nur Taqwa
sama-sama Nur Taqwa
Assalamua'laikum w.b.t.
Risalah Akhawat Akhirah ini, Lummat ke-24?
Wa'alikummussalam,
Lumaat ke-24 Risalah Hijab. Terdapat satu "kutaiyib" atau "booklet" yang mengumpulkan risalah-risalah berkaitan akhawat bernama "Risalah Akhawat Akhirah". Kalau dalam English, Guide for Women. Risalah Hijab pun terdapat dalam tu.
Salam Diqma..
Rasa seram jer...malam tadi teringat kat diqma and also berfikir pasal jodoh. Jadi.. sampai je ofis terus melawat blog ni. Terpampang topik yang berlegar di fikiran malam tadi..
Level4-Petronas :) ..cuba teka sapa saya..
Anony: Ya Allah... i know... Azura. Am i right? Ya Allah, kau berkatilah sahabatku ini. Sudah lama tak bertemu. Ju'a datanglah kerja dengan Petronas kat Sudan. Tapi kalau datang maybe bukan di Khartoum, kena di Juba kot sebelah Selatan Sudan. Sekarang dah terpisah Sudan Utara dan Selatan.
Memang tawafuq (jangan seram) saya pun dua hari lepas asyik teringat Ju'a, teringan Hostel Pandu Puteri tempat kita tinggal yang dekat Amjal tu. Saya teringat sangat cabaran-cabaran Ju'a yang banyak tu. Moga Ju'a bersabar dan bersyukur. Doakan kami di SUdan ni. Luv u.
Yup..betoi..Jue-a nie..
Kawan in my department dapat offer keja kat Petronas Juba. Usually yang kena posting to Sudan staff lelaki:) Diqma bila nak balik Malaysia.. nanti calling2yer..
Assalammualaikum..
Kak ma saya mohon share di fb...
terima kasih
semoga kak ma dan keluarga sentiasa sehat dan dirahmati ALLAH.. Amin
Post a Comment