Musim panas terik di Sudan telah berlalu, ekstrim melebihi 50 darjah selsius. Beberapa hari hujan menyimbah bumi Sudan di awal Ramadhan. Setelah itu panas lagi tetapi tidak sepanas bulan Mei dan Jun. Hari ini dan semalam cuaca berbeza lagi, kami bertiga jatuh sakit. Kasihan anakanda Nisreen dan Abu Nisreen. Semoga diberi afiah.
Khusyuk sekali apabila membaca kronologi penghijrahan Prof Kamil sekeluarga ke sisi baginda Rasulullah saw, Madinah Munawwarah. Semoga kami khalayak kenalan maya prof sentiasa dapat menumpang berkat keluarga yang penuh barakah ini.
Di pagi Jumaat yang syahdu nian ini, albazrah mengirimkan selawat serta salam buat junjungan Baginda saw. Jutaan selawat serta jutaan salam kubisikkan untuk kekasih sekalian alam.
Kuhitung-hitung selawat serta salam buat penghulu segala Nabi dan Rasul sebanyak titisan hujan yang turun semenjak terciptanya Adam sehingga berakhirnya alam.
Ku lafazkan selawat serta salam lalu ku kirimkan pada angin pada hujan pada debu pada zarah pada atom yang setiap satunya membawa bisikan selawat dan salam ku umat berdosa ini.
Ku titipkan selawat dan salam dalam tangis sendu rindu sebanyak bilangan dedaun di bumi ini buat Kekasih Allah Rasulullah saw.
Ku lantunkan lisan ini dengan kalam mewangi selawat serta salam sebanyak pasang surut ombak di lautan bersama buih-buih yang pergi dan datang.
Ku rafakkan setinggi doa, wahai Tuhan...sesungguhnya hamba ini taqsir dan kerdil kalah dalam memuji kekasihMu. Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sahbihi wa barik wa sallim......
.... sebanyak titisan embun di pagi hari
.... sebanyak rumput yang memenuhi bumi
.... sebanyak pepasir di pantai
.... sebanyak ghubar di sahara
.... sebanyak bintang di angkasa
.... sebanyak ikan-ikan besar mahupun kecil di lautan
.... sebanyak lisan pujian selawat serta salam insan terdahulu dan terkemudian kepada baginda...
Ya Allah ampuni hamba kerdil berdosa ini. Sampaikan salam rindu hamba ini kepada baginda SAW. Aku ummat yang jauh dari Sunnah baginda, yang lemah untuk bermujahadah, yang kalah dengan nafsu, yang tewas dengan syaitan, yang melekat dengan dunia.
Walau engkau jauh wahai Nabi, tetapi engkau dekat dan terus hidup di hati ini. Allahhumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

3 comments:
Bgdin tengok wajah prof Kamil kat airport nampak sungguh beliau bahagia. Sampai hajat beliau nak duduk dekat dgn Rasululah, nak solat setiap hari di Masjid Nabi.
Kagum dgn dia, hatinya brpegang kejap pada hidayah yg Allah beri, terus tutup pd keinginan2 lain. Kadang2 malu dgn diri sendiri, hati mudah bolak balik.
kmin call dia kemarin, bgdin pun dapat ckp kat dia, bila suruh doakan phd bgdin, pada kesihatan mawaddah, dia kata satgi dia doa kat raudhah... aaaa, jelesnnya dengar!
alhamdulillah, abang din kita dapat tumpang berkat, kita boleh kirim minta Prof doakan.
Bukan senang, Allah nak beri ikram sehingga menjadikan manusia hanya melihat redhanya lebih utama daripada dunia dan segala isi. ia terlalu mahal. Prof, kak roza dan keluarganya sungguh muwaffaq.
Masha ALLAH
selawat atas mu Ya Rasulullah...
assalamalaikum sahabat maya
terima kasih kerna sudi berkongsi cerita dengan BHS...terkesima bila membaca ayat ayat rindu pada penghulu seluruh alam...rindunya....beruntung nya Prof Kamil...syukur sangat sangat pada ALLAH....
Post a Comment