Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Rancangan awal kami untuk solat di padang Universiti Afrika tidak jadi. Nizam diminta menjadi imam dan khatib di kompleks Petronas.Setelah kami berbincang, kami bersetuju untuk beraya bersama rakyat Malaysia. Sehari sebelum raya, Nizam menyiapkan teks khutbah. Nampaknya Nizam tidak kekok lagi sebagaimana tahun-tahun pertama berkhutbah dahulu. Ia perlu dilatih dan dilatih, apa sahaja di dalam kehidupan ini. Begitu juga menulis tesis, jangan lama berhenti mesti ditulis dan ditulis ia akan lancar dan mulus dengan izin ALlah.
Ini kali kedua Nisreen beraya di Sudan.
Sepanjang ummi solat dan mendengar khutbah, Nisreen duduk diam sahaja di tepi ummi, berbekalkan air masak dan koko crunch. Nisreen mengantuk lagi, selalunya Nisreen masih tidur di waktu pagi begitu.
Raya tahun ini rasanya begitu selamba. Ummi memang tiada baju raya, tudung raya atau kasut raya. Nizam alhamdulillah ada ummi teringat jubah putih baru dihadiahkan oleh abang Zuhairi sebelum berpindah ke Qatar tempohari, kopiah dan serban juga baru dihadiah oleh seseorang. Nisreen pula, puas ummi berfikir teringat baju yang belum dipakai hadiah opah, seluar hadiah daripada Tok dan tudung kecil hadiah daripada Kak Siti baru balik umrah. Syukur, biarlah suami dan anak pakai yang baru, hati pun rasa suka.
Tidak sempat membeli belah, fikiran asyik dengan tesis. Rabbi yassir wa la tu'assir.
Al-Fatihah, di sebelah petang1 Syawal mendapat berita kewafatan Tuan Guru Haji Hashim, Pondok Pasir Tumboh yang terkenal. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Albazrah teringin sekali hendak buat Syarikat Maknawiyyah untuk membaca al-Qur'an dan menghadiahkan pahala kepada Tuan Guru yang mulia. Tetapi albazrah tidak pasti adakah sesiapa yang ingin menyertainya, memandangkan albazrah rasa blog ini sudah tidak ramai yang baca.
Al-Fatihah, di sebelah petang1 Syawal mendapat berita kewafatan Tuan Guru Haji Hashim, Pondok Pasir Tumboh yang terkenal. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Albazrah teringin sekali hendak buat Syarikat Maknawiyyah untuk membaca al-Qur'an dan menghadiahkan pahala kepada Tuan Guru yang mulia. Tetapi albazrah tidak pasti adakah sesiapa yang ingin menyertainya, memandangkan albazrah rasa blog ini sudah tidak ramai yang baca.
Selamat hari raya kawan-kawan sekalian, maaf kan segala kesilapan dan kekurangan albazrah. Mohon doa tulus kalian untuk kami di sini. Selamat berpuasa enam. :)
3 comments:
Assalamualaikum Ustazah Diqmacim,
Ustazah, u are not alone. Saya pun beraya tanpa baju baru. :D Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami semua di sini buat Ustazah sekeluarga. Saya mohon maaf atas apa2 kesalahan saya, sengaja mahu pun tidak. Mohon maafkan saya ya Ustazah.
Allah'a emanet olun. *hugs*
Wa'alaikummussalam,
Salam Aidil Fitri Ayza dan family... oh i'm not alone :) kami juga memohon maaf ya. Apa pun kagum dengan ketabahan Ayza.
saya masih membacanya azma...insyaaAllah..teruskan perjuangan..teruskan menulis dan doakan saya-ifzam.
Post a Comment