Thursday, September 22, 2011

Quran Tawafuq


Bediuzzamana Said Nursi melihat penemuan Kayishzade Hafiz Osman Nuri Efendi (died in 1311 A.H.) ketika menulis al-Quran sehingga setiap muka surat bermula dengan ayat dan muka yang sama berakhir dengan ayat sebagai suatu mukjizat al-Qur'an. Perkara ini bukan datang dari akal manusia. Sehingga al-Quran yang kita baca di hari ini masih berkeadaan begitu, setiap ayat tidak terputus dan bersambung di muka surat sebelah.

Berdasarkan Quran yang ditulis oleh Hafiz Osman ini, Said Nursi meminta 10 muridnya menulis al-Quran.

“This is not a work of human mind!” Indeed, many witnesses do say so!

The great calligrapher Kayishzade Hafiz Osman Nuri Efendi (died in 1311 A.H.) wrote the Quran in afamous style in which he took the longest verse (called Mudayana, 2-282) as a measure for the page size and the shortest chapter (called Ikhlas, 112) for the line length, resulting in 15 lines per page. Then, every page started and ended with a complete verse in beautiful harmony with the content, even though the verses vary in length.Such a consistent pattern among seemingly random variations of lengths and meanings cannot be the product of chance. This order and arrangement is beyond human capacity, and clearly is a product of the intent and will of Allah.Since this composition and arrangement is the result of the measures of chapters and verses of the Quran, all the beauties related to this style belong directly to the Quran.

The revered Bediuzzaman Said Nursi (1876-1960) indicated that not only the pages of the Quran but its letters as well are in a unique coherence. He pointed out that the “tewafuq (see below)” in the Quran’s embroidery-like arrangement of words and letters isa powerful proofthatshows it is the word of Allah. He thus desired to demonstratesuch “tewafuq” and instructed his students to write a copy of the Quran that will uncover this inherent property.


Setelah semua mereka menyerahkan mushaf Quran yang mereka tulis, Nursi memeriksa setiap satu dan beliau mendapati tulisan Ahmad Khusrou telah menepati tawafuk sehingga terjelma kalimah-kalimah pada barisannya. Seperti dalam gambar di atas, kelihatan kalimah Allah teratur dalam satu barisan. Nursi begitu yakin ini adalah mukjizat al-Quran yang tidak ada campur tangan manusia.

Boleh juga rujuk di sini, hanya ringkasan.

Begitu juga di dalam penulisan Risalah Nur di dalam tulisan Uthmaniyyah, terzahir banyak tawafuq seperti kalimah Ahmad di dalam risalah Mukjizat Ahmadiyyah, di dalam risalah Malaikat juga terdapat tawafuq yang indah menunjukkan setiap zarah di alam ini ada malaikat yang menjaganya. Albazrah juga melihat tawafuq di dalam Risalah Hasyar tulisan Ustaz Khusrou, iaitu pada naskhah terakhir yang beliau istinsakh sebelum dipenjarakan dan sebelum meninggal dunia.

Nursi berpesan di dalam Malahiq Barla, ketika ditanya oleh muridnya di antara menghafaz al-Quran dan menyalin Rasail Nur yang mana lebih utama. Nursi menjawab, tidak syak lagi tentulah menghafaz dan membaca al-Quran lebih utama. Nursi berkata, manakala Rasail Nur membantu lebih memahami Quran, jadi hendaklah dibaca Quran seiring dengan membaca untuk Rasail Nur. Rasail Nur itu tafsir maknawi kepada al-Quran.

Semasa Atarturk mahu menukarkan tulisan al-Quran dalam bahasa Arab kepada tulisan latiniyah, contohnya الحمد لله رب العالمين mahu di eja sebagai Alhamdulillahi rabbil alamin, Nursi berkata tulisan al-Quran ini bukan sebagaimana baju yang boleh dibuka sesuka hati. Tetapi huruf Arab Quran ini umpama kulit kepada buah. Kulit itu bercantum dengan isi.



Subhanallah, ketika ke madrasah Tulab Nur di Turki, albazrah melihat penekanan kepada Quran sangat hebat. Mereka berusaha mencelikkan anak kecil sehingga dewasa kepada Quran. Mereka belajar al-Quran secara berkumpulan, kemudian secara individu dan secara kelompok yang besar. Setelah itu mereka mempelajari Rasail Nur, sirah, fekah, hadith dan lain-lain. Ada waktu juga mereka belajar menulis huruf-huruf Uthmaniyyah. Kesesatan yang dibawa oleh Atarturk telah membuatkan generasi Turki lupa dan buta al-Quran sehingga mempertuhankan Atarturk. Ramai anak-anak selepas belajar Quran dan mengetahui apa itu Quran, mereka menjadi sangat marah kerana mereka telah diajar perkara yang sesat.

Diceritakan kepada kami, seorang murid Nursi bernama Ashraf (namanya ada disebut di dalam Rasail Nur) ketika menghantar anak cucu nya hampir 14 orang ke sekolah kerajaan, beliau telah memberi amaran kepada guru dengan berkata, " Ini semua anak cucu ku, mereka beragama Islam, di dalam diri mereka ada iman."

Kesemua 14 orang anak-anak kecil itu memakai serban ke sekolah walaupun pada ketika itu serban diharamkan. Datuk mereka Ashraf telah memberi amaran kepada guru di sekolah, kalau mengajar kesesatan kepada anak cucunya, dia akan datang dan membunuh guru itu. Kemudian beliau menyuruh setiap seorang anak-anak dan cucunya membaca Quran, seorang yang lain membaca Kalimah Pertama (Birinji Soz), seorang yang lain membaca Risalah Kiamat dengan hafalan masing-masing.


Di dalam 14 orang anak kecil itu ada seorang bernama Hassan. Hassan ini kami temui dan tinggal di madrasah yang diuruskannya. Kami panggil Hassan Abi. Beliau juga walaupun sudah tua kini, begitu kuat dan garang sekali. Tidak bertolak ansur dengan kesesatan.


Satu perkara paling asas perlu disebut Rasail Nur adalah tafsir al-Quran, ia tidak patut membelakangkan al-Quran. Membaca al-Quran setiap hari diutamakan oleh Tulab Nur setelah itu membaca Rasail Nur bagi lebih memahami al-Quran. Hampir setiap madrasah mempunyai Tahfiz al-Quran, anak-anak ini menghafal al-Quran dan kemudian mempelajari tulisan Uthmaniyyah.

* Untuk sis Aflah harap dapat membantu saudari.

6 comments:

Anonymous said...

Kak ma,
terima kasih banyak2 atas penerangan panjang lebar.. alhamdulillah skrg dah makin jelas dan faham skit2..

kalau kat Turki mudah tak nak dapat quran ni? teringin nak memilikinya..

-sis aflah-

Aishah Yazid said...

boleh saya dapatkan emel penulis blog ini-kak ma? ada sesuatu yang saya ingin tanya tentang Turki-Aishah

~albazrah~ said...

sis aflah- Insya Allah di Turki mudah dapat, di tepi Masjid Beyazit di Istanbuk ada macam satu kawasan kitab-kitab buku-buku kat situ kakma nampak Quran ni ada jual.

Kalau nak beli dari pengeluarnya Hayrat Nesriyat ada di Istanbul, banyak pilihan sikit, lepas tu boleh beli buku tesbihat dan wirid-wirid Said Nursi juga. Insya Allah, kalau nak pergi nanti beritahu kakma ya.

~albazrah~ said...

Aishah- email kakma noorazma@gmail.com, kakma bukan pakar tentang Turki sebenarnya.

Anonymous said...

InsyaAllah sy akan beritahu kak ma.. memang perlu banyak info daripada kak ma ttg turki.. teringin benar menjejak kaki ke tempat2 yang kak ma cerita.. semoga dimudahkan urusan untuk sy ke sana.. amiin..

-sis aflah-

~albazrah~ said...

Ameeen..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails