Selepas sarapan pagi hari Ahad kami diberitakan akan ke Barla. Nampaknya belum jadi pulang ke Istanbul, tiket kami pulang ke Sudan pada hari Rabu malam Khamis. Abu Nisreen bersama Dr. Hikmet dan Ismail Abi satu kereta, manakala albazrah dan Nisreen di dalam kereta yang lain bersama Rufeyda Abla, Fatimah Abla dan Battul Abla.
Dalam perjalanan kami singgah di ladang cherry Sofa Abi. Sofa Abi seorang yang dipertanggung jawabkan berkhidmat untuk ekonomi Hayrat Vakfi. Kami memetik cherry, mereka menyebut kiras. Bahasa Arab juga menyebut kiraz.
Sepanjang perjalanan ke Barla, hati albazrah begitu teruja dengan pemandangan yang indah menakjubkan. Perjalanan hampir satu jam tidak terasa, Rufeyda Abla tidak bosan menjawab setiap pertanyaan albazrah. Kami melintasi tasik indah, pernah albazrah catatkan tentang perjalanan dan pengalaman di Barla di sini. Syukur ya Allah, albazrah sampai juga akhirnya. Barla tempat lahirnya Rasail Nur. Suatu perkampungan sunyi di pergunungan terpencil. Diharapkan Nursi mati dan gila dibuang di sini kerana terpisah daripada masyarakat, namun sedetik pun tidak terbuang...tafakkur Nursi membuka pelbagai pintu hakikat iman. Musuh-musuh yang membenci tanpa sedar mereka telah menyumbang kepada lahirnya Rasail Nur.
Sebelum masuk ke rumah Ustaz Nursi, albazrah mengambil wuduk. Albazrah mencari tempat solat sunat. Setelah bersolat sunat, kami mendengar penerangan dan bersoal jawab. Pokok tempat Ustaz Nursi bertafakkur dan beribadat masih utuh, hanya dahan tempat dibina pelantar Ustaz Nursi telah mati setelah Ustaz Nursi kembali ke Rahmatullah.
Kemudian setelah agak lama di atas rumah kami turun ke bawah dan masuk ke masjid bersebelahan rumah Ustaz Nursi. Di dalam masjid itulah tempat Ustaz Nursi bersolat. Albazrah pernah membaca di dalam Rasail Nur kejadian di masjid ini, di dalam Lumaat ke-10 tentang Risalah Penampar Kasih Sayang. Di dalam masjid ini semasa larangan azan di dalam Bahasa Arab, muazzin masjid ini tetap azan di dalam Bahasa Arab yang syarei.
Lama di situ, kami berjalan meninggalkan kawasan rumah Ustaz Nursi, kami singgah di sebuah bangunan yang agak besar yang pertama paling hampir dengan rumah Ustaz Nursi. Bangunan itu madrasah Tulab Nur. Pada hari itu, rupanya berkumpul puluhan doktor perubatan dari pelbagai wilayah Turki. Ada doktor dari pelbagai bidang. Mereka berkumpul dan berbincang tentang hakikat iman. Setiap tahun mereka akan mengadakan perjumpaan di madrasah ini untuk munaqashah Rasail Nur dan berbincang pelbagai perkara tentang hakikat iman dan khidmat Rasail Nur. Begitu juga pada waktu yang lain, akan dikumpulkan Tulab Nur yang terdiri daripada jurutera-jurutera pula, bertemu mengukuhkan iman dan membincangkan pelbagai isu ummat serta khidmat Rasail Nur. Mereka bermuqim seminggu di madrasah bersolat dan berqiyam bersama.
Albazrah dan Nisreen berehat di madrasah bahagian perempuan tingkat bawah sekali. Setelah makan dan berbincang dengan Talibat Nur yang juga datang ke Barla, mereka banyak bertanya tentang Islam di Malaysia. Rufeyda yang pernah datang ke Malaysia bersungguh-sungguh meminta albazrah melafazkan Asma ul-Husna versi Malaysia. Al-bazrah pun dengan semangat sekali melafazkan asmaul Husna "Nas'alu ka Ya... man huwallahu allazi..." hehe... mereka semua terharu, mereka berharap anak-anak Turki semenjak sekolah juga akan kenal nama-nama Allah itu seperti di Malaysia.
Selepas waktu asar Fatimah Abla mengajak albazrah ke Hadiqatul Jannah. Albazrah tidak dapat membayangkan bagaimana rupa Hadiqatul Jannah itu, kaki ini terus mengikut tanpa soal. Kami dibawa menuju suatu taman di bawah madrasah. Taman yang agak luas dipenuhi 200 jenis tumbuhan dan bunga-bungaan. Rupa-rupanya di Hadiqatul Jannah ini lah Ustaz Nursi menulis Risalah Syurga. Risalah Jannah (Syurga) ini merupakan risalah ke-28 di dalam al-Kalimaat. Allahu Akbar... terujanya hati ini seolah cuba mencari tapak di mana Ustaz Nursi melangkah. Hadiqatul Jannah ini dipelihara dan dipulihara oleh Tulab Nur. Seorang arkitek merekacipta pelbagai landskap yang unik, beliau membentuk pelbagai jenis bangku dengan rupa yang menakjubkan dan kreatif. Di dalam hadiqah Jannah ini kami bertemu pelbagai lapisan golongan yang datang melawat. Di sini juga kami diberi penerangan lagi tentang Rasail Nur. Alhamdulillah.
Ketika hendak pulang, hati ini sebak meninggalkan perkampungan berkat ini. Semoga dapat bertemu lagi. Kami pulang singgah di tasik Barla yang indah mengambil gambar. Kemudian kami dibawa ke satu maqam wali Allah. Di maqam ini bertemunya Ustaz Nursi dengan Ustaz al-Thani Ahmad Khusrou. Ustaz Ahmad Khusrou menghantar surat kepada Ustaz Nursi bertanya beberpa soalan, Ustaz Nurrsi terus menjemput beliau datang ke Barla untuk berkhidmat tanpa menjawab soalan. Ustaz Ahmad Khusrou tanpa berlengah terus datang berjalan kaki dari Isparta ke Barla. Manakal Ustaz Nursi turun dari rumahnya di pergunungan untuk menyambut Ustaz Khusrou, bagaimana mereka tahu? Itulah bicara sufi rohani wali-wali Allah... Mereka bertemu dan saling ingin mencium tangan sehingga terhantuk kepala kedua-duanya. Ustaz Ahmad Khusrou mewakafkan seluruh hidupnya untuk khidmat Rasail Nur menyalin sebahagian besar Rasail Nur. Hanya beliau Ustaz Nursi izinkan membuat pembetulan bagi Rasail Nur dan Quran Tawafuq terzahir melalui khat beliau.
Albazrah membaca di dalam Malahiq dan Syu'a'aat...rupa-rupanya Ustaz Nursi berkata aku sengaja menyembunyikan Khusrou daripada pandangan dunia kerana khidmatnya yang terlalu besar untuk Rasail Nur. Allahu Akbar...
Kami pun pulang, albazrah masih tertanya-tanya apa yang bakal berlaku esok hari.
Pada malam itu, albazrah meminta izin Rufeyda untuk mula istinsakh. Di madrasah mereka memberikan fail istimewa yang dicipta khusus mempunyai lampu untuk Tulab Nur istinsakh. Albazrah dan Abu Nisreen istinsakh Birinji Soz iaitu Kalimah pertama tentang Bismillah. Kami istinsakh mengikut khat Ustaz Ahmad Khusrou, ia di dalam bahasa Uthmaniyyah.
Buah Cherry di ladang Sofa Abi
Di beranda rumah Ustaz Nursi, tingkap di tepi itu menuju pohon tempat Ustaz Nursi bermunajat kepada Allah dan bertafakkur
Masjid kecil tempat Ustaz Nursi solat, di masjid ini murid Ustaz Nursi melaungkan Azan dalam Bahasa Arab, walaupun dilarang dan setelah itu ditangkap
Papan tanda di Hadiqatul Jannah tempat tafakkur Ustaz Nursi, di sini terhasil Risalah Syurga (Kalimah 28)
Selamat tinggal perkampungan Barla yang berkat
Maqam Wali Allah tempat pertemuan Ustaz Nursi dan Ustaz Ahmad Khusrou
12 comments:
salam - seronok nya perjalanan yg penuh dengan nikmat ALLAH. Semoga suatu hari akan dpt menziarah tmt yg telah dinyata kan...terutama tmt wali2 ALLAH...SubanALLAH
Salam kak ma,
Nak tanya, bahasa uthmaniyyah tu bahasa turki dalam tulisan arab ke?
-sis aflah-
Lina: Insya Allah didoakan Cik Puan sampai ke sana nanti. Terima kasih.
Sis Aflah: Ya ya, seperti tulisan Jawi kita dahulu. Ustaz Nursi berkali-kali berpesan kepada Tulab Nur jangan meninggalkan istinsakh kerana itu adalah jihad mempertahankan huruf-huruf al-Quran yang diharamkan oleh Mustafa kmal Atarturk. Bagi Nursi huruf latiniyyah ialah suatu bid'ah.
oo begitu.. betul la, bila tulisan arab/jawi ni makin dilupakan, jadi sukar nak belajar bahasa lain terutama arab.. bahasa farsi pun guna tulisan arab, jd lebih mudah untuk sebut.. bila guna latin, nk sebut bahasa turki jd terkial2..
-sis aflah-
Sehingga sekarang Tulab Nur masih istinsakh dalam Uthmaniyyah kerana apabila dilihat Risale-i Nur yang ditulis tangan di dalam bahasa Uthmaniyyah kelihatan pelbagai mukjizat al-Qur'an. Apabila telah ditulis ke dalam bahasa Turki guna huruf latin hilang keajaiban tulisan tadi.
Said Nursi berkata, ini jihad melalui pena.
Kak Ma lihat keajaiban dalam Risalah Malaikah yang ditulis dalam Uthmaniyyah, menunjukkan setiap zarrah ada malaikat yang menjaganya. Tidak ada ruang langsung di seluruh semesta ini yang tidak ada malaikat. Di dalam bahasa Uthmaniyyah itu berlaku tawaffuq, setiap baris tersusun huruf alif tepat dari baris pertama hingga akhir. Allahu Akbar, ia tawaffuq dengan kandungan yang Said Nursi cerita tentang kewujudan malaikat sehingga setiap zarah atom tidak terlepas dari malaikat yang menjaga dan semua itu berzikir. Ish... kakma rasa macam nak tunjuk tapi nantilah kalau ada rezeki kita jumpa lah di malaysia. Insya Allah.
ya Allah..tak pernah puas membaca blog puan...seronok sgt2..banyak maklumat/info dpt ttg Said Nursi/Turki...terasa betapa dekatnya dgn alhamrhum ust Nursi...Allahuakbar..
oo begitu.. sy kurang faham bila kak ma cerita tentang tawaffuq tu.. kak ma tak ada gambar contoh?
insyaAllah semoga ada rezeki untuk berjumpa :)
-sis aflah-
assalamualaikum wrt,
- saya sgt bersyukur kpd Allah yg telah mempertemukan saya dgn blog penuh barakah ini.
- saya sgt berhajat kpd bantuan dan pertolongan Tuan Punya blog ini untuk saya lakukan perjalanan yg serupa ke tempat2 yg telah diceritakan di dlm blog ini.
- hampir 2 bulan saya beristiqamah mengikuti perkembangan blog ini.
- bagaimana saya boleh menghubungi Tuan Punya blog ini utk perbincangan lanjut?
-yang sangat berharap : Akhukum Yussaine Yahya (Ma'had Al Imam An Nawawi).
Muaz: Terima kasih,mari kita hadiahkan al-Fatihah untuk Ustaz Nursi. Ustaz Nursi berpesan doakan beliau selalu dan hadiahkan Fatihah kepadanya, beliau terlalu tawadhuk dan amat mengharap doa kita.
Sis Aflah: Insya Allah kak ma cuba scan Quran yang kak ma ada pasal Tawafuq ini. Atau kak ma cari gambar-gambar dia nanti kakma upload ya.. Insya Allah.
Yussaine Yahya: Insya Allah, Tuan boleh email saya di noorazma@gmail.com, saya di Sudan. Nanti di dalam email saya akan cuba beri contact number sahabat-sahabat yang dapat membantu dari Malaysia. Insya Allah.
Ustaz Yussaini: Kalau boleh saya dapatkan email ustaz. Terima kasih.
Diqma, akhi Yussaini bukan orang lain, kenalan bangdin jugak, sekarang org kuat dewan ulama pas Perlis rasanya.
Yussaini, ni ana Mahyudin Ahmad. Penulis blog ni adik ipar ana. enta ingat lagi tak, zaman2 berprogram dgn Akhyari, Roshidi, Cikgu Sukarno, Ariff Arsyad, dll.
Alhamdulillah jumpa blog ini. Saya baru mengenali Risalah anNur. Izinkan saya berkongsi ilmu puan. Jazakumullah.
Post a Comment