Selepas pemisahan di antara Sudan Utara dan Sudan Selatan secara rasmi Julai lepas, matawang Sudan tergugat juga. Pada tahun pertama albazrah di Sudan 1 US dolar bersamaan 2.6 junaih Sudan. Malah ia lebih tinggi berbanding ringgit, pada ketika itu 3.5 ringgit Malaysia bersamaan 1 US dolar. Pada minggu lepas tiba-tiba 1 US dolar bersamaan 4.2 junaih Sudan.
Ia berita yang menggembirakan bagi kami pelajar tetapi ia juga menyedihkan. Mendengar khabar itu terus kami mengambil keputusan untuk membeli kitab al-Majmu' Sharh al-Muhazdhab yang dikarang oleh Imam Abu Zakariya al-Nawawi. Sudah lama mengidam kitab itu, harganya 400 junaih Sudan. Tetapi sebaik sahaja wang Sudan jatuh bermakna ia berharga tidak sampai 100 US dolar. Allahu Akbar! Sekarang kitab itu sudah ada. Syukur ya Allah. Kami membeli terbitan Dar al-Hadith Qaherah sebanyak 22 jilid.
Ia berita yang sedih pula kerana mengingati rakyat Sudan yang miskin masih ramai. Harga barang meningkat.

4 comments:
salam. Saya hendak menghantar emel kepada saudari. Adakah alamat emel saudari noorazma@gmail.com?
Salam.
Silakan, noorazma@gmail.com
salam.. akak.. kalau camtu bolehlah kirim buku2 arab... bestnya...
Boleh, cuma sistem pos di sini sangat bermasalah. Kalau melalui kapal pun 4 bulan belum tentu sampai. Kami menanti barang kami yang empat bulan sampai sekarang belum tiba, sudah masuk bulan ke-5. Sabar sahaja ubatnya.
Post a Comment