Sepanjang Said Nursi menulis Rasail Nur, ia termaktub di dalam Kalimat, Maktubat, Lumaat dan Syu'a'aat. Manakala surat menyurat, perancangan yang penuh rahsia dan teknik dakwah yang berlaku di sebalik penulisan Rasail Nur itu terkandung di dalam Malahiq. Malahiq terbahagi kepada 3, Malahiq Barla (segala surat menyurat Nursi dan murid-muridnya, rahsia dan perancangan sepanjang Nursi dalam buangan di Barla), kemudian Malahiq Kostomunu (ketika dalm buangan di Kostomunu) dan yang terakhir Malahiq Emirdagh (iaitu ketika Nursi dalam buangan di Emirdagh). Mulhaq Emirdagh terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebelum dan selepas Nursi dipenjara Afyon.
Soal jawab pembelaan di mahkamah dan segala rahsia dan nasihat sepanjang di dalam penjara Eskesihir, Denizli dan Afyon pula tersimpan di dalam Syu'a'aat.
Hari ini albazrah membaca Malahiq Barla, albazrah terperanjat membaca surat anak saudar Said Nursi iaitu Abdul Rahman. Beliau suatu ketika dahulu sentiasa menemani Said Nursi kemudian terpisah apabila Said Nursi di buang ke Barla. Di dalam surat itu Abdul Majid mengucapkan syukur kerana tunjuk ajar Nursi kepadanya dalam menjalani usia muda yang mencabar.
Rupaya surat itu ditulis dua bulan sebelum kematiannya di usia yang muda iaitu 26 tahun. Abdul Majid menulis bahawa beliau bersyukur, sekarang beliau berasa tenang dan bahagia kerana tidak bercampur dengan manusia lain mendengar perkara-perkara yang dibenci Allah dan tidak terpengaruh dengan perkara keji sebaliknya selepas tugas rasmi terus pulang ke rumah.
Tiba-tiba beliau menulis beliau merasakan waktu telah tiba dan beliau sentiasa berdoa supaya dimatikan di dalam iman, seolah-olah beliau berikrar sambil meyebut "Aku beriman kepada Allah, kepada malaikat, kitab-kitabnya, para rasul dan hari akhirat serta aku beriman dengan qada dan qadar yang baik atau yang buruk serta aku beriman tentang kebangkitan selepas mati itu benar."
Selepas itu ditutupnya surat kepada Bediuzzaman Said Nursi dengan kalimah syahadah "Asyhadu alla illaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh."
Suatu iklan yang dibuat tentang keimanannya.
Allahu Akbar, rupa-rupanya inilah surat terakhir beliau, selepas dua bulan surat ini ditulis, Abdul Rahman meninggal dunia dalam usia muda 26 tahun. Said Nursi sangat menyayangi Abdul Rahman, beliau ialah anak saudaranya sendiri iaitu anak abangnya. Nursi pernah bercita-cita agar Abdul Rahman akan membantu di dalam dakwahnya, namun tidak dipanjangkan umur. Setelah itu datang murid baru yang ikhlas bernama Khulusi, Nursi menyebut Khulusi ini menggantikan tempat anak saudaranya Abdul Rahman. Nursi menyayangi Khulusi kerana keikhlasan beliau dalam berkhidmat untuk Rasail Nur yang telah lama dinantikan daripada Abdul Rahman.

2 comments:
salam.
diqma, thesis diqma di tulis dalam BI ke B.Arab?
saya tidak sabar utk membacanya...air mata saya menitis kerana ridukan ustaz nursi...
Teh zaharah
Salam Teh, nanti Pak Latip akan menulis novel Bediuzzaman Said Nursi. Insya Allah akan meletup :).Saya tulis dalam arabic. Tapi bahagian biografi sedikit sahaja, yang lain hadith.
Post a Comment