Tuesday, September 06, 2011

Jejak kasih di Istanbul

Ketika kami bertiga sampai di Atarturk Airport, kami dijemput oleh seorang wakil Vakfi ke Istanbul Ilim ve Kultur Vakfi, Fatih. Inilah pertama kali dalam hidup ada orang memegang dan mengangkat nama di dewan ketibaan macam dalam filem-filem. Albazrah ketawa melihat nama sendiri ada lelaki Turki pegang sambil meninjau-ninjau ke pintu keluar dewan ketibaan. Sepanjang perjalanan ke Vakfi sungguh meletihkan kerana Istanbul sesak dengan kenderaan. Nisreen muntah berkali-kali. Habis baju Nisreen, kasihan anak ummi.

Vakfi ini sangat strategik, membolehkan kami bertiga meneroka ke beberapa tempat sendirian. Ia hampir dengan Suleymaniyah Cami, masjid dan Maqam Sultan Muhammad al-Fatih, malah kami berjalan kaki ke Beyezit sebelum menyedari kewujudan stesyen trem. Sehzade Camii juga sangat hampir, kami berkali-kali ke situ, azannya merdu sekali, di tengah malam pemandangan Sehzade Camii dari Vakfi begitu indah.

Kami tinggal 2 hari di Vakfi ini sebelum ke tempat konferen di sebuah hotel bernama Green Park.
Sehzade Camii

Yang paling disyukuri sebelum ke konferen di hotel yang jauh dari Fatih, kami dipertemukan dengan Abang Din dan Muammar yang sudah tiga tahun tidak bertemu. Perasaan gembira sejak pagi, ternanti-nanti bilakah mereka akan sampai. Abang Din datang dari UK ke Turki untuk konferen di Eskesihir. Syukur Vakfi juga beri tempat tinggal untuk 2 hari kepada Abang Din. Tiba-tiba hari bertemu Abang Din dan Muammar, setelah sebak tangis berjejak kasih, albazrah diminta untuk pergi ke Dersane dan tinggal di sana. Albazrah tiada idea, rasa mahu pitam pun ada. Setelah berbincang sekejap dengan Nizam, albazrah putuskan tidak mahu pergi. Dersane ialah tempat tinggal yang diadakan bacaan dan perbincangan Risale-i Nur.

Semasa Albazrah di UIA dulu kawan-kawan Turki bercerita tentang Dersane. Nurina dari Filipina juga bercerita tentang Dersane.

Albazrah memberitahu Br. Hakan Gulerce bahawa albazrah tidak dapat pergi ke Dersane hanya berdua dengan Nisreen, walaupun hanya sehari dan pulang esok, sebab albazrah dan suami ingin meluangkan masa bersama Abang Din dan Muammar yang sudah tiga tahun tidak berjumpa. Lagipun esoknya albazrah sudah perlu mendaftar untuk konferen di Hotel. Br. Hakan berkata sekiranya awak ingin mengetahui tentang Risale-i Nur awak sepatutnya pergi, tetapi apabila awak bertemu abang awak, terus tidak mahu pergi. Aduh, dah terkena atas batang hidung sendiri. Tetapi albazrah lega apabila melihat peserta lain dari Jerman juga tidak pergi kerana ingin bertemu saudara di Istanbul. Hanya Kak Beta, Indonesia yang pergi.

Alhamdulillah dapatlah pada petang itu dan esok pagi kami berlima menjelajah Istanbul. Kak Beta pulang sudah pukul 4 petang esoknya, syukur albazrah tidak ke Dersane, kalau tidak Nisreen langsung tidak dapat bermain dengan sepupunya Abang Muammar. Kak Beta berkata, tidak mengapa, lagi pun tiada siapa di Dersane, tiada pengajian pun hanya satu kali. Mereka tinggal di sana dan di pagi hari semua keluar. Syukur, dapat berjumpa abang Din dan Muammar.

Alhamdulillah...

Abang Mummar, sepupu Nisreen. Speaking English berhabuk.
Yang bestnya bahasa Malaysia loghat Kedah pekat.

Esok petang kami berpisah, sedih sangat rasanya. Albazrah, Nizam dan Nisreen berangkat ke tempat konferen. Abang Din dan Muammar tinggal satu malam lagi di Vakfi dan esoknya berangkat pulang ke UK. Abang Din sempat membeli cendera hati dan menziarahi Maqam Sultan Muhammad al-Fateh berdua dengan Muammar. Memang kami kagum kecekalan hati abang Din. Moga Abang Din dan kak Min sekeluarga dirahmati Allah.

Nisreen dan Cik Din

Nisreen dan Abang Muammar


Masjid Biru, Sultan Ahmad pada waktu Maghrib

Roti special

2 comments:

abwayman said...

Terima kasih dikma, terimbau kenangan di turki. insyaAllah nanti ada rezeki nak pergi lagi bawak kakmin dan anak2.

~albazrah~ said...

Insya Allah, mesti bawak. Banyak lagi tak teroka, maqam Nabi Yus'ak kat Istanbul Timur,kat Urfa tempat Nabi Ibrahim dilempar ke dalam api.. Abang Din tak sempat ke Maqam Abu Ayub al-ansari lagi kan hari tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails