“Aku bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya pengajian yang paling kukuh tertanam yang pernah aku pelajari dan seolah-olah ilmu itu sentiasa segar adalah ilmu-ilmu yang aku terima daripada ibuku serta asuhan-asuhan maknawinya. Hinggakan ilmu-ilmu tersebut tetap kekal di dalam lubuk fitrahku. Ia menjadi benih-benih di dalam diri. Usiaku yang telah melampaui 80 tahun ini, meskipun aku telah mengambil pelajaran daripada 80,000 orang, malah aku melihat secara yakin bahawa semua pelajaran yang aku terima itu ianya terbina daripada benih-benih tersebut. Dengan erti kata lain, aku menyaksikan didikan ibuku dan semua pengajiannya kepada fitrah dan rohku ketika aku di tahun pertama dalam usiaku, adalah benih-benih asas yang mencakupi hakikat-hakikat yang agung dan besar; dan aku melihat akan ia sekarang pada usia 80 tahun ini.”
Risalah Akhawat
0 comments:
Post a Comment