Tuesday, September 27, 2011

Haul Imam Haddad


Khabarnya bulan Zulkaedah ini penuh dengan aktiviti sempena Haul Imam Abdullah Haddad. Program berlangsung di seluruh negara sebagaimana tertera di jadual (Al-Hawi) atau al-Fanshuri. Malam tadi Adik Amni telefon memberitahu dia akan menghadiri program kemuncak di Masjid Shah Alam pada 8 Oktober ini. Seronoknya al-Bazrah dengar. Kalau sesiapa sahabat-sahabat pergi ke majlis itu, jangan lupa doakan Albazrah ya... terima kasih.

Khabarnya Sheikh Nuruddin juga berada di Malaysia, aduh rindu betul dengan majlis talaqqi kitab-kitab di Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah, kami akan doakan al-Barzah sekeluarga.

Khabarnya Habib Zein tidak dapat hadir kerana kurang sihat dan kabarnya juga akan diganti oleh Habib Abu Bakar Masyhur al-Adni (ini website beliau http://goraba.com/ )

Pengajian Syeikh Nur setiap bulan akan buat pengajian di Bukit Sentosa/Bkt Beruntung, selama 3 hari, bermula Jum'at - Ahad. Sekarang sedang buka kitab Awaaail wal Awaakhir wal Asaanid, al-Yaquut an-Nafis (figh) dan La Tahqiranna Minal Ma'ruf Syai-a.

Dan setiap bulan juga Sy Nur di Maahad Tahfiz Repek, Kelantan selama 1 minggu. Mengajar Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi dan beberapa buah kitab lagi. Inin mcm pasentren cawangan lah.

~ pakcik abu zahrah ~

~albazrah~ said...

Terima kasih Pakcik, doakan kami sekeluarga. Semoga Habib Zein diberi kesihatan, ameen.

Pakcik tulis al-Barzah terus buat saya ingat mati... takutnya...

Masya Allah nanti di maahad Tahfiz Kelantan tu akan khatam 3 kitab sekali gus dalam tahun depan mungkin...bestnya. Nampaknya Sheikh Nur sudi infaqkan masa untuk rakyat Malaysia juga, semoga usia Sheikh Nur diberkati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails