Keputusan "last minute" untuk mengikut Abu Nisreen ke kompleks petronas petang semalam banyak hikmahnya. Pada mulanya saya memilih untuk berdua sahaja dengan Nisreen, lagi pun sudah biasa apabila Abu Nisreen ke kuliah fiqh dan hadith setiap hari.
Ketika mengunci mangga pintu, Abu Nisreen membaca "bismillahhi tawakkalna 'alallah", ketika itu hati saya terus berkata-kata, ish...risaunya kalau terjadi apa-apa. Lalu saya pun membaca "bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi... sehingga habis. Abu Nisreen masih terkumat kamit membaca doa barangkali.
Pada pukul 10.30 malam, kami mendapat panggilan telefon adik-adik Malaysia yang tinggal berjiran dengan kami. Pintu rumah sebelah menyebelah. Rumah mereka hampir dimasuki pencuri, kaca telah dipecahkan, besi grill diumpil. Berita itu cukup membuatkan kami berdua tersejat darah dan terus pening kepala. Alhamdulillah pencuri itu tidak sempat masuk, mungkin kerana dengar bunyi bising ketika adik-adik itu sudah balik . Melihat kepada titisan darah, kemungkinan pencuri itu tercedera dan bergegas melarikan diri. Alhamdulillah, berkat adik-adik itu ikhlas dan membaca sedikit sebanyak al-Quran mungkin, si pencuri tidak sempat masuk ke rumah.
Saya tidak dapat bayangkan kalau saya hanya berdua dengan Nisreen pada ketika itu, mendengar cermin pecah, bunyi besi dan sebagainya. Alhamdulillah.

8 comments:
Subhanallah... Maha Suci Allah... Allah Hafiz... dia la sebaik2 penjaga...
Alhamdulillah akak dan adik nisreen selamat.
Kat sana ada jalan hukum hudud ker kak Azma? Berani betul pencuri tu, alhamdulillah berkat doa Abu nesreen.
Salam, Azma..
Alhamdulillah, Allah sebaik-baik pelindung dan penjaga.
Memang membimbangkan dunia hari ini dengan bermacam peristiwa tidak terduga di hadapan kita. Di Malaysia, lebih-lebih lagi..
Alhamdulillah, Azma sekeluarga dilindungi-Nya. Salam sayang buat si kecil Nisreen.
Min&Mumtazah: Alhamdulillah, syukur.
Muqay: Sini tak ada hudud lagi, tapi sedah banyak undang2 Perancis yang diubah kepada syariah.
Ummu Husna: Alhamdulillah. Terima kasih kak ina atas doa. Ameen.
Alhamdulillah k.ma sekeluarga selamat...sememangnya kita x dapat menjangkau sesuatu y akan terjadi...hanya dengan doa y menjadi amalan itu telah menyelamatkan kita dari bahaya...
hope k.ma sihat yer...lama x berblog dgn k.ma...rindunyer...
Fiena: Kak ma dah tak FB. So susah sikit nak tanya khabar? Fiena datang blog kak ma selalu na... haritu abah kakma cerita fiena pi rumah kakma. Thanks Fiena...
Post a Comment