Tuesday, November 03, 2009

Hening sajsaj

Seringkali setiap lepas solat Subuh aku akan ke tingkap menghirup sepuas-puasnya ketenangan dan kenyamanan dingin selepas Subuh. Suamiku kata, di syurga udaranya "sajsaj". "Sajsaj" itu tidak panas dan tidak sejuk yang menyakitkan. Ia seperti suasana di waktu pagi selepas Subuh.

Aku akan membiarkan angin nyaman itu menyentuh raut wajah diiringi tasyakkurku yang tidak terhingga. Burung-burung riang ria bertasbih dan aku cuba menyertai riuh rendah mereka mengalunkan zikir di waktu pagi. Mudah-mudahan aku dianugerahkan nikmat merasai "sajsaj" di syurga nanti.

Setiap kali lama aku berdiri di tingkap, memerhati langit yang tidak berawan bersih jelas kelihatan bintang-bintang. Semakin lama semakin cerah, bintang pun hilang. Aku sering melemparkan pandangan ke sebelah kiri, deretan kedai. Setiap hari ada beberapa lelaki menghampar sejadah bersolat di tanah di hadapan kedai.

Suatu pemandangan yang mengasyikkan dan mengujakan aku, orang Sudan kuat sembahyang. Orang muda "rock" atau "punk" macam mana pun, lelaki yang kita tidak percaya akan bersolat kalau di Malaysia, selekeh, selebet namun di sini setia betul dengan solat. Di mana-mana mereka akan solat, di padang, di tepi jalan, di halaman rumah di mana sahaja. Setiap waktu terutamanya maghrib semua orang akan solat berjamaah tidak kira tempat. Air berwuduk disediakan sentiasa sebagaimana air minum juga, ada di mana-mana. Alangkah bagusnya kalau mereka tidak suka menipu...

Harini apabila matahari semakin menampakkan diri, aku duduk memegang kitab al-Raf'u wa al-Takmil fi al-Jarh wa al-Ta'dil oleh Imam Abil Hasanat Muhamad Abd al-Hayei al-Lucknowi tahqiq oleh Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Aku mengajak anakanda di dalam kandunganku meneruskan telaah kitab hebat ini. Aku akan ceritakan diposting yang lain tentang Imam Abdul Hayei dan Sheikh Abdul Fattah. Dan mungkin aku cerita seorang lagi yang amat dikasihi oleh Sheikh Abdul Fattah iaitu Imam Zahid Kauthari. Insya Allah bittawfiq. Imam Zahid Kauthari ini sezaman dengan Ustaz Bediuzzaman Said Nursi semasa di Turki. Kisah-kisah mereka sering menambahkan cintaku kepada ilmu Hadith, tetapi mereka bukan muhaddith yang "yabis" kering...zahir...keras...tetapi hati mereka basah dengan zikrullah, tawadhu', wara', amal dan hikmah. Semoga Allah menggolongkan aku bersama mereka.

5 comments:

Anonymous,  10:25 PM  

Salam Dik Ma,

Saya baca blog ni melalui blog prof Kamil. Salam perkenalan...

saya baru jer baca blog ni dr yg awal2 tu... seronok baca ttg Masyaikh-masyaikh ni...

lagi 1 boleh tak dik ma emailkan ttg al burdah pada sy. terima kasih.

dan buku2 yg dik ma kata jual ttg said nusi mcm mana nak dapat?

terima kasih
email saya
jiwayghilang@gmail.com

lady zaini 9:10 AM  

salamz,
teringat kt jepun dulu2, kt mana2 pun sy solat, sebab takder tempat tp kesuntukan masa, dan sebab kebanyakan tempatnya bersih :)
Tapi bila balik kt malaysia, kt toilet surau dan kt surau sendiri kadang2 macam was2 nk solat. Pernah juga bila member solat tak pakai telekung di sebuah masjid nih (tapi baju kurung dan tudung labuh, stokin semua), diherdik oleh makcik yg solat sebelah konon2 tak menutup aurat...

Apalah yang tak kena dengan kita ya?

um. masyitah 9:32 PM  

Salam Taaruf,
subhanallah..Terima kasih atas perkongsian pengalaman ini ya.

~albazrah~ 1:11 PM  

Jiwayghilang: Insya Allah saya akan emailkan burdah tu, pasal buku2 said nursi, saya dah tak jual skrg di Sudan, tapi saya akan beri email Br. Cevdet Yildiz di Malaysia. Boleh dapatkan rasail nur daripadanya. terima kasih.

LadyZ: Kat sini kotor2, sampah penuh pun diorang solat jugak. Makcik tu belum faham, dia fikir kena pakai putih semua telekung tu. Insya Allah kalau dia pi mekah atau tempat dia byk foreigner maybe dia terkejut dan rasa best... tengok mcm2 ragam, colourful.

U.Masyitah: terima kasih

Anonymous,  6:34 PM  

Salam...saya panggil ustzah je ya..saya tau blog ni dari link ni:

http://www.youtube.com/watch?v=BxE_AkLjuSA&feature=PlayList&p=58B8DD454E15DFCE&index=4

saya tertarik dgn cerita kembara bumi arab or timur tgh,,sy pernah ke syria tapi just 3 bulan...

meskipun xkenal, sy doakan moga najah hunak ma'a usratik...i'Allah

al-qedahi.blogspot.com

Post a Comment

About This Blog

"Subhanaka la 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...

Munajat 'Uways al-Qarni:
Anta Rabbi wa ana al-'Abd...
Anta al-Khaliq wa ana al-Makhluq...
Anta al-Razzaq wa ana al-Marzuq...
Anta al-Malik wa ana al-mamluk...
Anta al-'Aziz wa ana al-dhalil...
Anta al-Ghaniy wa ana al-faqir...
Anta al-Hayy wa ana al-mayyit...
Anta al-Baqi wa ana al-fani...
Anta al-Karim wa ana al-la'iim...
Anta al-Muhsin wa ana al-musi'...
Anta al-Ghafur wa ana al-muznib...
Anta al-'Azim wa ana al-haqir...
Anta al-Qawiy wa ana al-dha'if...
Anta al-Mu'ti wa ana al-saa'il...
Anta al-Amin wa ana al-khaa'if...
Anta al-Jawwad wa ana al-miskin...
Anta al-Mujib wa ana al-daa'i...
Anta al-Syaafi wa ana al-maridh..."

Blog Archive

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP