Akhir-akhir ini berita selsema -ba-alif-ba-ya- makin teruk. Albazrah makin terasa bila melihat UiTM satu persatu dijangkiti, paling terasa bila pelajar-pelajar UiTM Permatang Pauh terpaksa bercuti kerana wabak ini, UiTM Permatang Pauh sangat dekat di hati albazrah sampai bila-bila. Walaupun albazrah dengar juga selsema H1N1 ni dikatakan senjata biologi yang dilancarkan pihak tertentu... albazrah tak ambil pot lah pasal tu.
Dulu masa albazrah kecil lagi belum pun sekolah rendah, seingat albazrah ada satu kad manila tertampal di bilik tidur dihiasi khat tangan abah albazrah. Masa tu albazrah mula terdengar kalimah 'taun'... Entah apa benda taun itu. Tapi mak kata taun tu penyakit. Jadi albazrah dan adik beradik disuruh hafal doa yang tertampal dalam bilik yang abah tulis tu.
Sekarang bila albazrah teringat, tahulah albazrah doa tu doa tawasul pencegah wabak. Ketika itu nak cegah wabak penyakit yang nama 'taun' itulah. Arwah tok pun selalu albazrah dengar mengulang-ngulang doa tawasul ini, siap dialunkan secara berlagu-lagu. Kami pun hafal berlagu-lagu supaya mudah ingat.
Di sini kita bertawasul dengan Insan termulia Junjungan Rasulullah saw, dengan menantu dan sepupu baginda, Sayyidina Ali Karramallahu wajhah, kedua-dua cucu baginda saw Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussein ra serta puteri baginda saw Sayyidatina Fatimah ra.

"Li khomsatun Uthfi bihim Haral waba' wal hathimah
Al-Musthofa walmurtadho wabnahuma wa Fatimah"
Maksudnya:
Kujadikan lima orang sebagai wasilah kepada Yang Maha Kuasa
Untuk kupadamkan dengan keberkatan mereka
Akan kepanasan wabak dan kebinasaannya
Junjungan Nabi al-Musthafa
Baginda 'Ali al-Murthada
Dua anak mereka
Imam Hasan dan Imam Husain saudaranya
Dan bonda mereka Siti Faathimah juga
Kujadikan lima orang sebagai wasilah kepada Yang Maha Kuasa
Untuk kupadamkan dengan keberkatan mereka
Akan kepanasan wabak dan kebinasaannya
Junjungan Nabi al-Musthafa
Baginda 'Ali al-Murthada
Dua anak mereka
Imam Hasan dan Imam Husain saudaranya
Dan bonda mereka Siti Faathimah juga
Ha...jangan pulak ada yang kata, bertawasul dengan keberkatan lima ahlil bayt ini jadi syiah pulak... Kalau ada yang nak berhujah soal tawasul lain kali lah di lain posting atau boleh rujuk banyak kitab soal tawasul ni. Siapa yang nak baca silakan... Mudah-mudahan virus-virus wabak pelik-pelik ini juga mencintai orang yang mencintai keluarga Rasulullah saw lalu menjauhi orang tersebut...
Boleh juga refer sini: Abu Muhd
Boleh juga refer sini: Abu Muhd
11 comments:
salam,
cantik dan sejuk blog albazrah kali ini, suka sangat
saya pun suka! sejuk!
Salam,
Kak Ma...masih ingat lagi shima yang tinggal sebelah bilik k ma masa kat UIA..lama jugak tidak berhubung.rasa rindu itu sgt mendalam pada suasana di uia dulu2. Shima nak ucap terima kasih atas nasihat k ma masa shima jumpa k ma tempoh hari...alhamdullillah, skrg shima sudah mendapat cahaya mata berusia 2 bulan...mix malaysia-sudan. di mana kak ma skrg? adakah masih lagi dibumi Sudan...? di mana? Khartoum?...Kirim salam dari saya buat bumi Sudan di sana.
Wassalam.
Salam Dik Ma and Nizam
Thanks for sharing and we always pray for you and Nizam.
Love from Mak Cik and Family in Bangi.
salam...
semuga k.ma n suami shat di smpg rahmah wa mawaddah Allah swt...
sbnarnya k.ma sehari seblum brita UiTM dserang H1N1 tu fina mmg ada di sana mlawat shabat2 n UiTm, tkejut la jugak dgn brita tu...
mg dgn doa n harapan kita pelajar2 y d jangkiti kembali shat dan mampu meneruskan pengajian seperti biasa..wah mmg banyak perubahan pada blog k.ma skg...
salam dari Malaysia..
Salam tehma.. kakak ni.
wan & tok pun ada ajar kakak doa tawasul ni. Wan sueruh baca byk2, biar dihindari wabak ni. Cikwa pun dah kena kuarantin kt kolej dia. Takut kakak dengaq. Tu la dok baca byk2 ni. Tehma pun doa sama ya kami kat sini sihat2..
Betul la... byk betul perubahan kt blog tehma. cantik. hehe.. pakteh nizam buatkan ka??
ok,lah tehma.. kakak pun x boleh tulis pnjg2.Skrg kakak tgh study untuk p'cubaan upsr. baru2 ni peringkat ngri.. x tau lg dapat berapa a. Yg dulu percubaan peringkat sekolah dapat 4a1b. tu pun Alhamdulillah sbb selalu x prnah dpt lebih pada 2a. Tengok2 dapt jgk 4a. Syukur.. Upsr sbnr 8,9,10 hrbln 9 ni.. doakan kakak berjaya dpt 5a. Amiin..
Semoga tehma dan pakteh sentiasa ceria2 kat sana.. jangan lupa kami dsini. Kami selalu mendoakan kesejahteraan tehma dan pakteh. Harap cepat2 balik. Kami sentiasa merindui kalian..
Assalamualaikum..
Alida & Cik Noni: Thank you
Shima:Kak Ma di Sudan ni, di Makmorah, Khartoum. Tahniah ya...dapat suami orang Sudan, pandai cakap Bahasa Melayu kan? Baby ajar cakap arab tau...
Mak Cik Ani:Thanks Makcik, sampaikan salam buat pakcik,erika n kak siti. Maaf makcik, dikma tak dapat reply sms buat masa ni. Dikma dapat sms makcik pukul 4 pagi di sudan masa tu.
Fiena: Terima kasih.Kesian UiTM Pulau Pinang semoga semua dijauhi daripada wabak. Fiena, kak ma minta maaf cant reply ur sms. Fiena email kak ma ye...
Islamic girl: Kakak Fauwaz...tahniah, semoga kakak semakin berjaya sebagai mana maksud Nur Fauwaz itu sendiri. Insya Allah. Ateh ma baca blog kakak...awat kakak dok bergaduh dengan kawan, dok kecik hati dan bermasam muka. Saling lah bermaafan...
Pandai la kakak teka, memang pak teh nizam yang dok make up blog teh ma ni... harap kan tehma hmmm.... tak reti.
Yang dulu chu yang buat...kirim salam chu. Pesan kat chu, kalau dah nak terasa nak bersalin cepat2 sms teh ma atau pak teh nizam... teh ma nak baca surah maryam kat chu moga ALlah permudahkan chu melahirkan cahay mata.
sesuatu yang baik untuk diamalkan..
alhamdulillah..
Salam. pasti virus - virus tersebut mencintai keluarga Junjungan Nabi SAW. Virus-virus tersebut juga adalah makhluk Allah yang tunduk patuh kepadaNya.
Dan ambillah pengajaran daripada ayat yang disebut pada pengatas blog ini.
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا) [الإسراء: 44].
Salam Diqma,
Semoga sentiasa dalam lindungan Allah. Saya mohon kebenaran untuk meletakkan doa ini berserta terjemahannya di blog saya. Terima kasih atas perkongsian maklumat ini.
Allah'a emanet olun. Wassalam.
Post a Comment