Saturday, July 04, 2009

Ahadiyah

Dua minggu lebih aku hibernated. Aku seorang perempuan yang sinonimnya lemah fizikal dan mental. Aku akui dan sangat akuinya. Dulu aku rasakan aku cukup kuat untuk hadapi apa sahaja cubaan dan dugaan. Di Malaysia, aku ke sana ke mari seorang diri. Aku dengan rahmat ALlah dapat menyelesaikan banyak perkara dalam satu hari. Tanpa ku sedari terselit ananiyah yang mula bertugu di dalam diri.

Namun, tiba aku di bumi tandus kering dan miskin Sudan ini seolah mengubah 180 darjah kepercayaan karut yang mula bertapak di sanubariku. Hari-hariku di sini hampir tiga minggu adalah air mata.

Di penghujung minggu ke-3 aku mula mengintai makna. Sedikit demi sedikit senyumanku terasa segar tidak lagi longlai. Aku mula memahami. Aku mula mengerti didikan Allah kepadaku. Aku tahu kini aku telah merelakan diriku untuk ditarbiyah selama 3 tahun. Memasuki Sudan bererti aku mendaftarkan diriku untuk diuji dan diuji. Bumi Sudan menguji insan lumat-lumat.

Benarlah siapa jua yang pernah ke Sudan... pesan-pesan mereka kepadaku, Sudan perlukan kesabaran yang luar biasa... Sudan juga akan mendidik seseorang menjadi manusia tabah, sabar dan merendah diri. Ameen Ya Allah, moga aku menjadi begitu.

Tak layaklah diriku untuk menghitung mahupun menyebut ujian demi ujian yang telah aku hadapi dan bakal hadapi di Sudan ini. Walaupun menurut perkiraanku ujian terlalu banyak, rupanya Rahmat Allah lebih banyak lagi. Rahmat Allah menyelit sering di celah-celah ujian itu... Alhamdulillah... Aku semakin faham dan semoga bertambah faham.

9 comments:

mumtazah 6:56 AM  

Assalamualaikum
Semoga tabah selalu kak...

cahayaqalbi 9:59 PM  

betullah kata nizam...sudan itu sendiri adalah sebuah universiti...moga ia mendididik dk ma tabah...berjiwa sufi....

Mohd Hamidi 11:36 PM  

salam... membaca entri ni sudah cukup untuk saya melihat bhw DikMa ni mmg kuat semangat. Sememgnya Sudan mnuntut bkn sedikit pngrbanan apatahlagi tgjwb sbg seorang pelajar.

Doa saya, moga main kuat dan tabah hadapi setiap dugaan dan godaan jiwa. Berada disisi suami adalah penawar yg paling mujarab, InsyaAllah...

Salam perjuangan...

Anonymous,  6:04 PM  

Salam Azma,
Benar semua itu....adakala kita menghitung ujian demi ujian yang dilalui...hampir terlupa rahmat Allah melebihi segalanya...kita mula menghitung bila kita merasa kekurangan...walhal diwaktu kekurangan itu kita sepatutnya memanjat kesyukuran atas kelebihan-kelebihan yang telah kita perolehi sebelum ini...begitu mudah nafsu mengawal kita...dan beruntunglah mereka yang kenal nafsu dan menundukkannya...

Ujian itu menjadi manis apabila kita mula memahaminya....
Jaga diri....

sis aini.

Min 8:45 AM  

dik ma,

ke mana kita pergi, di mana kaki ini berpijak, udara mana yang kita gunakan untuk bernafas, rezeki mana yang kita gunakan untuk makan dan lain-lain lagi nikmat yang kita kecapi adalah semuanya milikNya. muhasabah dan ingatlah, takkan jatuh walau sehelai daun pun tanpa izin Allah!

tapi kak min rasa, manusia ni lebih mampu menahan kepanasan dari menahan kesejukan. mungkin la sebab tu la tak ramai manusia hidup di artic & antartic mcm ramai manusia hidup di benua afrika. just ponder...

Mak Cik Noraini,  5:02 PM  

Dik Ma,

Mak cik sentiasa doakan Dik Ma and I know you are strong. Mak Cik semua kat Bangi rindu sangat dengan Dik Ma.

Love you

alhan 4:26 PM  

Azma hambaNYA yg istimewa. terpilih menuntut ilmu di sana dan mengharungi kehidupan di sana.Moga azma tabah di bumi sudan. Moga berbahagia disamping suami dan anak yg bakal dilahirkan.

fiezarmy 2:23 PM  

salam, kak ma sayang, nani ni, kat rumah fizah sekarang, k.ma, k.ma adalah insan yang terpilih untuk menerima sesuatu yang sangat bererti dan berharga dalam hidup k.ma, di dunia sampai ke akhirat sebenarnya...peluang yang Allah bagi yang mana tak diberi pada orang lain, k.ma, walaupun pada orang nampak macam kesusahan dan kesulitan yang teramat sangat, namun pada hakikat yang sebenarnya adalah kemanisan yang terlindung atas setiap kesusahan yang dialami..itulah hambaNya..pergantungan yang amat hebat kepada Yang Maha Pencinta, itulah kemanisan dan ketenangan yang tidak mudah dirasai kecuali bagi insan yang terpilih sahaja..
k.ma sayang, nani ucap tahniah kerana pada nani k.ma antara insan yang terpilih untuk merasai segala macam bentuk kemanisan dari yang Maha Penyayang yang telah janjikan...

K.ma sayang, walimah nani, insyaAllah 18 julai ni, mohon doa daripada k.ma suami isteri, moga diberi keberkatan dari Ilahi.

K.ma sayang, ok nak solat dulu, satgi nak makan dengan fizah, k.ma mohon doa diberi keberkatan pada kita semua..hafizah kirim salam sayang untuk k.ma...mwuah..

selamat meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W..

daripada,
Nani

Anonymous,  12:04 AM  

Assalamualaikum..
Memang dikma insan yg istimewa yg Allah pilih..saya pasti dikma mampu menghadapinya..walaupun nampak cukup perit..hakikatnya..pasti ada hikmah yg t'selindung di sisi Allah SWT. Semangat juangmu juga menyuntik semangat diriku ini utk terus menuntut ilmuNya yg melaut luas.. Slmt b'juang kawanku...

fatihelias

Post a Comment

About This Blog

"Subhanaka la 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...

Munajat 'Uways al-Qarni:
Anta Rabbi wa ana al-'Abd...
Anta al-Khaliq wa ana al-Makhluq...
Anta al-Razzaq wa ana al-Marzuq...
Anta al-Malik wa ana al-mamluk...
Anta al-'Aziz wa ana al-dhalil...
Anta al-Ghaniy wa ana al-faqir...
Anta al-Hayy wa ana al-mayyit...
Anta al-Baqi wa ana al-fani...
Anta al-Karim wa ana al-la'iim...
Anta al-Muhsin wa ana al-musi'...
Anta al-Ghafur wa ana al-muznib...
Anta al-'Azim wa ana al-haqir...
Anta al-Qawiy wa ana al-dha'if...
Anta al-Mu'ti wa ana al-saa'il...
Anta al-Amin wa ana al-khaa'if...
Anta al-Jawwad wa ana al-miskin...
Anta al-Mujib wa ana al-daa'i...
Anta al-Syaafi wa ana al-maridh..."

Blog Archive

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP