Maghrurun
Orang-orang yang terpedaya.
Seringkali kita menyangka kita terselamat dan terlepas daripada tipudaya syaitan dan hawa nafsu. Semakin meningkat kedudukan seseorang dari sudut ilmu, amal mahupun kedudukan dunia, semakin halus lah tipudaya dan semakin sukar dikesan.
Hanya mereka yang ikhlas li wajhillah akan terselamat.
Pendek kata, apa sahaja yang dikecapi sama ada kebaikan atau keburukan tetap menjadi hijab atau penghalang untuk seorang hamba lebih dekat kepada Tuhannya.
Ada orang berilmu, tetapi ilmu itulah menjadi hijab dia mengenal Tuhannya. Segala-galanya disandar kepada aqal untul menilai. Ada juga mula memandang manusia lain tidak berilmu berbanding dirinya. Di lisannya meniti kalam-kalam menceritakan kelebihan dan kebaikan diri. Sebahagian yang lain semakin halus, mempamerkan diri seolah dialah yang paling tawadhuk dan merendah diri...tapi nun jauh di hatinya berbunga rasa "aku telah beramal dengan yang terbaik berbanding manusia lain".
Ada manusia yang gemar bermain dengan hujah, dibidasnya manusia lain, diselongkarnya keburukan manusia lain dengan hujah-hujahnya. Maka terbelit lah dia dengan tipudaya hujah-hujahnya sendiri kerana sentiasa merasakan dirinya memiliki hujah dan logik sedangkan manusia lain tiada hujah dan tidak sepintar dirinya.
Ada manusia kuat ibadatnya, tetapi nun jauh di hatinya terselit rasa dia mampu beribadah banyak berbanding manusia lain. Dia ber'itimad 'ala nafsihi. Dia terlupa Allah lah yang meminjamkan qudrat dan iradat untuk dia bangun beribadah. Dia terpedaya, dan menyangkakan ibadatnya itu miliknya. Sedangkan manusia itu tidak punya apa.
Ada manusia itu ghurur dengan ilmunya, setelah sesuatu perkara dia ketahui...mulalah seluruh hawas pancainderanya berputar mencari kekurangan dan kejahilan manusia lain. Dia terlupa mungkin pengetahuannya itu baru di tangga pertama masih banyak dia belum ketahui. Dia terlupa ilmu pengetahuan ialah untuk mencari kekurangan diri bukan mencari kekurangan orang lain.
Belitan tipudaya syaitan dan nafsu terlalu halus. Semakin tinggi kedudukan manusia itu, semakin seni keterpedayaannya. Sebaliknya kejahilan atau kufur seseorang itu yang secara terang terangan, ghururnya adalah jelas, malah manusia sekitar dengan mudah mengenali ghurur di dalam diri seseorang. Tetapi semakin seni ghurur itu semakin sukar dikenali...menjadi belitan keterpedayaan penghijab dari Tuhan. Malaikat juga tidak mengetahuinya.
Tetapi beruntunglah manusia ikhlas...segala-galanya dipersembah untuk Allah. Syaitan dan nafsunya sendiri tidak tergapai tangan menggeletek keikhlasan hatinya. Manusia inilah yang selamat.
Mudah-mudahan kita semakin mendekati keikhlasan.

8 comments:
Assalamualaikum...subhanallah, apa benar sekali pesanan Al Bazrah, semoga Allah sentiasa membimbing dan memasukkan kita semua dalam golongan yang benar lagi mukhlisin.
Terima kasih,meresap terus sejukkkk...ke kalbu
SALAM KAKMA,
TAHNIAH DAH SAMBUNG PHD DI SUDAN, SAYA DAPAT TAU DARI JIHAN.SEBELUMNI BANYAK KALI SMS KMA TAPI X BBLAS, YELAKAN BYK URUSAN PHD.
TAHNIAH ATAS SEGALANYA...MOGA SENTIASA DIRAHMTAI ALLAH.
(ZUNAIDAH,UIAM)
Ass. Wr. Wb.
Alhamdulillah - perlahan tapi pasti - Allah SWT - menggantikan Sunyi dan nyilu, Sepi dan pedih dengan suasana keceriaan yang memotivasi ananda akan indahnya anugerah Allah akan kehidupan ini.
Tulisan nanda menggembirakan hati kami, ada warna dan bahasa hati.-
Salam kami.-
Kak Ma, we all miss u so... much, Kite nak pindah ke bangunan baru 21 Jun (Isnin depan). Alhamdulillah bilik saya berdepan dgn kauthar, yg lain semua ustaz2. Kak Yah jauh sket. Kami semua tuggu Kak Ma balik. Kak Ma MESTI tempuh dan selesai kan phD walau sepayah mana..., kita semua (Along, Kauthar, Kak Yah, saya)akan mengharungi cabaran yg sama cuma mungkin dlm bentuk yg. bbeza. Kami semua sentiasa mdoakan sahabat2 yg berjuang dlm mcari ilmu. Tiada apa yg mustahil di dunia ini, dgn izin Allah.Ketabahan dan kegigihan yg bakal mbentuk masa depan kita. Insya Allah. rindunya...syg... Kak Ma
Terima kasih kerana terus menulis, selalu membaca dalam diam cuba untuk menghadam dan mencerna tulisan anda, Semoga terus istikhomah dalam menulis, terutamanya tentang intipati membentuk keikhlasan beribadat, bekerja, beramal dan segala bentuk perbuatan yang hanya didedikasikan kerana Allah. Capaian yang sukar tetapi boleh.....
dik ma pray for me...
BismiLlah wal HamduliLlah...
ALLAHumma sholli `ala Sayyidina Muhammad wa Alihi wa Shohbihi wasallim.
As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh ya Habibati...
Al HamduliLlah, Masya`ALLAH dengan berkat kemuliaan serta kebaikan anti, telah hamba terima dengan selamat hari ini 27/06, kitab mubarakah Qasidah Burdah Imam al-Bushiri RahimahuLlahu Ta`ala. Seandai nya DIA tidak Mengizinkan, sudah pasti kitab mubarakah tersebut tidak akan berada di tangan hamba yang penuh dosa ini. Semoga ALLAH `Azzawajalla Menyambut anti dengan sebaik-baik ganjaran pada zahir dan batin, di dunia dan di Akhirat. Semoga ALLAH `Azzawajalla Mendawamkan cinta dan rindu kita kepadaNYA dan RasulNYA ShalALLAHu`alaihiwasalam. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...
Uhibbukunna fiLlah... BarakALLAHu fiki... ♥
Fi amaniLlah wALLAHu a`lam bisawab.
Post a Comment