Monday, June 08, 2009

Lambaian sahra'

Lebih kurang satu jam lagi mendarat di bumi Sudan, hati berdebar tidak terkira. Aku diamkan diri sahaja. Semakin hampir...lalu aku mengintai dari jendela pesawat Emirates. Bahang panas mula terasa membakar pipi. Sayup-sayup aku ternampak hamparan kuning. Debaran semakin kencang. Apabila semakin hampir...hamparan padang pasir semakin jelas.

Tiba-tiba debaran hilang. Segala rasa takut dan risau berganti tenang. Aku dapat merasakan seolah hamparan dan setiap butiran pasir bumi Sudan mananti-nantiku. Menyambutku penuh tarhib. Marhaba marhaba. Ahlan wa sahlan ya talibata al-'ilmi. Seketika itu aku teringat yang setiap makhluk beristighfar memohon keampunan bagi mereka yang menuntut ilmu. Pasir-pasir itu meriah sekali beristighfar untukku. Perasaan bening hening menjalar di seluruh tubuhku. Syukur Alhamdulillah...

Ya Allah, aku ini gharib.

Jadikanlah aku mencintai Sudan dan Sudan mencintai ku.

Jadikanlah kepanasan Sudan penawar dan lembut menyentuh ku.

Aku terlalu asing di bumi asing.

Kurniakan lah aku sebutir pasir daripada hamparan-hamparan padang pasir ilmu Mu.

Setitis air daripada lautan ilmu Mu.

La hawla wa la quwwata illa billah..

9 comments:

Ibah,  11:40 AM  

Salam dari Malaysia :)

Dik ma!

moga yg baik2 sentiasa bersama kalian bertiga :)

Abi 9:55 PM  

"Ahlan wa sahlan" Selamat datang di bumi Sudan. Ayah mendoakan agar ananda segera dapat beradaptasi dengan kota yang baru nanda datangi, Iklimnya, kondisi kotanya yang berbeda dengan KL. Apalagi kultur masyarakatnya, yang berbeda jauh dengan rumpun Melayu yang santun.
Ingat akan satu pepatah yang mengatakan ; "Lain lubuk lain ikannya lain padang lain belalangnya" Dan "Dikandang kambing kita mengembik dikandang kerbau kita menguak" Wassalam untuk kalian berdua "Albazrah dan Azzahrah"

alhan 6:48 AM  

Alhamdulillah azma dah tiba di bumi sudan. indah betul kata2 ayah azma di atas. Moga azma cepat mengadaptasi kehidupan baru di sana.

Iffah 9:25 AM  

Salam,

azma, tiba2 hati akak sedih bila baca artikel ni.

Alhamdulillah,akhirnya selamat sampai di sudan.Semoga Allah mengurniakan didalam hatimu rasa cinta kepada bumi sudan.Ameen.

Semoga Allah menambah kepadamu ketaqwaan dan mengampunkan dosa kamu dan memudahkan kepadamu kebaikan disebarang tempat kamu berada.Ameen.

Aqil Fithri 12:52 PM  

semoga baik2. semoga berjaya juga!

kak Noli,  8:42 PM  

Alhamdulilah..doa akak sentiasa mengiringi azma dan suami..semuga dalam peliharaan Allah..

amar husaini ismail 2:06 AM  

salam kejauhan dari saya,moga dapat berkah dan ilmu yang bermanfaat..



amin ya rabb

Anonymous,  10:33 AM  

Salam Azma,
Selamat menempuh kehidupan baru di bumi Allah yang baru juga...semuga dipermudahkan segalanya...apa jua halangan dan rintangan di sana nanti, hanya tawwakal...sabar...redha...dan syukur menjadi ubatnya..sentiasa syukur dalam sedihmu kerana kita pernah diberi gembira...sentiasa syukur dalam kurangmu kerana kita penuh nikmat yang Allah telah berikan...sentiasa syukur dalam sempitmu kerana kita juga tarlalu banyak sudah Allah lapangkan...itulah kitaran hidup sehingga akhir nyawa....semuga kita menjadi hambaNYA yang bersyukur....

Doa Rasulullah "Ya Alah..bantulah hambaMU untuk mengingatiMU, mensyukuriMU dan memperbaiki amalanku kepadaMU ."
ameen....

keep in touch !
Luv from,
Sis Aini@ummi sumayyah.

Ridhwan Shah 3:49 AM  

ahlan wasahlan kepada anti dan suami...ke bumi gersang ni..semoga tabahkan hati menempuh cubaan dan dugaan disini...dah lama kami menanti2 kedatangan anti dan suami selaku presiden persatuan mahasiswa disini...
ahlan wasahlan wa marhaban bikuma..

Post a Comment

About This Blog

"Subhanaka la 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...

Munajat 'Uways al-Qarni:
Anta Rabbi wa ana al-'Abd...
Anta al-Khaliq wa ana al-Makhluq...
Anta al-Razzaq wa ana al-Marzuq...
Anta al-Malik wa ana al-mamluk...
Anta al-'Aziz wa ana al-dhalil...
Anta al-Ghaniy wa ana al-faqir...
Anta al-Hayy wa ana al-mayyit...
Anta al-Baqi wa ana al-fani...
Anta al-Karim wa ana al-la'iim...
Anta al-Muhsin wa ana al-musi'...
Anta al-Ghafur wa ana al-muznib...
Anta al-'Azim wa ana al-haqir...
Anta al-Qawiy wa ana al-dha'if...
Anta al-Mu'ti wa ana al-saa'il...
Anta al-Amin wa ana al-khaa'if...
Anta al-Jawwad wa ana al-miskin...
Anta al-Mujib wa ana al-daa'i...
Anta al-Syaafi wa ana al-maridh..."

Blog Archive

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP