Thursday, June 11, 2009

Jangan main panas

Sudan bukanlah seperti Malaysia. Malaysia punya pengangkutan mudah dan mewah. Di sini usahlah dibayangkan ada LRT, komuter mahupun monorel. Basnya tidak berhawa dingin, bangku penumpangnya yang rapat-rapat. Aku belum berani meniki riksyah, aku mencuba amjad. Sudan serba kurang dibanding Malaysia.

Aku melintasi jambatan Sungai Nil menaiki amjad. Walaupun serba kurang di sini, bangunan yang seolah zaman dahulu, namun aku rasa gembira. Syukur kerana menempatkan aku di sini. Penduduknya kaya budi. Mereka banyak simpati. Walaupun aku tahu di mana-mana ada manusia tidak berbudi, tetapi mudah-mudahan Allah memeliharaku daripada segala kejahatan makhluk-Nya.

Minggu orientasi di Sudan juga banyak mendidik kesabaranku. Hidung dan bibir berdarah, kulit kering dan pecah-pecah. Aku cuba sedaya mungkin mengikut nasihat Dato' Dr. Bidu, makan buah banyak-banyak, minum air banyak-banyak, pakai SPF 30, gunakan payung. Tetapi payung aku terlupa beli. Di Sudan ni, aku belum nampak sesiapa pakai payung, entah payung ada dijual ataupun tidak. Tubuhku belum mampu bersatu dengan kepanasan Sudan. Nasihat mak abah, jangan main panas, jangan banyak bergerak lasak-lasak, jangan naik motor, mandi waktu malam, banyak minum air.

Aku terlalu rasa kasihan kepada Sudan. Tetapi keberanian rakyat dan sifat patriotik mereka mempertahankan Presiden daripada ditangkap sungguh mengkagumkan. Aku dapat melihat beberapa roh Islam yang masih kukuh di dalam diri mereka. Ukhuwah dan persaudaraan. Mereka begitu hangat meraikan perkenalan.

Urusanku masih tertalu banyak perlu dibereskan, semoga Allah mempermudahkannya satu persatu. Ameen.

11 comments:

alhan 5:39 PM  

moga dimudahkan segala urusan azma. teringin akak nak menziarahi sudan.teringat akak pegi umrah baru ni jumpa couple dari india(sudah berumur) mereka mengembara ke tempat2 suci dan bersejarah dalam islam(ke sudan antaranya). mereka sampai di baitulmaqdis juga. Ya benar bumi arab memang panas , kering dan berdebu. Namun roh islam itu yg membuatkan kita tenang di sana.

amar husaini ismail 7:35 PM  

moga ALLAH mempermudahkan urusan saudari di sana..


rabbi yassir wal tu assir ya karim

Ridhwan Shah 3:41 AM  

salam...ahlan di bumi sudan ini...yerlah kat sudan ni kita banyakkan bersabar...pahala pon nanti berganda2....semoga boleh bersabar hingga tercapai apa2 yang dicita2..amiiin.

en_me 6:36 AM  

ujan emas dinegeri orang, ujan batu dinegeri sendiri, lebih baik takyah ujan ghitewww.. salammms dr me dikejauhannns..

Ilah 9:23 AM  

Salam,alah bisa tegal biasa. InsyaAllah, lama-kelamaan pasti Azma dapat menyesuaikan diri dengan panas As Sahra'. Teringat pesan teman, jika kepanasan, bacakan ayat ketika Nabi Ibrahim a.s dicampakkan ke dalam api, di mana Allah memerintahkan api supaya dingin dan selesa bagi baginda (akak lupa ayatnya).

asmawati,  11:05 AM  

salam kak ma,
tahniah kak ma dah sambung Ph.D, smg Allah memberkati perjuangan kak ma di sana dgn rahmat & kejayaan yg sebesar2nya. Kak ma sy ada email ke kak ma, pakai email ni diqma@yahoo.com (betul ke email addrss ni)

kecik 2:06 PM  

assalamualaykum,
deqma,
tabahkan hati selalu, inshaAllah deqma akan mencintai Sudan.
Akak nak hubungi deqma sebelum berangkat, tapi terlupa kerana beberapa hal yang menyibukkan. Macamana nak hubungi deqma kat sana? bagi nombor atau apa2 shj. email dulu boleh guna lagi ka?

Kak Fied
UMKL :)

ahadancoach 3:28 PM  

salam...jgn risau allah ada dimana2 untuk menjaga hak dia....selagi kita tidak melupakan dia...ALLAH yg menjadikan kita dan setiap gerak geri kita.....

Min 5:17 PM  

take care of urself n the 'baby'...
kuatkan hati & doa selalu. dik ma di Sudan tgh perang dgn panas... kak min di sini perang dgn kesejukan pulak. cuma summer ni ada la rasa panas sikit... salam nizam ok!

~albazrah~ 6:38 AM  

Salam semua. terima kasih atas nasihat dan doa. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dlm rahmat Allah. Ameen.

Kembara Sang Musafir... 10:36 AM  

salam k maa,

memang org sudan sangat berbeza sekali..tersangat mencintai antara satu sama lain..persaudaraan yg sgt kuat.

Post a Comment

About This Blog

"Subhanaka la 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...

Munajat 'Uways al-Qarni:
Anta Rabbi wa ana al-'Abd...
Anta al-Khaliq wa ana al-Makhluq...
Anta al-Razzaq wa ana al-Marzuq...
Anta al-Malik wa ana al-mamluk...
Anta al-'Aziz wa ana al-dhalil...
Anta al-Ghaniy wa ana al-faqir...
Anta al-Hayy wa ana al-mayyit...
Anta al-Baqi wa ana al-fani...
Anta al-Karim wa ana al-la'iim...
Anta al-Muhsin wa ana al-musi'...
Anta al-Ghafur wa ana al-muznib...
Anta al-'Azim wa ana al-haqir...
Anta al-Qawiy wa ana al-dha'if...
Anta al-Mu'ti wa ana al-saa'il...
Anta al-Amin wa ana al-khaa'if...
Anta al-Jawwad wa ana al-miskin...
Anta al-Mujib wa ana al-daa'i...
Anta al-Syaafi wa ana al-maridh..."

Blog Archive

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP