Derita atau bahagia
Suatu hari Sultan sebuah kerajaan yang agung telah menghadiahkan kepada seorang rakyat biasa sebiji buah epal. Ketika itu rakyat tersebut terlalu gembira. Dia gembira mendapat hadiah sebiji buah epal tersebut. Ketika ini rasa gembira dan cinta kepada buah epal itu terbahagi kepada dua jenis kelazatan:
1. Cinta yang kembali kepada buah epal tersebut: Rasa gembira kerana mendapat buah epal yang istimewa, dari jenis buah yang baik. Buah epal Sultan adalah buah epal yang lazat dan berkhasiat sekali.
Cinta jenis ini tidak kembali kepada Sultan pemberi buah epal. Sewaktu rakyat itu makan buah epal itu di hadapan Sultan dengan gelojoh sekali kerana ia terlalu sedap, terserlah bahawa rakyat itu mencintai dang menyukai buah epal itu semata-mata tetapi bukan Sultan itu. Ketika buah epal habis dimakan, hilanglah nikmat kesedapan itu. Tidak ada apa lagi yang tinggal.
2. Cinta yang kembali kepada Sultan yang terzahir dengan hadiah buah epal kepada rakyat: Buah epal yang dihadiahkan gambaran kurniaan Sultan. Seandainya rakyat menerima pemberian itu dengan penuh rasa kasih dan penghormatan, secara automatik, terpancar bahawa dia sangat mencintai Sultannya yang mengurniakan hadiah dan bukan cintanya kepada buah epal itu. Walaupun dia tahu buah epal itu adalah buah epal terbaik dan paling sedap, namun cintanya kepada Sultan membuatkan dia begitu gembira dengan kurniaan tadi. Cinta dan rasa menghargai buah epal pemberian Sultan ini sendiri suatu bentuk kesyukuran. Si rakyat itu, menyampaikan penghargaan dan penghormatan yang layak untuk Seorang Sultan.
Begitulah... sekiranya kita mempamerkan cinta kita kepada nikmat-nikmat kurniaan Allah atau kepada buah-buahan yang sedap hanya kepada zat perkara itu...ketika itulah cinta tadi terah kembali kepada hawa nafsu. Kelazatan itu hanya sementara dan menyakitkan. Tetapi seandainya, cinta dihadapkan kepada takrim atau kemuliaan Rabbaniyah, ataupun kepada kelembutan dan kasih sayang Allah dan dalam masa yang sama menikmati segala kelazatan yang terdapat kepada nikmat itu, itulah suatu bentuk kesyukuran maknawi. Kelazatan-kelazatan ini berpahala dan tidak akan mewariskan penderitaan.
Jom lah kita telitikan dalam kurniaan Allah sehari-hari, sekecil mana pun nikmat... ia adalah hadiah dan pemberian Agung Allah Yang Maha Kaya. Marilah kita hayati dan merasai nikmat itu dengan seluruh lataif, deria, rasa dan jiwa kita. Alhamdulillah....

7 comments:
Assalamualaikum..
Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan ALLAH yang tak terkira..
Cerita ini sarat dengan mesej, semoga kita sama2 menghayati dan menerapi dalam diri..
jazakillah k.azma
ALLAH YASRAH SADRAK
-Cinta, ke mana kau pergi-
deqma ini permisalan yang sama dengan banduan yang menerima surat pengampunan raja.wajarnya berterimakasih dengan sang raja dan bukan berbangga dgn surat tersebut.
ini macam taubat. jangan berbangga dengan amalan taubat kita sebab amalan kita itu tak ada makna pada hakikatnya hanyalahsanya wasilah jua yang menghubungkan kita dengan Dia yang Yang Maha Pengampun.
kisah CINTA...
Kiranya tiada cinta insan untukmu...
Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu...
kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang menyintai Allah sebagaimana cintamu kepada Allah...
assalamualaikum,
salam ziarah. izinkan saya link to this place
salam. ustazah guna no.fon lama @ dah tukar no. baru?
aleesya
assalamualaikum
izinkan saya untuk link blog saudari.
Semoga sentiasa mendapat perlindungan Allah.
Post a Comment