Tuesday, May 05, 2009

Ayuh "divert" cinta kita kepada DIA

Albazrah terfikir, albazrah sangat mencintai dunia. Takut pun ada memikirkan perkara ini. Albazrah tak nafikan, sebagai perempuan albazrah jatuh cinta sangat melihat kain-kain yang cantik, jubah-jubah dan tudung yang indah. Sulaman-sulaman dan jahitan manik yang kemas, sering membuatkan albazrah memandang dua kali.

Bagaimana nak tukarkan rasa cinta dunia ini kepada mencintai Allah semata-mata? Hmmm...kalau teringatkan Radix Fried Chicken pulak (di Shahab Perdana, Alor Setar), uhh... sodapnya... teringat juga, roti canai sedap Taman permata dan nasi lemak Mak Cik BP yang membuatkan hati jadi rindu. Semua-semua perasaan merindukan benda-benda sedap ini dunia ka? Huhu...

Lemah sungguh albazrah, rasa cintakan dunia ini bukan disengajakan... ia datang begitu sahaja dalam kehidupan secara fitrah dan universal. Perlahan-lahan ia datang dalam kehidupan sehari-hari. Apatah lagi rasa kasih dan sayang kepada suami, ibu bapa, adik beradik, guru-guru dan sahabat-sahabat.

Untuk membuang semua ini supaya tinggal cinta ALlah dan Rasul saw semata-mata sukar sekali. Albazrah tidak berdaya... Apa sahaja yang cantik albazrah suka dan tertarik. Albazrah juga sangat mencintai kehidupan ini. Albazrah takut dengan kematian, bekalan tak ada langsung. Walaupun albazrah tahu akhirat lebih hebat lagi, tetapi apa yang albazrah hadapi hari ini sangat melekat di hati. Bukankan semua tu dunia? Benarkah dunia itu umpama bangkai? Kenapa albazrah jatuh cinta kepada bangkai?

Bagaimana albazrah nak tukarkan rasa suka dan cinta kepada semua tadi kepada mahabbatullah atau cinta yang semata-mata kerana Allah? Albazrah ingin sangat jadikan perasaan sayang lillah fillah dan billah. . supaya cinta itu tidak merosakkan albazrah di akhirat.

Albazrah ingin melihat di sebalik yang albazrah sayang dan suka tadi adalah kurniaan Allah. Kalau albazrah teruja dengan kecantikan pokok-pokok hijau dan bunga warna warni, biarlah albazrah cinta dan refleks ke dalam diri bahawa itulah jelmaan daripada sifat Jamal Allah.

Apabila albazrah dihidangkan dengan makanan sedap dan lazat, sepatutnya albazrah bersyukur dan terus fahami bahwa itulah limpahan sifat Allah al-Mun'im. Sewaktu makan RFC, roti canai atau nasi lemak, atau apa sahaja... syukur. Allah itu bersifat al-Mun'im.

Allah itu Maha Pengasih, albazrah perlu intai-intai di manakah Allah pamerkan sifatNya al-Rahman itu? Di mana-mana jua, ada sifat al-Rahman... kejayaan demi kejayaan yang ditempuh dalam hidup, yangbuatkan keluarga gembira...itu jelmaan kasih sayang Allah.

Segala kesulitan yang dihadapi... apabila dapat diatasi dan mendapat jalan keluar sering buatkan hati rasa gembira dan ingin menjerit.... itu juga jelmaan sifat Allah yang sentiasa membantu hambaNya dan sentiasa mendengar pengaduan hambaNya.

Mencintai ibu bapa, sememangnya diperintah oleh Allah kerana Allah lah yang menanam rasa cinta ke dalam hati kedua mereka, sehingga mereka begitu kasihan belas dalam menjaga anak-anak serta mendidik dengan penuh rahmah dan hikmah. Mencintai sahabat-sahabat juga tidaklah salah kerana mereka itu sahabat-sahabat seiman dan taqwa. Sesungguhnya mencintai mereka itu adalah cinta di jalan Allah.

Suami? oh..oh... Suami itukan hadiah istimewa ALlah. Hadiah Rahmat Ilahiyah. Albazrah perlu berhatai-hati jangan sampai cinta hanya kerana keindahan zahir yang akan cepat pudar. Tetapi albazrah perlu ikat kukuh cinta itu dengan kecantikan yang tidak akan hilang.

Albazrah, akan sibuk men"divert"kan segala yang di hadapan mata dan yang dirasai kepada segala sifat dan nama Allah. Albazrah rasa puas... syukur alhamdulillah...

(Lebih kurang kefahaman albazrah di atas tadi dipetik dari Risalah Akhawat- Bediuzzaman Said Nursi)

7 comments:

Ibah,  1:35 PM  

Quote for Albazrah: jangan sampai cinta hanya kerana keindahan zahir yang akan cepat pudar.

zahir = hensem ke? he he he

~albazrah~ 2:31 PM  

Ibah: Apa-apa sahaja yang dinamakan zahir. Kalau buah manggis, kemanisan buah itu... pastu kalau dah telan dah hilang la segala kesedapan...

Ibah,  4:54 PM  

zahir yg nampak je kan? manis manggis consider zahir jugak?

mungkin definasi zahir ku sgr ringkas.

Anonymous,  11:07 AM  

Zahir apa2 yg boleh ditanggap dengan pancaindera yg zahir.

Apa yg boleh dilihat
Apa yg boleh didengar
Apa yg boleh dirasa dgn lidah
Apa yg boleh disentuh
Apa yg boleh dihidu

Kalau cinta kerana suara orang tu sedap. Tiba2 dia bisu... tentu dah tak cinta

Kalau cinta kerana kulit halus... tiba2 melecur hodoh, jadi kudis buruk...tentu dah tak cinta

Abi 5:11 PM  

Allah telah memperingatkan kita :

“ Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. “ (Q.009; 24).

Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hamba yang senantiasa mendapatkan Hidayah petunjukNYA yang menyelamatkan kita Dunia dan akhirat.-

Terima kasih - tulisan ananda memotivasi ayah untuk meng-up grade pengetahuan yanda yang sangat minim.-

Ibah,  10:32 AM  

TQ Cik/ Puan/ En/ Tn Noni

Baru sy fhm skrg..

dijah 4:19 PM  

salam,

saya ambil artikel ni tuk dimasukkan dlm blog saye boleh?

Post a Comment

About This Blog

"Subhanaka la 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...

Munajat 'Uways al-Qarni:
Anta Rabbi wa ana al-'Abd...
Anta al-Khaliq wa ana al-Makhluq...
Anta al-Razzaq wa ana al-Marzuq...
Anta al-Malik wa ana al-mamluk...
Anta al-'Aziz wa ana al-dhalil...
Anta al-Ghaniy wa ana al-faqir...
Anta al-Hayy wa ana al-mayyit...
Anta al-Baqi wa ana al-fani...
Anta al-Karim wa ana al-la'iim...
Anta al-Muhsin wa ana al-musi'...
Anta al-Ghafur wa ana al-muznib...
Anta al-'Azim wa ana al-haqir...
Anta al-Qawiy wa ana al-dha'if...
Anta al-Mu'ti wa ana al-saa'il...
Anta al-Amin wa ana al-khaa'if...
Anta al-Jawwad wa ana al-miskin...
Anta al-Mujib wa ana al-daa'i...
Anta al-Syaafi wa ana al-maridh..."

Blog Archive

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP