Apabila tv sibuk bicara soal Palestin, albazrah pun rasa nak bicara soal Palestin. Tapi albazrah begitu terpukul apabila soal taqwa yang dibicarakan oleh Ustaz Nik Abduh di sini
Albazrah terus rasa kelu, tidak mampu bicara apa-apa soal palestin. Sedihnya mengenangkan soal taqwa, albazrah ketinggalan jauh dalam soal ini. Astaghfirullah.
Ya Allah, bantulah saudara ku di Palestin!
memperkenalkan pemikiran besar Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan karya agungnya Rasail al-Nur melalui qudrah yang terlalu kerdil, usaha yang tersangat haqir...
Wednesday, December 31, 2008
Cerita ceriti
Cita-cita petang Jumaat tu nak memandu ke Gombak, menuju UIA. Tetapi Viva albazrah tidak pulak membelok hala ke Kuantan. Albazrah memandu terus ke hadapan...albazrah terfikir, alamak dah lepas simpang. Aku nak pi mana ni? Hmmmm...takpelah, singgah solat maghrib di Masjid Wilayah lah.
Ohh rupanya di Masjid Wilayah ada Daurah- Tadah Kitab dengan Sheikh Nuruddin. Sudah dua minggu. Albazrah saja yang tak "alert". Apa-apa pun syukurlah dapat duduk dalam halaqah Sheikh Nuruddin untuk beberapa sessi. Rasa lega betul tersilap jalan tadi. Dapat lah dengar tentang Manasikul Hajj kitab Imam Nawawi- Mereka sudah hampir nak khatam, albazrah masuk bab-bab akhir tentang air zam-zam, ziarah ke Raudhah dan tempat-tempat yang patut diziarahi, tawaf wada' dan yang hujung-hujung tu. Sheikh Ijazahkan kitab itu kepada peserta yang ikut sejak dua minggu, albazrah tumpang sekaki je. Tumpang berkat guru, dan orang mengaji yang ikhlas serta barakah majlis ilmu tu. Mereka baca juga beberapa hadith daripada kitab hadith qudsi. Esoknya Hadith-hadith dalam Mukhtasar Ibn Abi Jamrah. Mereka khatam kitab itu... Bahagianya tengok kawan-kawan.
Ada juga halaqah peserta-peserta perempuan, albazrah tumpang sekaki juga. Syukur. Lepas tu pergi mencari Najwa di UIA, mabruk untuk keputusan exam yang cemerlang.
Kalut juga untuk urusan PhD albazrah, ke British Council mendaftar IELTS, susah juga menentukan tarikh, tarikh-tarikh yang dikehendaki, exam nya jauh di Petaling Jaya. Letih juga nak pergi survey tempatnya. Albazrah tukar tarikh lagi. Harap-harap semuanya OK. Teringat member kerja di Petronas tingkat 14, telefon panggil turun, ajak makan sama-sama.
Berkali-kali singgah ke Kinokuniya, membaca buku. Sempat beli Tunggu Teduh Dulu (Faisal Tehrani). Singgah ke Masjid Syakirin, pengambaran Astro di semua sudut masjid untuk Maal Hijrah. Ohhh.. sibuk benar hidup di Kuala Lumpur.
Lalu depan Roti Boy, nampak sorang Africa lelaki tinggi kurus, masuk kedai terus ambil satu bun letak kat hidung dia. Uish terkejut albazrah, apa ke hal? Ingat dia nak makan, dijelingnya albazrah...terus dia masukkan bun itu dalam beg dia. Penjaga kedai mana sempat nak tengok satu-satu... Huhu berdebarnya albazrah, dia curi bun kedai Roti Boy tu...
Pastu dia ambil lagi dua bun besar, siap suruh pekerja tu masukkan dalam plastik... pastu dia pura-pura beratur, dalam setengah minit beratur, dia pun "blah" macam tu je... Uwaa dia tengok albazrah dok perhatikan dia... Dia tak berdebar albazrah yang berdebar, albazrah pergi beritahu pekerja kedai, tapi pekerja tu dah tak sempat kejar...di pergi beritahu "boss" dia.
Hmmm...senangnya mencuri. Kenapa budak africa tu? Mungkin juga dia kelaparan.
Tengok berita, Zionis buat pulak dah... Tersiat hati melihat nasib umat Islam, saudaraku di sana. Obama tak Obama, zaman ini tetaplah sudah zaman fitnah.

Wednesday, December 24, 2008
Ganbatte!!!
Kak Min dan Abang Din sudah memilih selekoh tajam dalam hidup mereka. Saya masih ingat awal-awal sebelum keputusan membelok itu diambil. Suasana memang tegang, kerisauan, tekanan, dan macam-macam lagi. Ketika memilih selekoh tajam itu, satu persatu pengorbanan besar mereka perlu lakukan. Ayman dan Mu'ammar sentiasa saja ceria tidak mengetahui kedua ibu bapa mereka telah berkorban untuk membuat perubahan besar dalam perjalanan hidup. Mereka hanya mengikut apabila kedua ibu bapa mereka membelok di selekoh tajam. Mereka tidak sendirian, di belakang mereka ratusan hati-hati yang mendoakan kejayaan dan kecemerlangan mereka. Sellamaaaat..... Fuuaaaannggggggggg. Untuk Abang Din, "Perubahan yang dipilih ini ertinya Iman..." Bittawfiq Insya Allah.
Thursday, December 18, 2008
Pendidik
Baru saya faham kini, apabila menjadi pendidik dan kakitangan kepada sebuah institusi saya tidak patut mengimpikan kerehatan. Mungkin selama bergelar pelajar dahulu, saya begitu sibuk, saya tidak dapat tidur dan rehat dengan banyak. Saya perlu berjaga malam untuk membaca dan memahami sesuatu perkara. Saya perlu korbankan rehat dan tidur. Kadang-kadang berlapar kerana gelaran pelajar memang jauh sekali daripada bermewah-mewah.
Kini apabila bekerja, mungkin pernah terlintas di fikiran saya untuk rehat dan rehat. Hakikatnya tidak begitu, saya malah perlu lebih banyak korbankan masa rehat. Sebagai pendidik, untuk berhadapan dengan pelajar...maklumat dan ilmu mestilah sentiasa di "update". Jiwa juga mesti dipastikan sentiasa bertawajuh kepada Allah semata-mata.
Saya sering menghendaki para pelajar bersihkan niat ketika masuk ke kuliyah, sentiasa bersedia dan membaca sebelum berhadapan dengan para pensyarah. Nampaknya perkara itu saya perlu pastikan diri saya yang terlebih dahulu melakukannya kerana ALlah.
Fahamlah saya kini, gelaran pendidik ertinya saya mendidik diri saya terlebih dahulu. Tiap-tiap hari saya perlu mendidik diri saya. Saya perlu korbankan rasa ngantuk, supaya ilmu yang ingin saya sampaikan sebati dahulu dengan diri saya sebelum ia saya sampaikan kepada para pelajar.
Mudah-mudahan, saya melakukan apa yang saya tuturkan.

Tuesday, December 16, 2008
Sekilas Habib Anis

Albazrah selalu saja terlambat. Habib Anis hanya Albazrah mula kenal pada hari kewafatannya. Melalui Bahrus Shofa. Tetapi sejak itu, albazrah tercari-cari apa sahaja yang berkaitan Habib Anis. Bacaan Maulid Simtud Durar ketika Habib masih hidup saya dengar melui VCD. Bacaan bernada biasa, tetapi khusyuk, menusuk lubuh hati yang paling dalam.
Wajahnya yang mirip Bediuzzaman Said Nursi membuatkan albazrah semakin tertanya siapakah Habib ini. Bila dikenali latar belakang Habib, albazrah rasa hampir sekali. Walaupun sungguh terkilan tidak pernah kenal selama hayatnya. Setelah mendengar Simtud Durar oleh Habib, setelah itu baru albazrah cuba pula menyiasat apa itu Simtud Durar. Habib sentiasa tersenyum. Sentiasa penyayang.Selekoh hidup
Kak Min, Abang Din, Muammar dan Aiman akan berlepas ke UK hari Isnin ini. Semoga pemergian mereka diiringi redha Allah. Pulang dengan kejayaan dan ketaqwaan. PhD diharapkan dapat membentuk manusia-manusia yang semakin hampir dengan Tuhan.
Najwa sering mengulangi kepada albazrah... PhD ertinya, P-Pray, H-Hope dan D-Du'a. Albazrah akan menyusul kalian semua insya Allah.
Selamat untuk Abang Din, semoga pengorbanan dan keberanian yang telah dipilih oleh abang Din akan menatijahkan nikmat dan rahmat yang melimpah ruah, di dunia juga di akhirat.
Begitu juga Kak Min, moga berjaya pulang dengan PhD juga... Merantau sebenarnya menjadikan seseorang itu lebih tinggi tawakkal, lebih kukuh Tauhid.
Thursday, December 11, 2008
Jalan2 Cari Akok
Malam ni albazrah akan ke bumi Serambi Mekah...ohh rindu sama Kelantan. 2 tahun di Kelantan masa matrik dulu, cukup istimewa. Kalau ada peluang ingin albazrah ke Nilam Puri. Menziarahi pensyarah yang masih di sana. Teringat kuih akok juga. Teringat masjid Kampung Laut. Ohhh masih berhantu lagi kah Nilam Puri. Masjid Muhammadi macamana la rupanya sekarang. Mmmm... nak beli apa ye di Kelantan? Tak beli apa kot... nak hidu udara baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur... bestnya nak pi Kelantan....hehe, dah lama tak pi. Akhir albazrah pergi tahun 2000 atau 2001 kalau tak salah. Apa khabar la orang Kelantan, banjir dah tak teruk. Insya Allah biar pun sekejap saja pi, dapat rasa aura Ulama' dah cukup kot. Na'ieman Hani'an. Saudara mara dari Kedah akan bertemu dengan albazrah di Kota Bharu insya Allah...Syukur dapat sorang adik ipar Kelantan.
Wednesday, December 10, 2008
Dinar

Albazrah teringat ketika albazrah di tahun satu UM dahulu, (dah lama sangat dah) albazrah sertai seminar tentang ekonomi. Ada seorang pelajar telah melontar soalan tentang Dinar emas. Dia begitu yakin dengan kembali kepada dinar emas, ekonomi kita tidak senang dimanipulasikan. Kalau tak salah albazrah pelajar itu lulusan Azhar.
Pembentang itu menempelak pelajar yang memberi pandangannya tu, beliau terus menyatakan jangan terlalui idealis. Jangan terlalu bersemangat. Albazrah melopong je tak tahu mana yang baik dan mana yang buruk, ye lah baru 19 tahun masa tu... semua benda albazrah teruja. Rasa betul belaka.
Tak lama selepas itu, tiba-tiba ada senior buat kajian tentang Dinar Emas.
Lepas tu Tun Mahathir pula mewar-warkan pasal Dinar.
Selepas Tun Mahathir bersuara semua orang macam membuka mata dan telinga... Sehingga sekarang albazrah masih ingat bagaimana pembentang dalam seminar itu memandang rendah terhadap semangat orang muda lepasan Azhar itu.
Kekanda albazrah Kak Albi yang belajar Perakaunan UIA itu, pernah begitu semangat menceritakan kepada albazrah tentang Protokol Zionis dan tipu daya mereka, Kak Albi menceritakan tentang pentingnya dinar sebagai mata wang. Albazrah melopong lagi, usia yang baru 18 waktu tu membuatkan albazrah betul2 risau dengan helah2 zionis. Dari situ lah albazrah mula faham perkataan "goyim".
Sekarang bangkit lagi isu dinar. Bertuah sungguh sahabat albazrah, Shu menjadi perempuan pertama yang mendapat mahar dinar emas negeri Kelantan.
Emas itu memang kekayaan, kalau duit kertas tu kaya ke?

Salam Aidil Adha
Hari-hari tasyrik adalah hari yang diharamkan berpuasa, besok Khamis jangan sesiapa berpuasa sunat pula ia akan jadi haram. Albazrah di sini mohon maaf kepada beberapa pembaca yang meminta albazrah menulis entri. Entri yang albazrah tahu sangat penting daripada pelbagai tajuk dan isu.
Albazrah minta maaf kerana albazrah tidak dapat menulis di dalam blog ni selagi albazrah tak amalkan perkara-perkara itu. Atau albazrah belum faham dan hayati. Albazrah beberapa kali cuba menulis, tetapi ia seperti albazrah memberi arahan itu dan ini. Sedangkan albazrah belum amalkan, jadi albazrah rasa tak guna albazrah menulis.
Akhawat albazrah yang ramai di sana..., albazrah tahu kalian sekarang banyak tekanan dan masalah. Tetapi yang albazrah boleh kongsi dengan kalian hanya, bersabarlah dan carilah hikmah. Pujuk diri sendiri.
Untuk ukhti albazrah pembaca blog ini juga, yang berkali-kali minta nasihat albazrah tentang berjauhan dengan suami, yang albazrah boleh tulis di sini, bersabarlah. Albazrah walaupun memang berjauhan dengan suami juga masih sedang tafakkurkan sejarah Siti Hajar berjauhan dengan Nabi Ibrahim. Albazrah tak mampu menulis tentang ini. Berjauhan itu sebenarnya bermaksud mendekatkan. Dalam jauh ada dekat, dalam dekat ada jauh. Yang penting buang ananiyyah, keakuan.
Seorang isteri mesti menjaga dirinya dan maruah suaminya. Akhawat albazrah ramai yang baru berkahwin tahun ni, pesan albazrah, akhawat sekalian perlu bahagikan kalau sebelum ini hanya memikirkan "survivor" diri sendiri, dan kegembiraan diri sendiri. Sekarang perlu fikir lebih luas, bukan diri seorang sahaja. Kita dah bentuk satu network. Diri kita, diri suami. Ibu bapa kita, ibu bapa suami. Adik beradik kita, adik beradik suami. Bapa saudara, mak saudara kita; bapa saudara mak saudara suami. Datuk nenek kita, datuk nenek suami. Jadi perkahwinan adalah satu organisasi. Bagaimana kita jayakan organisasi keluarga kita dan keluarga besar. Insya Allah, kalau kita mencari kegembiraan kita bertemu kegembiraan. Kalau kita mencari kekurangan, kita akan bertemu kekurangan.
Setakat itu dulu di hari tasyrik ini, albazrah sendiri sedang asyik tafakurkan Qudwah Siti Hajar. Selamat Hari Raya Aidil Adha

Thursday, December 04, 2008
Monday, December 01, 2008
Pengumuman
Assalamu'alaikum
Pembaca albazrah yang ingin membeli Rasail al-Nur karya Bediuzzaman Said Nursi harap dapat menghubungi Br. Cevdet Yildiz (017-2674121). Beliau akan membatu sahabat-sahabat sekalian. Albazrah tidak dapat meneruskan pengiriman memandangkan tidak lagi berada di pusat bandaraya Kuala Lumpur untuk mendapatkan koleksi Rasail Nur. Walaubagaimana pun insya Allah albazrah akan terus bercerita tentang Rasail al-Nur.

Subscribe to:
Posts (Atom)