Wednesday, February 13, 2008

Kunci Khazanah Rahmah


Angin kencang bertiup dari utara, khabarnya selawat syifa' itu bid'ah malah syirik. Astaghfirullahhal 'azim. Mungkin orang yang melontarkan itu perlu lebih mendalami tatabahasa nahu 'Arab, uslub dan balaghah sebelum senang-senang mensyirikkan muslim. Seperti yang pernah Ustaz Hashim Jasin huraikan dari kitab Syarah Ibn 'Aqil tentang perkara ini.

Sungguh tragis, sekiranya majoriti ulama' dan muslim itu dilabel syirik hanya kerana sentiasa membaca selawat syifa'. Jangan menganggap label syirik itu perkara mudah dan simple. Syirik ialah mensyarikatkan Allah. Menyengutukan Allah. Sudah tentu orang yang berselawat syifa' tidak pernah sekali-kali terlintas untuk mengatakan selain Allah ada lagi yang mampu menyembuhkan.

Tidak pernah sekali-kali muslim mukmin beri'tiqad Rasulullah saw mampu menyembuhkan penyakit. Semua mukmin yakin Allah itu al-Syafi. Sebelum label, kaji dulu, baca kitab dulu, tanya para 'ulama, jangan ikut kepala sendiri. Tak kasihankah kepada jutaan umat Islam yang dituduh bid'ah dan syirik hanya kerana selawat syifa? Kalian tidak mengetahui kah rahsia selawat syifa' yang sudah ramai manusia lain ketahui?


Bediuzzaman Said Nursi di dalam Luma'ah ke-14 menyebutkan tentang Rahmah. Rahmat boleh menyampaikan kita kepada Sultan Teragung iaitu ALlah swt. Tuhan yang tidak pernah berhajat kepada makhluk, Maha Suci dan tanpa sekutu. Rahmat teragung seluruh semesta ini ialah baginda Rasulullah saw. Baginda yang merupakan rahmat teragung seumpama cahaya matahari. Kita tidak mampu mencapai matahari dek kerana jauhnya matahari itu dan kekerdilan diri kita. Tapi dengan cahayanya yang merata itu, kita dapat mengenali dan mendapat limpahan kebaikan dari matahari. Begitulah baginda, rahmat yang datang dengan perutusan baginda itu menyeluruh, mampu menyampaikan kita kepada Pemilik seluruh alam semesta.

Dan Nursi menyebut, cara atau jalan untuk sampai kepada khazanah Rahmat Allah itu ialah dengan mengikut perjalanan dan sunnah Baginda saw bersungguh-sungguh. Bagaimana pula untuk kita sampai, dekat dan cintakan Rasul saw serta mengikut sunnah-sunnah baginda? Ketahuilah ia ialah dengan cara berselawat dan salam ke atas baginda.

Innallahha wa malaaikatahu yusolluna 'alannabiy...Ya aiyyuhalladhina aamanu sollu 'alaihi wa sallimu taslima. Labbaika....

Alahhumma solli wa sallim wa barik 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad.

Allahhumma solli 'ala Sayyidina Muhammad tibbil qulubi wa dawa'aiha wa 'afiyatil abdaani wa syifa'iha wa nuril absari wa dhiya'iha wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim.

4 comments:

Anonymous said...

Salam kak teh ma,
Cik nap tgh berusaha nak emailkan audio jawapan dari Tuan Guru Dr Harun Din berkenaan Selawat Syifa.. Tuan guru kita balas dengan detail..

-cik nap-

Anonymous said...

salam..

menta'zim RASUL SAW tidak barmaksud kita menyembahnya..rugilah kpd sesiapa yg bersangka dgn sangkaan sedemikian rupa...RASUL SAW adalah hamba yg cukup istimewa di sisi ALLAH YG MAHA AGUNG hatta digelarkan 2 nama-NYA yg mulia kpd RASUL SAW dgn RAUFUN RAHIM (lupa ayat dlm surah apa:-)tanpa diletakkan qarinah bg membezakan 2 nama ini antara KHALIQ dan makhluk..krn apa?tobaa'n krn ahlu tauhid sudah mengerti bhw 2 nama tersebut pd 2 maqam yg berbeza..tak berlaku syirik..so sama2 kita perbanyakkan salawat dan memuji RASUL SAW krn ia satu amalan yg disukai ALLAH TAALA..salawat...

Allahhumma solli 'ala Sayyidina Muhammad tibbil qulubi wa dawa'aiha wa 'afiyatil abdaani wa syifa'iha wa nuril absari wa dhiya'iha wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim..

عينا فيها تسمى سلسبيلا

cikMilah said...

Salam Dikma dan salam kenal Ciknap,
Nanti kalau boleh download lah jawaban audio Tuan Guru tu.
Kakcik ni pening lah dengan tiupan angin gini...Astaghfirullah!

amni said...

habib umar masa mai tganu, dia cakap selawat jika dibaca boleh menghadirkan cinta pada Rasulullah. Kalo tak bagi selawat sama je macam tak bagi manusia ni mencintai Baginda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails