Wednesday, October 24, 2007

Travelog Haji-Prof. Kamil

Mengenali Profesor Muhd Kamil Ibrahim bukanlah sesuatu yang ajaib bagi saya. Tapi saya sangat bersyukur dengan perkenalan dengan Profesor Accounting ini. Sudah ramai insan yang saya kenali melalui alam siber dan sehingga kini sentiasa hadir dalam doa-doa saya. Prof. Kamil menambahkan lagi bilangan sahabat juga saudara saya. Apatah lagi saya berpeluang mengenali keluarganya. Mengenali Prof Kamil juga menambahkan lagi senarai Profesor-profesor humble yang saya kenali serta hormati. Terbukti pepatah orang tua-tua dalam diri beliau "Ibarat resmi padi, makin berisi semakin tunduk ke bumi".


Saya terasa diberi penghormatan ketika Prof Kamil menjemput saya menghadiri Majlis Pelancaran buku keramat beliau, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Pelancaran buku yang sangat hampir dengan Eid Fitri berlangsung penuh makna bersamaan tarikh 27 Ramadhan di Dewan Annexe, UiTM Shah Alam. Saya juga rasa gembira kerana dapat bertemu Puan Ainon dan Kak Shima. Saya ditemani Ibah.

Majlis yang penuh barakah itu menjadi sunyi sepi bila Prof Kamil naik ke pentas dan lampu dipadamkan. Ketika itu saya merasakan seolah-olah semua darah saya tersejat. Apabila Prof membacakan suatu kisah yang bagi saya ajaib dan istimewa "Jamratul 'Aqabah", mula lah saya mendengar tangisan dari kiri dan kanan saya. Seumpama Prof dan kisah yang dibacakan itu bersatu menjadi satu, dan mengajak hadirin menyatu bersama ke dalamnya.

Ketika majlis berakhir, saya dan Ibah tidak tahu hendak ke mana? Mahu berjumpa Prof, terlalu ramai manusia yang mengerumuni Prof yang sedang menjadi selebriti pada hari itu. Mahu berjumpa Puan Ainon, juga tersangat ramai orang-orang besar (pada hemat saya) berbicara dengan beliau. Mahu menemui Kak Roza (sumber inspirasi Prof Kamil) tak kurang juga dikerumuni manusia. Saya dan Ibah menunggu terus. Dan bersyukur akhirnya dapat kami menemui Puan Ainon dan Kak Shima. Seterusnya menemui Kak Roza, Prof dan keluarga Prof. Setelah mendapat tandatangan Prof. Kamil pada buku yang diberi percuma sumbangan Dato' Dr. Mohd Zaini (terima kasih) saya berkira-kira untuk balik ke Gombak.

Prof menandatangani buku Travelog Haji saya di bahagian Prolog. Saya tidak kisah di mana pun Prof hendak tandatangan. Ketika dalam perjalanan pulang saya membelek-belek buku keramat putih bersih itu, ternampak tanda tangan Prof. Masya Allah, berderau darah saya dibuatnya bila mendapati di muka surat itu Prof telah memetik tulisan saya yang sebenarnya khusus untuk beliau di dalam email, yang sudah saya tidak ingat bila saya hantar. Petikan yang menyebut tentang "Karamah" dan "Ikram Ilahi". Perbezaan keduanya itu saya fahami dari penjelasan Ustaz Bediuzzaman Said Nursi di dalam Rasail al-Nur. Waktu itu saya rasa kerdil dan malu sendiri, seorang Profesor Dr. yang terkenal telah memetik tulisan saya. Mudah-mudahan ini suatu gambaran Ikram Ilahi yang perlu saya fahami.

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

Saya sudah pun selesai membaca buku keramat ini. Saya tidak tahu apa yang hendak dikomen. Tetapi saya mencadangkan kepada sesiapa yang pernah menunaikan Fardhu Haji, untuk memiliki naskhah terbitan PTS ini. Kepada sesiapa yang belum juga seperti saya ni, saya sarankan belilah kerana ia sarat dengan motivasi. Moga terbuka pula jalan untuk kita.

Buku ini memanglah tidak sempurna kerana sifat sempurna itu hanyalah milik Allah. Meskipun demikian saya terlupa untuk mencari di mana yang tidak sempurna itu. Saya terlalu sibuk untuk menjiwai setiap huruf yang tersusun dan teratur di dalam bab-bab yang pendek di bawah tajuk-tajuk yang sangat menarik.

Secara ekstrim saya menyatakan buku ini sangat best, sangat best dan sangat best! Sangat best tau!!!

Tiga dimensi penting dalam epistemologi Islam dapat saya perhatikan wujud dalam buku keramat Profesor yang seorang ini. Dimensi Tuhan, manusia dan alam. Suatu ilmu pun tidak ada yang luar dari ruang lingkup tiga perkara ini. Semuanya terjalin kemas, secara santai. Terbukti dunia mana mungkin dipisahkan dari langit. Hubungan erat bumi dan langit dipersembahkan melalui kisah-kisah penuh iktibar dalam Travelog Haji.

Hati saya bergegar, jantung saya seolah terhenti ketika saya membaca "Dua Jam di Raudah". Bertuahnya Prof. Saya doakan Prof yang telah pun masuk ke Raudah akan kekal di Raudah. Seperti cerita Sheikh Fuad Kamaludin tentang kisah seorang alim yang tertanya-tanya adakah dia yang masuk ke Raudah (salah satu dari taman syurga) layak untuk masuk ke syurga Allah di akhirat nanti. Terngiang kata-kata Sheikh Fuad yang memetik kisah itu seterusnya, akhirnya terjawab persoalan alim itu ketika tertidur di Raudah, "Seseorang yang telah memasuki syurga, tidak mungkin dikeluarkan dari syurga." Mudah-mudahan, Prof Kamil beroleh syurgaNya. Ameen.

Wallahhua'lam

10 comments:

ibah,  8:08 AM  

Dik ma!! Alhamdulillah..and thank you so much for the come back!!

Anonymous,  9:11 AM  

salam,

alhamdulillah..syukur juga for the come back..by the way ni version apa pula...return of the albazrah part ??

k.alida

Anonymous,  11:12 AM  

a'laiki salamuLLAH...

barakaLLAHU fiiki krn pandangan nti dipilih ALLAH utk berada dlm buku yg amt ana gemari:-)blog kali ni juga azim..penampilan yg menarik..tahniah dr insan yg jauh:-)

salsabila

albazrah 3:10 PM  

Wa'alaykummussalam

Ibah, Kak Alida dan Kak Salsabila,. Rindu sungguh kat kalian semua.

Terima kasih, pohon doa tulus kalian. Albazrah sedang cuba untuk berubah. Albazrah dah tak mahu pakai baju warna hitam sebab Albazrah akan sentiasa rasa sedih. Sekarang albazrah dah pasang lampu. Nanti albazrah akan pasang lampu banyak-banyak. Biar terang benderang. Biar jadi Nurun 'ala al-Nur (Cahaya di atas cahaya)

Anonymous,  4:47 PM  

salam,

he he he..nak tergelak...khair, cahaya di atas cahaya..semoga selamanya bercahaya..dan bercahaya...

alhamdulillah, benar..come back ini telah memberi cahaya semula kepada diri akak yang sentiasa gelap dan kelam ini..

alida

al-atiq,  10:41 AM  

Assalamualaikum,

alhamdulillah, kembali bertemu albazrah ini semula. walaupun azma telah membuat pengumuman rasmi menutup blog ini, setiap minggu jika saya buka blog, mesti saya buka blog al-bazrah ini. saya berdoa dan berharap ia dihidupkan semula. banyak dan amat yang saya belajar di sini, walaupun kita tidak pernah bersua muka.banyak terilham dan terinspirasi dari tulisan azma.

Amat-amat berSYUKUR kepada ALLAH kerana mengenali Azma melalui tulisan-tulisannya yang membuat saya kembali kepada ALLAH.

Terima kasih, Azma.

~albazrah~ 6:38 PM  

Wa'alaykummussalam

Al-Atiq terima kasih. Insya Allah ada rezeki kita akan bertemu. Saya menulis kerana terinspirasi dengan pengunjung blog saya. Pengunjung blog saya sentiasa membuatkan saya berfikir dan mencari.

Dan untuk pengetahuan al-Atiq, sebahagian besar yang ada di sini adalah secebis pemahaman saya tentang Rasail al-Nur yang ditulis oleh Said Nursi dan juga apa yang saya cuba baca dan fahami di dalam kehidupan.

Terima kasih al-Atiq sekali lagi. Pohon doakan saya.

ummul barakah 12:13 PM  

Assalamualaikum wbth.

Alhamdulillah.. K.Ma dah "kembali"
kak..jangan berhenti menulis, teruskan menulis dan menulis, tulisan kak banyak bagi manfaat Insya Allah..

Disaat kebanjiran tulisan-tulisan yang merapu dan ntah apa - apa, moga tulisan k.ma akan menjadi penawar untuk ummah ini.. Insya Allah .. Amen.

Anonymous,  5:22 PM  

Alhamdulillah...
Terima kasih kerana tinta albazrah terus meluncur di alam maya ini...

Teruskan perjuangan melalui wadah ini. Walaupun tidak tersua muka, tidak mendengar suara. Namun blog ini tetap menemukan kita semua dalam perkongsian ilmu...

Pedulikan gangguan-ganguan dan fitnah yang mendatang. Ujian yang mendatang adalah untuk dihadapi. Semoga Kak Ma terus tabah dalam arena ini.

*Bumi Kenyalang*

~albazrah~ 5:20 PM  

Wa'alaikummussalam

Ummul Barakah: Insya Allah...mudah-mudahan. Wa ma tawfiqi illa billah.

Bumi Kenyalang: Dirimu macam ku kenal. Pohon didoakan. Terima kasih atas kalam dan doa.

Post a Comment

About This Blog

"Subhanaka la 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...

Munajat 'Uways al-Qarni:
Anta Rabbi wa ana al-'Abd...
Anta al-Khaliq wa ana al-Makhluq...
Anta al-Razzaq wa ana al-Marzuq...
Anta al-Malik wa ana al-mamluk...
Anta al-'Aziz wa ana al-dhalil...
Anta al-Ghaniy wa ana al-faqir...
Anta al-Hayy wa ana al-mayyit...
Anta al-Baqi wa ana al-fani...
Anta al-Karim wa ana al-la'iim...
Anta al-Muhsin wa ana al-musi'...
Anta al-Ghafur wa ana al-muznib...
Anta al-'Azim wa ana al-haqir...
Anta al-Qawiy wa ana al-dha'if...
Anta al-Mu'ti wa ana al-saa'il...
Anta al-Amin wa ana al-khaa'if...
Anta al-Jawwad wa ana al-miskin...
Anta al-Mujib wa ana al-daa'i...
Anta al-Syaafi wa ana al-maridh..."

Blog Archive

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP