Friday, April 13, 2007

Sesiapa yang ingin berkongsi

Innalillahhi wa inna ilaihi raji'un. Semalam sekali lagi alam menangisi pemergian seorang waris Nabi, Almarhum Tuan Guru Ustaz Hj Wan Muhammad Shaghir Abdullah. Di kesempatan ini, seperti mana cadangan Ummu Muhammad dalam komen semalam, saya ingin mengajak pembaca blog yang dikasihi sekalian, bagi sesiapa yang ada kelapangan dan ingin menghadiahkan bacaan al-Qur'an kepada arwah al-Fadhil Ustaz Wan, diharap dapat nyatakan dalam kotak komen. Sahabat2 boleh juga email atau sms saya.

Insya Allah seberapa ramai pun boleh. Kita khatamkan 30 juzuk dan hadiah kepada Ustaz Wan. Sesiapa yang ingin join "Syarikat Maknawiyah" ni tolong beritahu ye....Kita mungkin boleh mulakan hari Ahad ni sehingga Ahad depan. Atau Isnin ni sehingga Isnin depan.

Untuk permulaan, saya insya Allah akan bacakan juzuk 1 dan 2. Kepada kawan2, boleh pilih dan beritahu di sini. Kita boleh baca di tempat masing2.

Saudara2 saya Ibah, Nai, Nani, Kak Alida, Kak Ikin, Kak Pah, Fizah, Kak Ros, Uda, Adik Amni, Roslan, Hafiz Amri, Ifzam, Ukhti27, Aqil Fithri, Yan Humyrah, Yamine, Teh Zaharah, Zunaidah, Ain, Nitrah, Kak Fid dan sesiapa juga yang tak tersebut namanya, marilah ramai2 kita hadiahkan kepada alMrhum Ustaz yang telah banyak berjasa ini.

Harap kawan2 dapat beri feed back sama ada di sini, email atau sms. Cuma nyatakan keinginan, nanti saya akan beri juzuk mana yang perlu dibaca.

Sekian, wassalam

********Setakat ini, berikut adalah nama Qurra' yang join Syarikat Maknawiyah untuk kita sama2 hadiahkan 30 juz al-Qur'an kepada Almarhum al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah yang telah kembali mengadap Al-Rahman pukul 11.40 pg semalam, dan telah dikebumikan di sebelah maqam PakCu Him (Sepupu kepada Sheikh Ahmad Fatani)

Juz 1 & 2 : albazrah (saya sendiri)
Juz 3 & 4 : UmmuMhmd
Juz 5 & 6 : Yan Humayrah & suami
Juz 7 : Ummu Alwi
Juz 8 : Yamine
Juz 9 & 10: Pak Cik Abdullah Thahir
Juz 11& 12: Abadi Supaat (None)
Juz 13 : Asma Munawwarah
Juz 14 : Ibah
Juz 15& 16: Abu Muhammad
Juz 17 : Teh Zaharah
Juz 18 : Ahmad Fathi
Juz 19 : Al-Faqir
Juz 20 : Adik Amni
Juz 21 : Abu_alfi
Juz 22 : Abu Shahid

Juz 23: Kawan UmmuMhmd

Juz 24: Juliana

Juz 25: Nana

Juz 26: Hafiz Amri


Juz 27&28 : K.Ikin,Nani & Kak Fatin
Juz 29 : Mososoup
Juz 30 : Kak Alida

Kalau ramai lagi yang ingin join, dan semua juz dak ada orang, mungkin kita boleh buka "Syarikat Maknawiyah" yang kedua....untuk dibaca 30 juz lagi. Tengok keadaan.

Dah Penuh syarikat pertama...kita akan buka Syarikat Maknawiyyah ke-2. Insya Allah. Jazakumullah

47 comments:

ummuMhMd said...

salaam, al-bazrah yg dikasihi.

masyaAllah, excellent n efficient admin sahabat ni. alhamdulillah. (baru 1hr ago posted cdgn tu)

insyaAllah, saya ambil juz 3 n 4.

doa2kan kami.salaam

humyrah said...

assalammualaikum

kak teh dan saudara ummumhmd, saya setuju sangat.

kak teh, yan dan suami masuk sekali ya.

tak kisah dari juzuk mana. 5 dan 6 pun boleh. insyaAllah...

Ummu Alwi said...

BismilLah
Al-Salaamu alaykum.

Saya ambil juz 7 InsyaAllah.
Allahumma ghfirlahu wa 'afihi wa'fu 'anhu.. wa akrim nuzulahu.

YaMiNa said...

Ana ambik juz 8 insyaAllah... kak ingatkan ana ye, ana sibuk sikit la ni.

kak Ma... tak sempat nak berguru dgn dia, ana tunggu2 jg call dr ust yg incharge kelas... tapi dia dah pergi dulu... alfatihah.

abu zahrah abdullahthahir said...
This comment has been removed by the author.
~albazrah~ said...

Terima kasih Ummu Muhammad, Yan dan Suami, Ummu Alwi, Yamin dan Pak cik.

Ok setakat ni saya senarai juz yang akan dibaca dan sudah dipilih serta nama yang berkenaan:

Juz 1 & 2 : albazrah (saya sendiri)
Juz 3 & 4 : Ummu Muhammad
Juz 5 & 6 : Yan Humayrah & suami
Juz 7 : Ummu Alwi
Juz 8 : Yamine

Juz 30 : Kak Alida

~albazrah~ said...

Untuk Yamine, Juz 8 tu dalam tempoh seminggu, Yamine juga boleh bahagi juz 8 dengan kawan.

Pak cik Abdullah Thahir 9 dan 10 boleh dak?

Syukran

none said...

assalamualaikum warahmatullah kak ma...
insya Allah saya ambil juz 9

~Ya Allah, curahkanlah rahmatMu ke atas Allahyarham ameen ya Robbal 'Alamin..~

abu zahrah abdullahthahir said...

InsyaAllah boleh, boleh,

~albazrah~ said...

Wa'alaykummussalam None,


Juz 9 : None
Juz 10 & 11 : Pak cik Abdullah Thahir

none said...

salam kembali..(alamak maaf baru terperasan )....kalau pakcik abdullah tahir ambil juzuk 9 dan 10, insya Allah saya ambil yg seterusnya, 11 dan 12...

abu zahrah abdullahthahir said...

Khair insyaAllah

~albazrah~ said...

Ok...

Pak cik juz 9 & 10
None 11 & 12

Sori,redundant

Anonymous said...

askm , asma munawwara, amik juz 13 insyallah..

ibah said...

sy juzuk berapa..

Abu Muhammad said...

Cik Bazrah, buleh habaq ambo juzuk berapa? Habaq kat chatbox ambo atau email ambo je.

~albazrah~ said...

Juz 13 : Asma Munawwarah
Juz 14 : Ibah
Juz 15 & 16 : Abu Muhammad

abu zahrah abdullahthahir said...
This comment has been removed by the author.
abu zahrah abdullahthahir said...

InsyaAllah satu usaha yang baik dari Azma. Amalan ini pernah diamalkan oleh tok-tok guru kita dulu. Saya pernah lihat sendiri tok-tok guru tunggu kubur dan membacakan al-Quran selama 7 atau 40 hari.

Amalan ini ada disentuh dan dipertahankan dalam kitab Minhajus Salimin yang mana kitab ini ditahqiqkan oleh Shaikh Abdul Qadir al-Mandili.

Ni pakcik bawakan sedikit petikan:

Ini kerana amalan menunggu kubur telah dilakukan oleh salafus sholeh terdahulu dari kalangan sahabat dan tabi’in, salaf dan khalaf daripada ahli Makkah dan Madinah. Hal ini ditegaskan oleh seorang ulama’ yang mu’tabar iaitu Imam as-Sayuthi رحمه الله تعالى di dalam al-Haawi lil Fatawa yang berbunyi:
" رأيت في التواريخ في تراجم الأئمة كثيرا يقولون: وأقام الناس على قبره سبعة أيام يقرءون القرآن "
Ertinya: Aku lihat dalam sejarah-sejarah pada tarajim (kisah perjalanan hidup @biografi) imam-imam, kebanyakkan mereka berkata: “Dan telah melakukan oleh manusia membaca al-Quran di atas kuburnya selama 7 hari.”

Dan berkata Hafidz Abu Qasim Ibnu Asaakir dalamnya “Tabyin Kizb al-Muftari” berbunyi:
" سمعت الشيخ الفقيه أبا الفتح نصر الله ابن محمد بن عبد القوي المصيصي يقول: توفي الشيخ نضر بن إبراهيم المقدسي في يوم الثلاثاء التاسع من المحرم سنة تسغين وأربعمائة بدمشق وأقمنا على قبره سبع ليال نقرأ كل ليلة عشرين ختمة " إنتهى
Ertinya: “Aku dengar dari seorang Sheikh yang faqih, Abu Fathi Nasrullah bin Muhammad bin Abdul Qawi al-Masiisi berkta: “Telah wafat Sheikh Nadr bin Ibrahim al-Maqdisi pada hari Selasa 9 Muharram pada 490H di Damsyik. Dan kami berada di kuburnya selama 7 hari membaca al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam.”

Berkata Sheikh Hussin Ibrahim al-Maghribi ayah kepada Sheikh Ali al-Maliki dalam kitabnya Qurratul ‘Ain berbunyi:
" ما قولكم في سابع الميت بالقراءة و الأمور المعهودة فيه هل في ذلك أثر أم لا ويصل للميت ثواب القرءة أم لا؟
( الجواب) : سئل الإمام أبو سعيد بن لب رحمه الله تعالى عن ذلك فأجاب: نقل ابن بطال في شرح البخاري عن ابن طاوس عن طاوس فال: "كانوا يستحبون أن لا يتفرقوا عن الميت سبعة أيام"
قال الشافعي: "إنمايعني بقوله "كانوا" أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم. وهذا أصل عظيم للسابع الذي يفعلها الناس اليوم ويقتضى لأثرأن لايفارق الميت ويترك وحده تلك سبعة أيام "

Ertinya: “Apa pendapat kamu tentang khidmat 7 hari bagi mayat dengan membaca dan melakukan perkara yang biasa dilakukan padanya? Apakah ada athar (dari Nabi dan sahabat) dan adakah sampai pahala bagi mayat?
Jawapan: Imam Abu Said ditanya tentang perkara itu lalu beliau menjawab: “Meriwayat Ibn Battal pada syarah Bukhari daripada Ibn Thowus daripada Thowus (dia) berkata: “Adalah mereka tidak berpisah dengan si mati selama 7 hari.” Berkata Imam Syafie رحمه الله تعالى : Sesungguhnya yang dimaksudkan oleh Thowus dengan kata “adalah mereka” ialah sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم .”

Ini merupakan dalil yang kuat bagi 7 hari yang dilakukan oleh manusia pada hari ini. Dan perkara yang perlu difahamkan disini ialah bahawa kita tidak patut berpisah dengan simati dan membiarkannya keseorangan selama tempoh 7 hari tersebut.

Teh Zaharah said...

Salam,
Diqma, Diqma bagi kat saya mana-mana surah. Nanti bg tau saya ya.

~albazrah~ said...

Pakcik, terima kasih beri petikan2 tu. Insya Allah, kita pakat2 kongsi memberi hadiah kepada Almarhum Ustaz. Kalau sesiapa nak mula membaca silakan...

Untuk teh Zaharah, Teh baca Juzuk 17. Bermula dari Surah al-Anbiya hingga penghujung surah al-Hajj.

Sekali lagi saya tulis Juz dan nama2 pembacanya:

Juz 1 & 2 : albazrah (saya sendiri)
Juz 3 & 4 : Ummu Muhammad
Juz 5 & 6 : Yan Humayrah & suami
Juz 7 : Ummu Alwi
Juz 8 : Yamine
Juz 9 & 10: Pak Cik Abdullah Thahir
Juz 11& 12: Abadi Supaat (None)
Juz 13 : Asma Munawwarah
Juz 14 : Ibah
Juz 15& 16: Abu Muhammad
Juz 17 : Teh Zaharah


Juz 30 : Kak Alida

Jazakumullah...ada lagi 12 juz..belum ada pembaca

misoSoup said...

Salam,

InshaAllah sy ambil juz 29.

Maka, 1-16 & 29-30 taken. :)

Kekosongan di 17-28.

~albazrah~ said...

Juz 17 : Ahmad Fathi

Juz 29 : Misosoup
Juz 30 : Kak Alida

~albazrah~ said...

Eh Tersasul Pulak

Juz 18 : Ahmad Fathi

Juz 29 : Mososoup
Juz 30 : Kak Alida

al-faqir said...

Ambo pun nak. Baca juz berapo?

~albazrah~ said...

Juz 19 : Al-Faqir

Syukran lak!

~albazrah~ said...

Juz 27&28 : K.Ikin,Nani dan Kak Fatin

Juz yang belum, 20-26

Tenkiu

ummuMhMd said...

salaam
minta izin abuzahrah n albazrah- saya ambil comment tentang dalil menemani almarhum mayyit di ats, syukran

fyi.. MhMd- tukar kepada jawi --> mim ha mim dal.

alhamdulillah, ada seorang murid Syakh Muhammad Niwowy yg bagi kat saya begitu- katanya signature Shaykh- MhMd.

salaam

abu zahrah abdullahthahir said...

Silakan ummu muhammad. InsyaAllah kalau ada kesempatan saya akan postkan beberapa artikel dan tranliterasi dari kitab berkenaan untuk kita kongsikan bersama. Silalah jengok-jengok kat blog al-fanshuri.

~albazrah~ said...

Juz 20 : Adik Amni

~albazrah~ said...

UmmuMhmd, ahlan...

Pak cik, Sukran jazilan

~albazrah~ said...

Juz 21 : Abu_alfi

~albazrah~ said...

Juz 22 : Abu Shahid

~albazrah~ said...

Juz 1 & 2 : albazrah (saya sendiri)
Juz 3 & 4 : UmmuMhmd
Juz 5 & 6 : Yan Humayrah & suami
Juz 7 : Ummu Alwi
Juz 8 : Yamine
Juz 9 & 10: Pak Cik Abdullah Thahir
Juz 11& 12: Abadi Supaat (None)
Juz 13 : Asma Munawwarah
Juz 14 : Ibah
Juz 15& 16: Abu Muhammad
Juz 17 : Teh Zaharah
Juz 18 : Ahmad Fathi
Juz 19 : Al-Faqir
Juz 20 : Adik Amni
Juz 21 : Abu_alfi
Juz 22 : Abu Shahid


Juz 27&28 : K.Ikin,Nani & Kak Fatin
Juz 29 : Mososoup
Juz 30 : Kak Alida

ummuMhMd said...

salam...kawan saya ambil juz 23...thanks

Anonymous said...

salam..
bila nak dibacanya?jgn pulak yg ada kata bida'h pulak yer...nanti kuar kat al-ahkan pulak

a.fathi...

~albazrah~ said...

Cadangan baca dalam masa seminggu. Kalau nak mula baca pun dah boleh. Kalau baca Qur'an bid'ah...haru la...

abu zahrah abdullahthahir said...

Biarkan kalau mereka nak membid'ahkan.
Kita ada asas kita. Ulama-ulama kita sudah lama menyelesaikan persoalan ini. Bahkan sudah lama diamalkan oleh para ulama' kita. Cuma golongan itu saja yang suka membid'ahkan. Biarkan mereka. Mereka memang suka mencari publisiti murahan. Teruskan beramal, abaikan mereka.

Abu Muhammad said...

Abis ni apa kata kita buat khatam tahlil 70,000 dan khatam suratul Ikhlas 100,000.

ummuMhMd said...

bagus cadangan abu muhammad...apakata sidi yg monitor? (jalan serentak dgn quran)..mungkin bole dibahagikan antara ahli2 syarikat pertama-

subhanallah...ini yg dikatakan investment untuk akhirat yg sudah pasti keuntungannya, sat lagi agaknye syarikat maknawiyah albazrah tumbuh mcm cendawan...masyaAllah3

ada seorang sahabat saya tanya- kenapa nama blog bukan 'albarzah'-maaf la, dia ingat blog ni khas utk tujuan2 mcmni

abu zahrah abdullahthahir said...

Baguih cadangan sidi abu muhammad. boleh jalan serentak. cuma kalau dapat untuk mudahkan dibahagikan seorang 1,000 atau 5,000. Sila sidi abumuhammad atau azma tolong buat pembahagian. Ini pelaburan internel yang halal. :)

kalau ada group, wat tahlil, pastu bawa teruih qulhu dan tahlil sebanyak yang dibahagikan.

silakan, silakan,

ukhti27 said...

bismiLlah walhamduliLlah...

as-Salamu `alaikum waRahmatullah.

- Baguih cadangan sidi abu muhammad. boleh jalan serentak. cuma kalau dapat untuk mudahkan dibahagikan seorang 1,000 atau 5,000. -

insya`ALLAH, ana ambil bahagian
yang diatas.

ALLAHu a`lam bisawab.

albazrah said...

Abu Muhammad,cadangan tu bagus, cuma saya ni tak berapa faham.Macamana caranya.Nak bahagi kepada pembaca2 Qur'an? (Saya nak kena fikir mekanisme dia sat)

UmmuMhmd, bila nama syarikat ertinya hak kita semua. Setiap ahli dalam syarikat maknawiyyah mempunyai hak yang sama rata. Walaupun setiap ahli baca satu atau dua juz saja, tetapi dgn syarikat setiap seorang sebenarnya telah membaca 30 juz.Keuntungan syarikat maknawiyyah berganda2 bila dibuat secara berjemaah dan menjadi habuan bersama.

Kita semua ingin bagi hadiah kepada Almarhum al-Fadhil Ustaz Wan.

UmmuMuhd,
Tak pe, Albazrah pun boleh albarzah pun ok, mereka tu adik beradik. Cuma tugas berbeza. Blog ni bertugas sebagai bazrah iaitu biji benih. Dengan harapan benih yang baik akan tumbuh dan menggapai menjadi Pohon Tuba.

Na'uzubillah dari benih yang jahat sehingga menjadi pohon zaqqum. Dalam salam perkenalan (posting pertama) ada disebut pasal bazrah ni.

albazrah said...

Pak cik Abdullah Thahir,saya nak buat macamana? Pak cik ada cadangan? Esok saya akan musafir jauh, mungkin dalam beberapa waktu x jumpa internet.

Ukhtie,ada cadangan untuk tahlil dan qulhu nu bagaimana?

Tawel Sensei said...

Untuk saya, masih ada kekosongan ke?

albazrah said...

Juz 11 & 12 : Tawel sensei, syukran

darwisiy said...

kalau ada syarikat maknawiyah ke3 saya mendaftar secara rasminya...emel di huuru2@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails