Friday, September 01, 2006

Sabar dan Redha 2


Di dalam hidup kita, kita tidak akan lepas dari dua keadaan. Satu, keadaan yang disenangi oleh diri dan nafsu kita. Keduanya, keadaan yang sebaliknya. Kedua-dua keadaan ini mesti kita hadapi dengan sabar dan redha. Keadaan pertama contohnya, kesihatan, keamanan, makanan yang lazat, pakaian yang cantik, rumah yang selesa, harta dan pangkat, suami dan isteri yang membahagiakan, anak-anak yang cerdik dan taat, kejayaan dalam pelajaran, kawan-kawan yang mengembirakan, pujian dan sanjungan serta pelbagai lagi yang disenangi oleh diri kita.

Keadaan kedua yang tak disenangi oleh nafsu dan diri pula seperti, kematian orang yang disayangi, perpisahan, musibah, kecurian, penghinaan, penipuan, peperangan, penyakit yang tiba-tiba datang menimpa, pengkhianatan kawan dan saudara, anak-anak yang menguji ibu bapa, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Dua situasi ini silih berganti, dan kedua-duanya perlu ditangani dengan sabar dan redha.

Hakikat Sabar

Sabar merupakan pertarungan di antara kehendak agama dengan kehendak hawa. Bagi mukmin, dalam apa keadaan pun, dia akan berusaha memenangkan kehendak agama. Sheikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi di dalam Maw’izah al-Mu’minin menyebutkan pertarungan di antara kehendak agama dan kehendak hawa dalam diri manusia terbahagi kepada 3 keadaan.

Pertama: Kehendak hawa yang telah berjaya ditundukkan. Hawa tidak ada lagi kekuatan untuk berperang dengan agama. Mereka yang mempunyai hal seperti ini akan mampu bersabar dalam setiap keadaan. Mereka di namakan al-Zafirin (Orang-orang yang berjaya). Golongan ini sedikit sekali, mereka inilah orang-orang siddiqin dan muqarrabin iaitu mereka yang mengatakan "ربنا الله ثم استقاموا", iaitu Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul.

Kedua: Kehendak hawa selalu mengalahkan kehendak agama. Kehendak agama telah tersungkur tidak mampu melawan, lalu menyerah kepada tentera-tentera syaitan. Manusia dalam hal seperti ini terlalu ramai. Mereka inilah al-Ghafilun (orang-orang yang lalai). Mereka ini telah dirompak oleh syahwat mereka sendiri. Mereka ini disebut di dalam al-Qur’an sebagai " أولئِك الذين اشتروا الحياة الدنيا بالآخرة" (Mereka itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat.

Ketiga: Sentiasa berlaku pertarungan sengit di antara dua tentera, tentera agama dan tentera hawa nafsu. Kadang-kadang kehendak agama yang menang, kadang-kadang pula hawa nafsu yang menang. Mereka ini dinamakan mujahidin. Kenapa sekejap kehendak agama yang menang, dan sekejap kalah? Kerana, ahwal golongan ini, yang bercampu-campur antara amalan baik dan jahat. Semoga Allah memberi keampunan kepada golongan ini. (Mungkin kita duduk di sini kot).

Pengertian ringkas sabar dan redha

Sabar bereti: Menahan diri daripada mengeluh atau mengadu dengan penderitaan dan kesulitan yang dihadapi.

Al-Kashani menghuraikan, sabar ialah menahan diri dari mengadu kepada selain Allah, dalam waktu yang sama dia terpaksa menanggung atau memendam perasaan di dalam jiwa. Bererti, sabar itu memang sakit kerana kita terpaksa berkerja keras menahan sesuatu rasa, sama ada benci, kecewa, sedih, marah, putus asa di dalam jiwa kita. Al-Kashani mengatakan lagi, kalaulah seseorang tidak perlu menahan rasa, jiwanya tak gelisah dengan apa yang dihadapi, itu sudah di maqam redha. Orang yang bersabar tidak akan mengeluh atau mengadu kepada makhluk, sebaliknya mengadu kepada Allah s.w.t semata-mata. Seperti Nabi Ayub a.s, Nabi Zakaria a.s dan nabi-nabi yang lain. Mereka mengadu hanya kepada Allah.

Al-Harawi menyebut, sabar merupakan sifat yang paling sukar untuk diamalkan dan dijadikan pakaian oleh orang awam. Ya lah… seperti kita, kita belum terbiasa dengan mujahadah dan latihan melawan nafsu. Tentu sukar apabila sesekali kita perlu memulakan sabar. Apabila kita sudah biasa, menahan diri dan bersabar dengan apa sahaja yang kita hadapi, kita akan merasa lazat dengan bala dan penderitaan. Bukankah apabila kita dalam kesedihan, kesulitan dan musibah, ibadah kita dan munajat yang kita panjatkan kepada Allah, lebih tulus, lebih lazat dibandingkan ketika kita dalam nikmat?

Redha pula seperti firman Allah, "ارجعي إلى ربك راضية مرضية" (Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu).

Dari ayat ini jelas, keredhaan Allah tidak akan diperolehi oleh mereka yang tidak redha kepada kurniaan Allah. Malah redha kepada Allah menjadi syarat untuk kembali kepada Allah dan mendapat RedhaNya.

Orang yang redha ialah orang yang tidak akan mendahului kehendak Allah. Apa yang telah lalu dan yang akan datang, dia terima. Tapi sebagai manusia, dia tetap juga akan menangis dengan kehilangan dan kematian orang yang dicinta. Dia tidak mempertikaikan kenapa perkara-perkara itu ditimpakan kepadanya. Seperti sabda Rasululullah s.a.w. ketika kewafatan anakandanya Ibrahim (a.s), "إن العين تدمع، والقلب يحزن، ولانقول إلا ما يرضي ربنا، وإنا بفراقك يا إبراهيم لمحزونون" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Walaupun kesedihan melanda hati dan air mata yang membanjiri, itu tidaklah keluar dari batasan sabar dan juga redha, kerana itu merupakan fitrah dan sifat yang sinonim dengan manusia.

Keupayaan Sabar yang Allah bekalkan

Ustaz Nursi menasihatkan tentang keupayaan sabar yang ada dalam diri manusia. Allah sudah bekalkan cukup kepada kita. Semua manusia sebenarnya mampu menanggung apa jua yang datang dalam hidupnya tanpa keluh kesah. Seharusnya kita menumpukan hidup kita dengan apa yang berada di hadapan kita sekarang. Kita tidak patut masuk campur dalam urusan Allah. Mungkin kita terkenangkan segala kesulitan dan kesedihan yang lalu. Juga penderitaan yang bertahun-tahun sudah kita hadapi dan masih tidak hilang sampai sekarang. Di dalam Luma’ah kedua, kita diingatkan supaya tidak mengenang lagi perkara lalu yang menyakitkan. Bukankan perkara itu sudah pun berlalu? Ia sudah lepas dan tidak lagi menyakitkan kita. Apa perlunya kita menjemput kembali dan merasakan kesakitan yang tidak ada? Kesakitan itu sudah pun habis…tetapi pahalanya kekal. Kerana kita bersabar. Pahalanya tersimpan kukuh di sisi Allah.

Begitu juga yang akan datang. Buat apalah kita membayangkan ketakutan dan kesempitan yang belum terjadi. Apa yang akan jadi esok belum pasti, kenapa kita harus membebankan diri kita dengan perkara yang belum pasti. Bodohlah kita kalau kita bimbangkan sesuatu kesakitan dan musibah yang dijangka sedang menanti kita. Ia sebagaimana bodohnya orang yang makan dan minum sebanyak-banyaknya kerana dibimbangi akan lapar dan haus di hari esok. Kebimbangan pada sesuatu yang belum terjadi adalah tidak berasas sama sekali.

Jadi, kita hadapi sahaja hari ini dengan penuh tawakkal. Kerana keupayaan kita untuk bersabar telah cukup Allah bekalkan. Jangan kita bebani pemikiran dan jiwa kita dengan perkara yang telah lalu dan yang akan datang. Tumpukan segala kekuatan untuk menghadapi hari ini.

“Bertenanglah, kerana hari-hari itu belum tiba lagi. Janganlah kau menangis sebelum dipukul. Janganlah engkau takut tanpa sebarang sebab, janganlah engkau mengada-adakan benda yang tidak wujud. Tapi fikirkanlah masa kini. Kesabaran yang engkau ada mampu bertahan untuk saat ini.”

Segala kesulitan penyakit dan musibah, hakikatnya bukanlah musibah, tetapi ia adalah sentuhan rabbani.

“Kesimpulannya, sebagaimana kesyukuran menggandakan nikmat, begitulah juga keluhan. Ia hanya menambah musibah dan menafikan seseorang dari mendapat belas kasihan.”

Wallahu a’lam, Subhanakala ‘ilma lana illa ma ‘allamtana innaka antal ‘alimul hakim”

10 comments:

majidah said...

Assalamualaikum.
Saya kenal blog akak menerusi blog kawan akak, Zaharah Muhammad.

Terima kasih. Pengisian yang menarik. Paling best, teknik akak memaparkan Risalah Akhawat dalam bentuk dialog. Terasa efektif dan interaktif. Sangat kreatif.

Saya juga ada request. Harap tak ganggu akak:P
Saya suka sangat burdah blog akak ni. Saya dah cari burdah2 lain, tapi burdah ni macam lebih best pd saya. Hehe. Tapi cari yang ni tak jumpa pula, boleh akak emailkan fail burdah ni pada saya? jid.deen@yahoo.com.my

Terima kasih
Maaf menggangu.
Teruskan menulis!

humyrah said...

saya pun nak juga..ini email saya > yanhumyrah@yahoo.com

saya sentiasa membaca blog ini..
nak puji pun, x tau nak kata apa.. x terkata.. :)

teruskan menulis ya..

~albazrah~ said...

Salam Majidah dan Humyrah...

Terima kasih, datang zirah albazrah. Segala kelebihan hanyalah dari Allah. Kak Azma sebagai penyampai sahaja.

Kalau ada kekurangan, kesilapan harap ditegur ya.

Tentang burdah tu, akak dah emailkan...kalau ada problem dengan link tu, informkan semula.

Allah Razi olsun (may Allah bless you)

M Fitri M Shukri said...

As'kum,

emmm, burdah tu apa?

nai said...

saudara fitri, di dalam beberapa post2 sebelumnya ada menceritakan tentang burdah, ana tolong pastekan

"Burdah tu merujuk kepada selendang yang Rasulullah selimutkan kepada Imam al-Bushiri dalam mimpi. Diriwayatkan bahawa al-Imam telah ditimpa sakit, lalu terzahirlah bait-bait pujian, lafaz cinta dan rindu kepada Rasulullah lantaran keyakinan beliau bahawa beliau akan disembuhkan dengan barakah Rasulullah, sehinggalah beliau disembuhkan Allah sejurus selepas beliau bermimpi bertemu Rasulullah. Dan diriwayatkan juga, selendang itu ada di sisi al-Imam tatkala beliau bangkit dari tidur. Sejak dari itu selawat Burdah ni menjadi sangat popular dan wajar sangat kita amalkan kerana ianya mengandungi puji-pujian terhadap Rasulullah. Rentak bacaannya pelbagai mengikut negara dan etnik. Kalau di Malaysia ni, antara yang famous ialah rentak yang dibawa oleh al-Ustadh Fahmi Zamzam dari Ma'ahad Derang, Kedah dan Haddad Alwi. Cubalah search dalam internet, banyak lagi rentak Selawat Burdah yang sangat sedap dijadikan sebagai halwa telinga. Jika ada tersalah fakta, minta diperbetul. Wallahua'lam"

nai said...

Membaca kisah tentang Burdah atau mendengarnya dan mengetahuinya sangat mengkagumkan, SubhnaAllah, betapa besarnya barakah Rasulullah saw. Terdapat dari kalangan kita yang ingin mencari kebenaran lunak hatinya bila mendengar burdah. Aluanan burdah, qasidah, mawlid memang adalah sinaran dari kecintaann pada Rasulullah s.a.w selain selawat yang tidak putus juga mengikut sunnah perbuatan, kata-kata dan lain-lain.

k.ma yang dikasihi,

Terima kasih dia asta curahan ilmu yang diberi, saya bersyukur sangat di atas pertemuan ini, jalan ini telah kita pilih, Allah memberinya, dan saya sangat menyintainya dan tidak mahu berpatah balik...

saya juga mula berlajar menyintai Said Nursi, bila membaca buku yang k.ma bagi pinjam dan mendengar kisahnya dr k.ma, memang Allahuakbar! Azim giddan. Sedih dan terharu membaca kisah hidupnya. Ikhlas kerana Allah.

and of course, saya meyayangi k.ma :)(sunnah habaq kawan kita sayang dia.) dan semua sahabiah pencinta kebenaran yang solehah yang dipertemukan Allah.Moga2 kita tergolong di bawah satu lembayung di hari tiada lembayung kelak.

k.ibah: ingat ke kak ibah..emm rindu nak jumpa, k.inah jaga diri ye..:)

nai said...

emm one more, bila teringat akan keikhlasan kerana Allah seperti SAid Nursi yang sangat ikhlas kerana ALlah di dalam perjuanganya, juga pejuang-pejuang dulu mempertahankan Islam dengan sabar dan redha mereka, di mana kita ye sekarang? lemahnya kita

ibah said...

frankly speakng, apa dik ma bincang ni terlalu manis utk ditelan..mcm org nak fresh orange tp disuakn madu..(fresh oren kat sedap, penuh perasa dn pewarna tiruan) tp kalau paksa lama2 akn biasa telan madu...tp telan madu beramai2 lagi best ;)

~albazrah~ said...

Wa'alaykummussalam

Fitri, burdah sangat terkenal kat kampung kita sungai baru dulu. Masa first time tahun 79, abah saya beli rumah, dia jemput group burdah kg. sg. barulah mai burdah kat rumah kami yang baru nak masuk tu. Kira macam perasmian lah..tapi masa tu sumur aya tak sampai setahun pun lagi.

Nai, terima kasih...kak ma juga sayang nailofar kerana Allah. Kita cintakan semua 'ulama', moga di akhirat nanti kita akan bersama-sama orang yang kita cintai. Semoga mendapat Syafa'at Keksaih seluruh "kawnain wa saqalain".

SEronok baca blog nailofar terutama isu selepas seminar tempohari. Hehe... Semoga Nai berjaya dunia akhirat, istiqamah dengan jalan yang dipilih.

Ibah, apa yang baik tu semua dari Allah. Kita sama-sama belajar. Sama-sama makan madu. Hehe...kita makan madu ramai-ramai, secara bergotong-royong.

Insya Allah, ada peluang, Ibah mai KL ka...kita baca Rasail al-Nur sama-sama, biar tenggelam dalam lautan madu... :)

ibah said...

kl+dik ma +rasail annur = 8-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails